Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lapan Aktiviti Pembelajaran buat Kanak-Kanak

Cuba kaedah ini dalam mengajar ABC, 123 dan asas yang lain. Amanda Cook membawa anaknya yang berumur 2 tahun bersiar-siar di kawasan rumahnya. Anaknya, Julian kelihatan sangat letih kerana ibunya telah mengambil masa tidur petangnya. Semasa kami bersiar-siar, kami melihat pelbagai jenis warna dan bentuk benda dengan itu saya menyebutnya kepada anak saya supaya beliau mengingatinya.  Seperti rumput berwarna hijau, rama-rama berwarna oren, dan rumah mainan berwarna kuning. Cook yang berasal dari Bloomington, Indiana telah menyatakan bahawa beliau, anaknya  menyukainya, dia akan menunjukkan kepada benda bulat, terowong berwarna merah di taman permainan dan menunggu ibunya untuk bertanya kepadanya jenis bentuk dan warna.

Dunia ini terlalu banyak perkara yang boleh diajar. Kanak-kanak menyukai perkara yang baru. Oleh itu, ini adalah masa yang sesuai bagi mendidiknya dengan mengira dan membaca.  Kata Erin Seaton, Ed.D yang merupakan seorang pensyarah di bahagian pendidikan di Tufts Universiti, Medford, Maassachusetts. Konklusinya, bermainlah bersama-sama anak anda supaya mereka gembira.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

  1. Memanggil namanya

Highlighted


Dalam lingkungan umur 2 tahun, anak anda akan bermula mengenali huruf yang menghasilkan namanya. Pastikan namanya diletakkan dalam rumah anda, di biliknya, tandas, dan petisejuk. Tunjukkan satu demi satu huruf dengan jelas, kata Dr. Seaton. Ajarkan  kepadanya  tentang perkataan yang bermula dengan huruf (C untuk Caitlin tapi ia juga boleh digunakan untuk cawan).

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

2. Membaca

Bacakan kepadanya perkataan dan huruf yang tertulis pada isyarat jalanraya, pasar, dan pejabat doktor. Kata Sherril English, beliau merupakan seorang  professor pendidikan di Southern Methodist Universiti di Dallas. Beliau menyuruh ibubapa menyebut perkataan itu dengan kuat (“itu tanda berhenti”) dan bantu kanak-kanak tersebut  untuk memikirkan perkataan yang berima. Bagi membantu anak anda menyebut perkataan tersebut, tunjukkan huruf demi huruf dan sebutkannya  perlahan-lahan.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

3. Mengira

 

Kanak-kanak yang berumur 2 tahun mungkin boleh mengira nombor dari satu sehingga sepuluh. Tetapi, kebolehan sebenarnya untuk mengira belum bersedia lagi sehingga dia ke tadika , kata Seaton. Juga, anda boleh meningkatkan pengiraan nombor tersebut dengan cara memakaikan bajunya( satu, dua, tigabutang), menyediakan makanan (“ada enam kacang di pinggan awak”) dan membeli barang dapur ( saya ada tiga kentang, dan memerlukan satu lagi untuk jadikan ia yang keempat). Gunakan jari anda apabila mengira, dan ajarkan kepada  mereka membuat perkara yang sama.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

         4. Ajar Si Kecil Mengasingkan Barangnya

Perbuatan memerhati, membanding danmembezakan objek adalah penting dalam matematik, kata Dr. Seaton. Kanak-kanak mahir dalam hal ini. Menyuruh anak anda untuk menyusun permainannya mengikut jenis (kucing dalam satu bakul, beruang di tempat lain) atau mengikut warna. Lihat sama ada dia boleh membezakan stokin, waktu anda membasuh pakaian, dapatkah dia menyatukan pasangan stokin dengan betul. Sebelum usianya mencapai 2 tahun,  anak anda memahami perbezaan kurang dan lebih. Tanya soalan “longgokan mana yang banyak dan yang sikit”.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

           5. Menghasilkan Bentuk Buku

Kebanyakkan kanak-kanak berminat dengan buku yang terdapat segala jenis bentuk, tapi anda boleh mencarikan untuknya. English telah mencadang kepada ibu bapa supaya selepas anak mereka  melukis bentuk di kertas, mereka haruslah melipatkan majalah dan surat khabar tersebut bersama dan memotong gambar berikut. Kemudian, pergi bersiar-siar untuk mencari bentuk yang tersendiri. Mengambil gambar yang anak anda menunjukkan tadi, cermin segi- empat, roda bulat, batu segi-tiga. Print dan tampal di buku apabila sampai di rumah, menamakan bentuk-bentuk  tersebut. Setelah itu, nyatakan beberapa contoh di mukasurat tersebut untuk menyatakan bentuk mempunyai pelbagai jenis.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

           6. Cari Warna Yang Sama

Berkenaan dengan warna, biarkan si kecil anda untuk mencelupkan tangannya pada cat warna. Namakan warna tersebut setiap kali dia mencelupnya. Setelah seninya selesai, anda perlu mencari sesuatu di kawasan rumah anda yang sama warna di dalam gambar.Terdapat pelbagai warna dari biru muda ke biru tua, ia sangat gelap dan hamper menjadi hitam.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

            7. Warnakan Dunia

Menggunakan bahasa yang mudah bagi membantu si kecil anda dapat membezakan warna (“boleh awak letakkan bola kuning ini ke dalam tong biru?”). Dalam masa yang sama, “Awak nak epal merah atau pisang kuning?” Anda juga boleh mencuba menetapkan hari warna,ber kata English. Memakai warna hijau pada hari khamis dan makan epal hijau dan kacang hijau sambil minum susu berwarna hijau (serba sedikit makan berwarna sudah memadai). Akhir sekali,  pada hujung hari, biarkan si kecil anda bersantai di dalam bilik mandi dengan seronok.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

 

Kredit article kepada parents.com