Lawatan sekolah antara aktiviti yang menjadi kesukaan dan keterujaan anak kerana dapat mengikuti rombongan bersama guru dan rakan-rakan sekelas mereka.
Sebagai ibu bapa, pastinya bimbang dan risau untuk membenarkan anak menyertai lawatan tersebut terutama bagi anak yang baru kali pertama menyertainya.
Mari lihat beberapa tips yang boleh untuk kurangkan rasa risau Mommy dan Daddy tu!
10 Tips Menyiapkan Anak Untuk Lawatan Sekolah
1. Pakaian Yang Sesuai
Pastikan anak-anak Mommy memakai pakaian yang bersesuaian dengan tempat yang dikunjungi dan selesa.
Elakkan pemakaian yang berlebihan dan harus mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh guru.
Highlighted
2. Beg Galas Yang Lengkap Dengan Keperluan Asas
Mommy boleh lengkapkan barang keperluan mereka seperti botol air, tisu, beberapa snek sihat, telefon kecemasan dan lain-lain di dalam bag galas agar mudah dibawa dan digunakan.
Pastikan beg galas tersebut ringan dan selesa untuk kanak-kanak bawa sepanjang hari mereka.
3. Berikan Telefon Kecemasan
Mommy boleh berikan telefon kecemasan kepada mereka untuk langkah berjaga-jaga. Jika berlaku sesuatu kecemasan, mereka boleh hubungi Mama dengan segera.
Terangkan dan ajar cara penggunaan telefon kecemasan tersebut supaya mereka lebih mudah untuk gunakan ketika berhadapan dengan situasi yang cemas.
4. Penjejak GPS
Dengan menggunakan penjejak GPS ini, Mommy dapat pastikan perjalanan seharian mereka di sana dengan tepat.
Penjejak GPS yang baik mampu memberikan penjejakan lokasi masa nyata, bukan lokasi terakhir mereka berada sahaja.
Ini dapat mengurangkan kerisauan Mommy kepada mereka terutama anak-anak yang jenis susah untuk dikawal.
5. Ajarkan Mereka Perkara Asas
Mommy boleh terangkan kepada mereka tujuan lawatan tersebut dan ingatkan anak untuk sentiasa mengikut arahan guru sepanjang di sana.
Pastikan anak Mommy sudah mampu menguruskan diri dengan baik terutama apabila mereka mahu ke tandas.
6. Pastikan Anak Anda Bersedia Dari Segi Fizikal
Sediakan mental dan fizikal anak-anak supaya mereka akan tahu apa yang akan berlaku sewaktu lawatan tersebut – Mommy boleh rujuk guru yang bertanggungjawab untuk bantu terangkan pada anak-anak.
7. Menggalakkan Anak Anda Untuk Bertanya Soalan
Ajarkan anak Mommy untuk berani dan sentiasa bertanya soalan ketika tidak memahami dengan jelas tentang sesuatu perkara.
Dengan ini, mereka lebih cepat faham dan mampu mengikuti semua arahan yang diberikan dengan baik.
8. Pandai Menggunakan Wang Tunai Dengan Betul
Penting ye untuk Mommy ajarkan anak tentang penggunaan wang tunai yang betul!
Ketika lawatan, pastinya akan diberikan sedikit wang belanja untuk mereka membeli makanan atau barangan oleh itu sangat penting untuk anak pandai menggunakan wang dengan betul.
Ini dapat memudahkan urusan jual beli mereka dan mengelakkan dari mangsa penipuan.
9. Pastikan Anak Anda Mengetahui Nombor Ibu Bapanya
Pastikan anak-anak mengetahui nombor telefon Mommy dan Daddy untuk keselamatan diri.
10. Maklumkan Kepada Guru Tentang Keadaan Anak Anda
Jika anak Mommy tidak sihat atau alergik kepada sesuatu pastikan maklum dahulu kepada guru tentang keadaan anak anda.
Ini dapat mengelakkan segala hal yang tidak diingini berlaku ketika mengikuti lawatan sekolah nanti.
Mungkin ia agak susah untuk Mommy lepaskan anak-anak bersama cikgu-cikgu ke lawatan sekolah, lagi-lagi di luar kawasan sekolah.
Jangan bimbang, gunakan tips persediaan di atas bagi menyiapkan anak untuk lawatan sekolah nanti!
Semoga perkongsian ini membantu dan memberi manfaat kepada Mommy sekeluarga.
Dapatkan lebih banyak tips dan nasihat yang manfaat untuk keibubapaan di SINI.