Ibu, Bayi & Kanak Kanak

9 Langkah Untuk Mengawal Keresahan Akibat Berpisah Dengan Ibu Bapa

ibu dan anak

Memperkenalkan bayi anda kepada orang lain adalah salah satu cara untuk melegakan bayi daripada penyakit dan tekanan daripada keresahan berpisah untuk bayi dan anda.

Daripada Lynn Yoffee,

Ini berlaku terhadap semua bayi. Antara umur 6 hingga 12 bulan, dia berkemungkinan ceria dan mudah bermesra. Kemudian, apabila bertemu dengan orang lain- pengasuh atau sedara mara, dan bayi anda akan mula menjadi manja dan takut dan akan mula untuk menangis. Apabila ditinggalkan dengan orang tersebut, tangisan itu akan mula bertukar menjadi teriakan.

Keresahan berpisah ialah tanda perkembangan bayi anda, tiba-tiba sedar akan terdapat dunia di mana ramai orang yang tidak dikenali selain ibu bapa. Meskipun terdapat rasa tekanan dan rasa bersalah untuk tinggalkan mereka, keresahan berpisah adalah salah satu perkembangan bayi yang normal. Bagaimana cara anda mengawalnya boleh memberi kesan terhadap kehidupannya, sama ada semakin senang atau susah.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Keresahan berpisah: Fahami Mengapa dan Bila

Keresahan bepisah terjadi apabila bayi mula mengenal dunia. “Mereka mula untuk membezakan orang ramai,” kata Richard Gallagher, PhD, pembantu professor pakar kanak-kanak di New York University Medical Center.  “Ia adalah penting untuk ibu bapa mengenal bahawa ia adalah perkara biasa. Ibu bapa perlu memberi petunjuk bahawa semuanya akan berjalan lancar, kata-kata semangat dan berpisah secepat yang mungkin.”

Keresahan berpisah selalunya akan menjadikan bayi lemah pada tahun kedua bayi. Dan kemudian ia akan membuatkan emosi ibu bapa berubah, malah akan menimbulkan rasa bersalah terhadap bayi anda, kesimpulannya, bimbang akan sifat manjanya. Tujuannya adalah untuk mengurangkan tekanan pada situasi ini malah memastikan dia sentiasa disayangi. Terdapat beberapa cadangan memudahkan untuk perkembangan bayi anda.

Keresahan berpisah yang lancar terhadap bayi dan anda

Jangan biarkan keresahan berpisah menghalang anda untuk mendedahkan bayi anda kepada orang lain. Dengan sedikit perancangan dan kasih sayang akan membuatkan bayi anda sentiasa tersenyum di hadapan orang ramai bila-bila masa. Ikuti langkah ini:

Tenangkan diri anda. Fahamkan bahawa keresahan berpisah ialah normal. Ia bukan disebabkan anda atau salah anda.

Amalkan perpisahan sementara. Bayi anda akan berpengalaman dengan keresahan berpisah setelah anda hilang dari padangan, walaupun anda pergi ke dapur untuk sekejap sahaja. Apabila dia merangkak ke tempat lain, tunggu sekejap sebelum mengambilnya semula. Jika anda perlu pergi ke tempat lain di dalam rumah, beritahu kepadanya anda akan kembali. Jika dia menangis, sebut namanya sementara anda di tempat lain bukannya bergegas mendapatkannya.

Dedahkan bayi anda kepada orang yang lebih dewasa. “Seharusnya melibatkan kanak-kanak dengan ramai orang dalam perkembangannya,” kata Gallagher. Jika bayi anda menunjukkan tidak selesa ketika dipegang oleh orang lain, jangan terus bertindak mendapatkannya semula daripada orang itu.

Bersedia untuk masa tidur.  Keresahan berpisah biasanya berlaku di malam hari, jadi lebih berhati-hati menidurkan bayi anda pada waktu malam. “Ia berguna kepada ibu bapa untuk melegakan bayi mereka dan biarkan mereka tahu, melalui perkataan yang menenangkan, itu akan membuatkan mereka berasa disayangi dan sentiasa ada disaat diperlukan,” kata Gallagher.

Pergi setelah dia tidur dan diberi makan. Bayi selalunya keberatan jika anda meninggalkannya ketika mereka sedang penat, lapar, atau sakit. Kalau boleh, cuba untuk tidak berpisah ketika dia tidak sihat.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Gunakan cara gangguan. Gunakan pengasuh atau penjaga untuk membuat gangguan ketika anda meninggalkannya. Kemudian pergi secepat mungkin.

Perhatikan cara anda bertindak. Walaupun susah untuk anda lakukan, tapi cuba elakkan beri tindak balas kepada bayi anda jika ini pernah menjadi pengalaman pahit. Jika anak panic setiap kali berpisah, bayi anda juga akan panic.

Cari beberapa masa lebih. Sebelum meninggalkan bayi anda di tempat jagaan, luangkan sedikit masa untuk bermain dengan anak anda. Kemudian yakinkan dia anda akan kembali.

Beri keselesaan. Ketika anda meninggalkannya, selalunya air mata akan berhenti. Air matanya adalah untuk anda lihat dan akan hilang setelah anda pergi. Jadi, tangisannya hanyalah untuk anda, pergi dengan cepat dan rehat pastinya dia akan tenang setelah anda pergi.

Artikel ini dipetik daripada www.everydayhealth.com