Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Awas Mommy! Langkah Berjaga-jaga Ketika Musim Banjir: Dr. Izzar Anwari Kongsi Bahayanya Air Kotor Banjir

Kredit gambar: BHarian & Instagram Dr Izzar Anwari

Baru-baru ini, seorang doktor yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari kongsikan satu post melalui Instagram tentang bahayanya air kotor akibat daripada banjir.

Baru-baru ini, beberapa kawasan di Lembah Klang teruk dilanda banjir yang tidak dijangkakan. Ini menyebabkan mangsa-mangsa kurang bersedia untuk menghadapi bencana seperti ini.

Ia menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada tentang kesihatan kita sewaktu musim ini. Oleh itu, Dr. Izzar berpesan agar anda segera mendapatkan rawatan jika terdapat gejala ataupun masalah kesihatan ketika musim banjir ini.

Ditambah pula wabak COVID-19 yang masih wujud disekitar kita, pastikan kita sentiasa berhati-hati dan doakan agar selalu dilindungi.

Jom ikuti perkongsian dan nasihat Dr. Izzar mengenai kesihatan diri kita semasa musim banjir.

Banjir Teruk Seluruh Malaysia

Highlighted

Kredit gambar: BHarian

Mari doakan keselamatan dan kesihatan semua orang di Malaysia terutamanya yang sedang menghadapi musibah banjir sekarang.

Banjir ni bukan sahaja merosakkan harta benda, tetapi ia juga memberi impak kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang. Tambah-tambah lagi kita tengah menghadapi cabaran COVID-19 sekarang ni.

Buat masa sekarang, tiada bukti lagi COVID-19 dapat merebak melalui air termasuk air banjir. Tetapi, terdapat penyakit-penyakit yang merbahaya semasa banjir yang disebabkan oleh air tercemar seperti demam typhoid, cholera, salmonella, e. coli dan macam-macam lagi.

Ini kerana air banjir ni telah dicemari oleh najis/ kotoran dari pembentungan, loji kumbahan, dll. Makanan/minuman pun boleh tercemar kalau tak bersihkan betul-betul.

Mommy! Awas Dengan Gejala Ini!

Kredit gambar: Instagram Dr. Izzar Anwari

Antara gejala-gejala dari penyakit makanan/air tercemar adalah cirit-birit, demam muntah, demam, dan sakit kepala.

Oleh itu:

  • Jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir.
  • Lindungi/utamakan golongan tua, kanak-kanak, & ibu mengandung.
  • Makan makanan yang baru dimasak semasa masih panas. Minum air yang telah dimasak/air botol. Elak makan makanan mentah.
  • Jaga kebersihan diri & persekitaran. Cuci tangan sentiasa, buang sampah dengan betul.
  • Jumpa doktor jika bergejala demam, cirit, muntah, sakit perut dsb.
  • Jaga kesihatan fizikal & mental diri serta keluarga.
  • Teruskan mengambil ubat sedia ada seperti ubat kencing manis, darah tinggi, dll (jika ada). Simpan dokumen perubatan (buku ubat, buku mengandung, buku vaksinasi anak).
  • Patuhi SOP.

Semoga kita semua dapat mengharungi dugaan banjir serta COVID-19 ini dengan selamat. Allah selamatkan kita semua. Aminn

Terima kasih Dr. Izzar Anwari untuk nasihat ini. Mudah-mudahan perkongsian daripada Dr. Izzar dapat membantu ibu bapa di luar sana yang sedang mengharungi banjir. Sentiasa peka dengan keadaan anak-anak dan pantau mereka demi keselamatan bersama.

Saling Ingat-Mengingati

Mommy berharap seluruh warga Malaysia tabah dengan musibah besar yang berlaku kali ini. Sentiasa menjaga satu sama lain di masa yang sukar ini kerana COVID-19 juga belum berakhir.

Pastikan anak-anak Mommy tidak mandi air kotor banjir dan berjaga-jaga kerana terdapat hidupan liar yang mungkin berkeliaran kerana habitat mereka juga terjejas di kawasan banjir. Yang penting, keselamatan diri harus diutamakan.

“Masa sukar tidak akan kekal lama, tetapi orang yang kuat akan bertahan.”

                                                                                                                                                         – Robert H. Schuller