Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Menjadi Learning Coach Di Rumah: Seorang Ibu Kongsi Rahsia Menjadi Pendidik Untuk Anak-Anak

Kredit Gambar: Facebook Mafuzah Zainol

Gara-gara COVID-19, semua menjadi. Semenjak wujudnya online class bagi anak-anak dan work from home bagi ibu bapa, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita terpaksa menjalankan tugas yang seterusnya, iaitu menjadi seorang pendidik.

Bukan sahaja mendidik, tetapi kita juga perlu menjaga emosi kita sewaktu dirumah supaya dapat mewujudkan suasana yang selamat untuk sesi pembelajaran mereka.

Tetapi sesetengah Mommy dan Daddy tidak dilahirkan untuk mengajar sebab tu wujudnya guru yang bertauliah. Menjadi seorang guru yang berkaliber mengambil masa bertahun-tahun.

Namun, kita sebagai ibu bapa mesti cuba sedaya upaya untuk memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita dengan tips yang dikongsikan Puan Mahfuzah Zainol, yang memberi panduan untuk cara-cara menjadi seorang learning coach buat anak-anak kita.

Rumahku Sekolahku

Highlighted


Sekarang ni ibu ayah merupakan learning coach anak-anak di rumah. Ia tugas yang berat sebenarnya. Saya juga mengalaminya. Kadang-kadang tidak terbuat. Buat mana yang penting sahaja. Yang tak sempat saya tinggalkan dulu. Kita alami situasi yang sama. Jangan risau.
Nak share sedikit tips menjadi learning coach kepada anak-anak di rumah.

Tips Menjadi Seorang Learning Coach 

1. Introduction – Verbally ajak anak-anak untuk join sesi kita tu. Kalau istilah pendidikan kita panggil induksi. Tarik minat diorg ni dengan reward ke, music ke, mainan ke or anything. You know your kids better. Yang ni sangat penting sebab habis je belajar, dia akan demand reward dia. So motivation juga sebenarnya untuk anak-anak.
2. Direct instruction – part ini macam active teaching, tunjuk demo bla bla bla. Buat demonstration menggunakan bahan-bahan, material atau mainan. Terpulang kepada ibu ayah. Kalau istilah pendidikan, ada nama dia bahan maujud dalam pembelajaran. Boleh guna bahan sedia ada kat rumah. Kalau istilah therapeutic sikit kita panggil multi sensorial material. Sebab konsep dia adalah benda tu boleh pegang, sentuh, cium, bau rasa, gerak-gerak sikit. Semua guna deria kitalah. Ni kalau ibu ayah beri guide, anak-anak kena cuba benda yang sama. Dia pun try sama.

Berlatih Hingga Sempurna

3. Guided practice – part ini kena guna relevant workbook or activity book. Good materials menyumbang kepada success. Meaning dia buat, kita tengok betul ke tak. Yang ni time consuming lah sikit sebab perlu beri perhatian apa yang dia buat. Kalau dia lambat, sampai menguap jugalah kita tunggu tengok.
4. Independant practice – Walaupun nama dia independant, tapi kena ada quality supervision lah jugak from parents. Haha. Kalau saya, part supervision ni boleh buat sambil tengok handphone kat tangan huhuhu. Typical parents nowadays sungguh.

Pentingnya Bahan Mengajar

Sebab itulah, ibu ayah kena cari good materials (no.3) untuk anak-anak belajar di rumah yang sesuai dengan tahap anak dan material tersebut terus membantu mereka excel. Kalau mudahnya, guna sahaja buku aktiviti sekolah bagi.
Kalau target untuk reading, cari buku-buku yang sesuai untuk membaca. Reading development adalah pada umur 9 tahun ye. So, kalau anak masih belum boleh membaca lancar ketika 7 dan 8 tahun, boleh slowly ajar dan cari material yang sesuai untuk membaca.
Jangan lupa, active teaching (no. 2) sangat diperlukan jika menjadi learning coach di rumah.
Paling penting no.1 tu jangan abaikan motivation anak-anak untuk belajar. Saya tak nafikan reward ini membuatkan anak lebih suka nak belajar. Kalau tak ada reward, semangat pun down. Umpan lah mereka dengan cikedis ke sekali sekala or game ke or screen time ke. Mana yang mampu.
Kalau kita tak sempat, ambillah sedikit ruang dan masa untuk jadi learning coach anak-anak. 15-20 minit sehari pun sudah cukup. Kalau susah sangat, selang sehari pun okay. Jangan tak buat langsung.
Lakukanlah perkara baik untuk anak-anak hari ini semampunya supaya mereka boleh mengucapkan terima kasih kepada kita di kemudian hari.
Our struggling days.

Sabar Seorang Pendidik

Kita mesti nak yang terbaik kan untuk anak-anak kita? Bermakna sungguh perkongsian tips daripada Puan Mahfuzah Zainol ini tentang menjadi seorang learning coach di rumah. Terima kasih atas panduan ini yang dapat ibu bapa belajar menjadi seorang learning coach di rumah.
Kesimpulannya, Mommy harus mulakan lesson dengan induksi. Kemudian, beralih kepada arahan yang mudah untuk mereka fahami. Selepas itu, berikan mereka buku latihan yang sesuai dengan lesson yang telah diajar.
Untuk pemilihan bahan-bahan mengajar, pilihlah material yang bagus dan seronok. Langkah terakhir adalah, berikan mereka ganjaran bagi setiap kerja yang telah mereka lakukan. Mommy mesti expect yang terbaik kan? Untuk mendapatkan hasil yang bagus, kita seharusnya konsisten dan berlatih sehingga mereka menguasainya.
Selain reward, Mommy juga boleh memberi mereka pujian ataupun beri makanan kegemaran mereka. Harap semua ini membantu!