Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Dikritik dan Diberi Layanan Tidak Adil Hanya Kerana C-Section Yang Dilakukannya

c-section

 

Satu screen shot menunjukkan mesej diantara seorang bakal ibu dan seorang jurugambar yang semakin menular kerana ia menimbulkan kemarahan dikalang ibu (dan jurugmbar yang lain) di ruang maya.

Dalam perbualan tersebut, seorang ibu memberi reaksi tentang mesej dari seorang jurugambar yang menolak dari melakukan penggambaran semasa proses kelahiran kerana ia merupakan proses C-section, dan bukanlah kelahiran biasa. “Saya tidak berniat apa apa. Saya terkedu apabila jurugambar tersebut mendiskriminasi bagaimana seseorang melahirkan bayi mereka tetapi bagus untuk mengetahuinya.” Ujar wanita tersebut.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

“Melakukan pembedahan bukanlah proses kelahiran. Anda tidak melakukan proses tersebut. Anda melakukan pembedahan untuk membuang bahagian abdomen anda. Ia bukanlah proses kelahiran walau berapa banyak anda mengatakannya dan saya tidak akan berada disana untuk mengambil gambar tersebut,” ujar jurugambar tersebut. “Jika anda berniat untuk menggalas tanggunjawab anda sebagai ibu dan melalui proses kelahiran secara normal, maklumkan pada saya dan kami boleh jadualkan sesi anda. Tugas ini berat, jika saya menjadi kamu saya akan berfikir panjang . . .” Samaada anda melakukan C-section atau tidak, respon dari jurugambar tersebut adalah menyedihkan dan biadap bagi semua ibu yang melahirkan anak melalui proses tersebut.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Tiada maklumat lanjut tentang pihak tersebut yang terlibat, tetapi seorang jurugambar telah tampil dengan satu mesej penting:

“Saya tidak mengetahui tentang pihak tersebut, jadi saya tidak boleh mengesahkan perbualan tersebut, tetapi saya berpendapat:

Jurugambar sukakan kelahiran jenis apa pun. Kami percaya ibu yang melalui caserean adalah wanita kuat, jelita, dan berani.

Kami melihat klien kami masuk ke bilik OR. Kami melihat dada mereka turun naik apabila doktor ingin melakukan pembedahan. Kadangkala kami melihat kepenatan, ketakutan dan kadangkala kelegaan, tetapi kami sentiasa melihat kekuatan pada mereka. Dan kami tangkapkan saat-saat bayi mereka keluar melihat dunia. Kami juga melihat keinginan yang sama, tangisan yang sukar digambarkan. Kami dapat melihat kehidupan disebalik rahim tersebut. . . warnanya, tenaganya, denyutannya . . . sangat mengujakan. Pertemuan di antara ibubapa dan bayi tersebut sangat indah, seperti menyentuh perasan seperti kelahirannya.

Sesiapa yang berkata sebaliknya bukanlah jurugambar. Tamat.”

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Pada pengalaman Monet Nicole yang berkerja bersama jurugambar kelahiran bayi seluruh dunia, dia tidak pernah mendengar apa-apa seperti ini. Sebaliknya, dia melihat jurugambar menukarkan polisi hospital dan memenuhi permintaan ramai wanita dengan ramai pemilihan pada proses kelahiran mereka. “Kami menyukai kelahiran Cesarean, kami menyambut kelahiran sebegini, dan kami akan terus melakukannya,” ujarnya di Facebook.

 Artikel ini dipetik dari BirthPhotographer