Kalau ke kedai yang menjual langsir dan kain, seronok kan tengok pelbagai jenis rekaan dan corak langsir? Terbayang-bayang dah, mesti cantik sangat ni kalau pasang kat bilik tidur Mommy.
Patut beli ke tak eh?
4 Tips Memilih Langsir Bilik Tidur
Cantik macam mana pun, kenalah tengok daripada beberapa sudut lain juga:
#1. Material yang berkualiti
Tak kisahlah apa jenis material nya, Mommy kena pentingkan kualitinya tau. Kalau nak beli bidai ke, pastikan kayu atau buluh bidai tu kuat dan tahan serangan anai-anai, sebagai contohnya.
Kalau kain, mudah dibasuh dan tak mudah tercarik atau tertanggal hiasannya. Cantik dan mahal, buat apa kalau boleh guna setahun je kan Mommy?
#2. Warna dan corak langsir yang sesuai
Berkenan pun, tak boleh terus beli Mommy! Kena sesuaikan warna dan corak langsir tu dengan ruang yang Mommy nak pasangnya.
Tengok pada perabot, cat dan hiasan di ruangan tu, warna dan corak langsir yang macam mana sesuai?
#3. Jenis kain yang sesuai
Ruang yang berbeza menerima kandungan cahaya matahari dan kelembapan yang berbeza. Kalau di bilik tidur, sebagai contohnya, kita nak langsir yang legap kan?
Tak nak lah yang mudah ditembusi cahaya. Tetapi pada satu sudut yang lain, kita nak juga langsir yang nipis, sesuai apabila kita nakkan cahaya tapi tidak terlalu terang.
Haa.. sebab itulah pemilihan kain yang sesuai ni penting.
#4. Ukuran yang tepat
Motherhood pernah tengok beberapa pemasangan kain langsir yang pada pendapat kami, kurang sesuai ukurannya.
Kain langsir ni tak macam kain di badan ya. Perlu 2 3 inci je basi kainnya. Kita nak beralun elok dan tutup tingkap dan sliding door dengan elok.
Jadi memang kena ukur dengan tepat ya?
6 Idea Langsir Bilik Tidur
Mommy dah tengok tips memilih kain langsir bilik tidur ni. Jom pilih pula rekaan yang sesuai:
#1. Bidai kayu
Orang kita jarang sebenarnya guna bidai kayu sebagai langsir. Di negara luar, terutamanya Jepun dan China, ramai yang sukakan langsir macam ni.
Yang best nya, tak perlu susah-susah cabut dan basuh Mommy.
#2.Scallop
Selalunya, orang pasang langsir scallop ni di ruang tamu kan? Tetapi apa salahnya pasang di bilik tidur. Langsir scallop ni bawakan konsep mewah dan vibe fairy tale gitu!
#3. All-white
Orang kata, ringkas itu menawan. Memang betul kan? Bayangkan di bilik tidur Mommy, langsirnya putih dan beralun.
Tak sarat tetapi cukup melengkapi dan mengimbangi hiasan dalaman bilik tidur Mommy.
#4. Ripplefold kain
Semakin popular langsir ripplefold kain ni kan? Mana taknya, rekaannya yang memberi imej alunan sebegini membuatkan ia nampak cukup kemas dan menarik.
Nak betulkan pun tak susah, bukan sahaja di bilik tidur, mana-mana ruang pun sesuai.
#5. Roman blind
Kalau tengok cerita Hollywood, selalu kan kita perasan rumah di Barat menggunakan Roman blind ni sebagai langsir mereka.
Seperti bidai kayu, penjagaan langsir Roman blind ini pun mudah.
#6. Eyelet
Langsir eyelet pun turut menjadi kegilaan sekarang kan? Kelebihannya adalah ia mudah untuk dipasang dan nampak lebih kemas dan mewah.
Idea Langsir Bilik Tidur Dan Tips Memilihnya
Pemilihan langsir ni penting tau Mommy. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai elemen estetika tetapi untuk memberikan keselesaan kepada Mommy dan Daddy yang utamanya!
Sebaiknya dapatkan nasihat penjual dan interior designer dahulu ya?
Sumber: Ai Curtains