Ibu, Bayi & Kanak Kanak

3 Langkah Mudah Patut Diambil Semasa Berpantang

penjagaan semasa berpantang

Tahniah ibu! Alhamdulillah, bayi anda sudah selamat dilahirkan. Haa bila dan bersalin, tiba pula masanya untuk menjaga kedua-dua diri anda dan juga bayi anda. Dalam erti kata lain, berpantang. Penting tau berpantang ni!

Waktu selepas bersalin dikenali sebagai waktu postpartum dan ini adalah salah satu fasa utama dalam kehidupan wanita. Semasa melalui fasa ini, badan anda akan mengalami beberapa perubahan. Kitaran postpartum bermula selepas bersalin dan berakhir apabila anda menghampiri waktu pra-hamil.

Highlighted


Dalam 6 hingga 8 minggu, anda harus menjaga diri anda dengan baik. Umumnya, sebagai ibu, anda memerlukan tidur yang cukup, rehat dan nutrisi yang bagus. Disini terdapat beberapa perkara yang perlu diingatkan selepas bersalin, ketika berpantang.

Apa yang perlu dijangkakan semasa berpantang?

Secara fizikal, anda mengalami:

  • Masalah keletihan
  • Sakit di bahagian payudara
  • Hemorrhoids (darah beku)
  • Suhu panas dan sejuk
  • Urinary incontinence (tidak terkawal)
  • Anda akan kehilangan berat badan semasa berpantang

Secara emosi, anda mengalami:

  • Baby blues (emosi tidak menentu)
  • Tekanan semasa berpantang
  • Bermuram
  • Ketakutan
  • Perubahan emosi
  • Perasaan serba salah
  • Kesedihan yang berpanjangan

Tanda-tanda ini akan terjadi pada semua wanita yang baru bergelar ibu. Badan anda akan mengalami beberapa perubahan fizikal dan hormon, ia akan berubah mengikut kadar perubahan dan kehendak bayi anda.

3 Langkah Mudah Selepas Bersalin:

Ingin mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil selepas bersalin? Perubahan ini berlaku pada setiap wanita yang hamil untuk mengambil langkah asas ini. Lihat disini:

1. Merehatkan diri anda.

Setiap bayi mempunyai waktunya tersendiri dan ini telah diamati oleh setiap ibubapa selepas mereka memegang tanggungjawab menjaga bayi mereka. Seacra umum, bayi biasanya terjaga selepas 3 jam. Waktu itu bayi perlulah diberi susu, dibersihkan, dan didodoikan. Dengan rutin ini, ia amat sukar untuk setiap ibubapa, terutamanya ibu, untuk tidur.

  • Hal ini akan memenatkan buat si ibu. Bagi situasi ini, ia adalah tidak mustahil untuk anda tidur selama 8 jam, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan. Oleh itu, cadangan berikutnya akan membantu anda untuk kekal tenang:
  • Pada beberapa minggu pertama, rehatkan diri anda dari segala kerja, kecuali menyusukan bayi anda. Semasa waktu ini berehatlah untuk diri anda sendiri.
  • Tukar rutin tidur anda, cuba untuk mengkut rutin bayi anda, tidur sama waktu dengannya dan bangun semasa bayi anda terjaga.
  • Alihkan katil bayi anda dekat dengan anda untuk menjimatkan tenaga dan masa.
  • Ambil udara luar sekali sehari. Cuba untuk berjalan atau melakukan senaman ringkas untuk memudahkan pergerakan badan anda.
  • Selepas tiga minggu menyusu badan, mula untuk biasakannya dengan susu botol. Ia akan membantu anda untuk berehat, semasa orang lain membantu menyusukannya.
  • Jika anda mempunyai terlalu ramai rakan atau ahli keluarga yang datang untuk berjumpa bayi anda, jangan terlalu sibukkan diri melayan mereka. Jika anda berasa penat, ambillah masa itu untuk berehat.

2. Berikan badan anda nutrisi.

Selepas bersalin anda memerlukan proses untuk sembuh. Badan anda mempunyai beberapa perubahan dan anda perlu biasa dengannya. Untuk berbuat demikian, anda memerlukan nutrisi yang betul

  • Nutrisi yang lengkap dapat memberikan anda kekuatan pada badan dan boleh sembuh dengan cepat.
  • Jika berat anda bertambah, jangan risau. Pertambahan berat akan membantu badan anda untuk berlawan dan sembuh.
  • Kebanyakan doktor menasihatkan para ibu untuk makan ketika lapar. Jadi jika anda berasa lapar, makan!
  • Anda tidak semestinya memerlukan 4 waktu untuk makan. Peraturan mudah ialah anda boleh makan bila-bila masa jika anda berasa lapar.
  • Makan makanan yang penuh bijirin, sayuran, buahan, tenusu dan protein.
  • Jika perlu, cuba untuk kekalkan diet yang seimbang dengan memakan kesemua jenis makanan. Termasuklah buah kering dan kekacang pada diet anda
  • Bersenam setiap hari.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

3. Minta Pertolongan.

Bayi memerlukan banyak kerja. Kemahuannya dan keperluannya untuk ditukar setiap hari dan ia sukar untuk ditangani pada mereka yang baru bergelar ibu.

  • Jika anda dan suami anda adalah orang yang jenis bekerja, keadaan akan menjadi rumit.
  • Minta pertolongan untuk kerja rumah atau minta pertolongan dari keluarga anda untuk membantu anda untuk beberapa hari.
  • Anda perlu elakkan dari keletihan, perlukan masa untuk berehat, dan kerja rumah akan siap tanpa anda.
  • Minta pertolongan yang boleh memberikan anda lebih masa untuk menjaga anda dan juga bayi anda.

Menjaga badan anda, memerlukan rehat yang cukup dan makan nutrisi yang lengkap, selepas bersalin adalah penting untuk diteliti selepas bayi anda. Sentiasa beringat jika anda tidak boleh menjaga diri anda, anda tidak boleh menjaga si kecil anda.

Artikel ini dipetik dari PrecautionsAfterPostDelivery