Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ketahui Punca-punca Lelah Dan Tips Untuk Elakkan Serangan Lelah

Kredit gambar: Adobe Stock

Lelah atau juga dipanggil asma (asthma) adalah keadaan atau penyakit radang saluran pernafasan ke paru-paru. Kondisi ini menjadikan pernafasan agak sukar bagi pesakit.

Selalunya keadaan ini boleh menyebabkan pesakit sukar untuk melakukan aktiviti fizikal.

Asma adalah penyakit radang saluran pernafasan ke paru-paru. Ia menjadikan pernafasan sukar dan boleh membuat beberapa aktiviti fizikal mencabar atau bahkan mustahil.

Highlighted

Kredit gambar: Getty Images

Keadaan kronik ini adalah keadaan yang paling biasa didapati di kalangan kanak-kanak.

Bagaimana Lelah Berlaku?

Untuk pengetahuan Mommy, dalam keadaan normal, dengan setiap nafas yang anda ambil, udara masuk melalui hidung atau mulut. Kemudian ia akan turun ke kerongkong dan saluran pernafasan, dan akhirnya sampai ke paru-paru.

Terdapat banyak saluran udara kecil di dalam paru-paru yang akan membantu menghantar oksigen dari udara ke dalam aliran darah seseorang.

Keadaan lelah berlaku apabila lapisan saluran pernafasan menjadi bengkak dan otot di disekelilingnya menjadi tegang.

Ini kemudian mengakibatkan lendir memenuhi saluran udara, justeru mengurangkan jumlah udara yang boleh melaluinya.

Kredit gambar: Getty Images

Inilah yang menyebabkan apa yang dipanggil ‘serangan asma’ dengan gejala seperti batuk dan sesak di dada.

Simptop Serangan Lelah

Simptom asma yang paling kerap ialah ‘wheezing‘ atau berdehit. Ini ialah bunyi seperti bersiul yang berlaku apabila pesakit asma bernafas.

Antara simptom lain termasuklah:

  • batuk
  • kesekatan di dada
  • sukar untuk bernafas
  • sakit dada
  • kepenatan
  • bernafas dengan laju
  • sukar untuk tidur

Jika simptom yang dialami bertambah teruk dan tidak dapat diringankan dengan penggunaan alat sedut (inhaler), pesakit perlu dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Simptom yang teruk adalah seperti:

  • kesukaran bernafas yang teruk
  • tercungap-cungap untuk mendapatkan udara
  • bibir pucat atau biru
  • kekeliruan
  • sukar untuk bercakap

Punca-punca dan Penyebab Lelah

Walaupun asma adalah perkara yang sering berlaku pada kanak-kanak, ada juga yang mula menghidap asma ketika sudah dewasa.

Kredit gambar: Getty Images

Pakar penyelidik tidak dapat mengenalpasti punca utama asma. Sebaliknya, punca asma selalunya bergantung kepada beberapa faktor.

1. Punca Genetik

Penyakit asma boleh dikatakan turun-temurun. Jika salah satu ibu bapa atau adik beradiknya menghidap asma, kebarangkalian besar anak akan menghidap asma juga.

2. Sejarah Jangkitan Virus

Individu yang mempunyai sejarah jangkitan virus yang teruk semasa zaman kanak-kanak lebih berkemungkinan untuk menghidap asma apabila mencapai usia dewasa.

3. Teori Kebersihan

Teori atau hipotesis ini menyatakan apabila bayi tidak terdedah kepada bakteria yang mencukupi pada awal tahunnya, sistem imun mereka mungkin tidak menjadi cukup kuat untuk melawan asma dan keadaan alahan lain.

Kredit gambar: Getty Images

Punca-punca biasa lain yang boleh menyebabkan serangan asma termasuklah:

  • jangkitan pernafasan
  • senaman ekstrem
  • alergen
  • gangguan emosi
  • keadaan cuaca yang melampau
  • serangga perosak
  • ubat tertentu

Langkah Untuk Ringankan Serangan Asma

Untuk merawat atau meringankan serangan asma, ia akan bergantung kepada tahap serangan sebelum rawatan.

Asma boleh dikategorikan sebagai:

  • Selang-seli: Kebanyakan individu dengan gejala asma mempunyai jenis asma ini yang tidak mengganggu aktiviti harian. Gejala adalah ringan dan berlaku kurang daripada dua kali seminggu atau dua malam sebulan.
  • Ringan berterusan: Gejala asma ringan berterusan berlaku lebih daripada dua kali seminggu, dan bukan setiap hari. Ia boleh berterusan sehingga empat malam sebulan.
  • Sederhana berterusan: Gejala berlaku setiap hari dan sekurang-kurangnya satu malam setiap minggu, tetapi bukan setiap malam. Individu dalam kategori ini mungkin sukar melakukan beberapa jenis aktiviti harian.
  • Teruk berterusan: Gejala berlaku beberapa kali setiap hari dan selalunya setiap malam juga. Individu akan menghadapi kesukaran dalam melakukan aktiviti harian.

Rawatan untuk asma terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu:

  1. Rawatan ubatan melegakan asma dengan cepat
  2. Ubat kawalan jangka panjang
  3. Kombinasi ubat rawatan melegakan asma dengan cepat dan ubat kawalan jangka panjang
  4. Suntikan atau infusi biasanya untuk bentuk asma yang teruk

Tips Untuk Elakkan Serangan Asma

Disebabkan punca sebenar asma belum boleh dikenalpasti, sebenarnya agak mencabar untuk mengetahui cara untuk mencegah keradangan.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh cuba untuk mencegah serangan asma. Antara tips-tips ini termasuklah:

1. Elakkan pencetus asma. Ini termasuklah, bahan kimia, bau atau produk yang pernah menyebabkan masalah asma.

2. Kurangkan pendedahan kepada alergen. Kenalpasti alergen yang boleh mencetuskan asma anda seperti habuk dan kulat.

3. Dapatkan suntikan alahan. Imunoterapi alergen ialah sejenis rawatan yang boleh membantu mengubah sistem imun anda. Dengan suntikan rutin, badan anda boleh menjadi kurang sensitif terhadap sebarang pencetus asma.

4. Ambil ubat pencegahan atas nasihat doktor. Ia boleh digunakan sebagai tambahan kepada ubat yang digunakan sekiranya berlaku kecemasan.

5. Makan diet dan makanan yang lebih sihat dan seimbang. Makan makanan yang sihat dan seimbang boleh membantu meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.

6. Bersenam dengan kerap. Aktiviti senaman ekstrem boleh mencetuskan senrangan asma, tetapi dengan melakukan senaman dengan kerap, anda boleh mengurangkan risiko serangan asma.

Kredit gambar: Getty Images

7. Kekalkan berat badan yang optimum. Asma cenderung menjadi lebih teruk pada orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. Menurunkan berat badan adalah sihat untuk jantung dan paru-paru.

8. Kurangkan stres atau uruskan tekanan. Ini adalah kerana tekanan atau stres boleh mencetus serangan asma. Ia juga boleh menyukarkan untuk meredakan asma.

9. Jika anda merokok, anda perlu berhenti merokok. Asap rokok boleh mencetuskan asma dan meningkatkan risiko penyakit kesekatan kronik pulmonari (COPD).

10. Amalkan meditasi. Meditasi mungkin dapat membantu dalam mengurangkan tekanan dan melancarkan pernafasan secara konsisten.

Jika anda belum didiagnosis dengan asma tetapi mengalami simptom seperti semput, batuk, atau sesak nafas, anda harus memberitahu doktor anda dan dapatkan nasihatnya dengan segera.

Semoga bermanfaat.