Lipas adalah serangga yang kotor dan pembawa penyakit. Mana-mana tempat je, memang serangga ni tidak disukai dan dibenci oleh orang ramai.
Memang lah, ia mengeluarkan bau dan tambah-tambah lagi, suka terbang ke arah kita kan Mommy? Kalut ribut lah dibuatnya, bertempik sana sini.
Penyakit-Penyakit Bawaan Lipas
Lipas ni membawa penyakit kerana tabiat-tabiat buruknya. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, apabila makanan yang dimakannya separuh hadam, ia akan keluarkannya balik.
Sambil ia makan, sambil ia buang najis. Pada bulu kakinya lah, ia mengangkut dan menyebarkan kuman, telur cacing, kulat, virus dan kotoran.
Bayangkan apabila ia merayap atau hinggap pada kita dan makanan dengan semuanya di bulu kakinya tu, di situlah tersebarnya penyakit-penyakit bawaan lipas ni:
- Cirit-birit
- Disenteri
- Alergik pada kulit
- Keracunan makanan
Cara Hapuskan Lipas Dengan Berkesan
Bukan biasa-biasa je penyakit bawaan lipas ni. Kalau teruk dan imun badan tak kuat, memang bahaya juga tau Mommy.
Jadi sebelum melarat, sebaiknya Mommy dan Daddy kena usahakan untuk hapuskan lipas ni dari kediaman:
#1. Tutup ruang dan lubang laluan lipas
Lipas ni, ia ada laluan tersendiri untuk ia keluar masuk dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain. Yelah.. kita kalau jumpa lipas mestilah nak pukul ke apa kan.
Lipas ni memang banyak tempat persembunyian dan laluan mereka. Jadi yang patut Mommy dan Daddy lakukan adalah, tutup semua ruang, laluan dan celah-celahan yang menjadi tempat dan sarang mereka.
Kadang-kadang tu, rumah kita dah bersih. Tapi apabila ada laluan yang lipas boleh lalu dan bersembunyi, lipas dari kawasan lain boleh datang dan ‘berhijrah’ ke rumah dan kedai kita macam tu je.
#2. Jaga kebersihan
Yang ini memang penting ya Mommy. Perasan tak kalau kita bawa makanan masuk ke dalam bilik tidur, lama-kelamaan memang akan ada lipas yang datang?
Haa.. jangan pelik ya. Mereka ni memang boleh detect bau makanan dari jauh. Tambah-tambah kalau Mommy dan Daddy tak buang sampah, memang dihurungnya lah.
#3. Tutup tong sampah
Katakanlah Mommy dan Daddy tak sempat atau tong sampah masih tak penuh dan tak nak buang lagi, Mommy dan Daddy kena pastikan untuk tutup tong sampah dengan kemas supaya baunya tidak menarik lipas untuk datang tau.
Terutamanya bila kita tidur di waktu malam, makhluk perosak ni akan makin aktif.
#4. Jangan biarkan peralatan dapur dan pinggan mangkuk tidak bercuci
Pastikan juga, segala peralatan dapur seperti kuali dan periuk serta pinggan mangkuk tidak dibiarkan kotor lama. Ini akan menarik lipas tentu-tentunya.
Usahakan untuk cuci kesemuanya segera ya Mommy dan Daddy?
#5. Simpan makanan dengan elok
Selain itu, janganlah dedahkan makanan macam tu je. Walaupun tutup dengan penutup saji, aroma makanan ini tetap boleh terhidu oleh lipas.
Kalau boleh, simpan lebihan makanan dalam bekas yang tertutup dan kedap udara ya? Senang je konsepnya, kalau tak ada ‘daya penarik’, lipas ini sendiri tak akan datang.
#6. Bersihkan kawasan rumah secara berkala
Adalah penting juga untuk Mommy dan Daddy bersihkan kawasan rumah secara berkala ya. Terutamanya di tempat-tempat yang disukai serangga ini seperti di saluran kumbahan, di bawah peti ais, di dalam almari dapur, tangki najis dan tempat pembuangan sampah.
#7. Bersihkan sisa makanan
Kadang-kadang tu, kita pun tak perasan kan? Sisa makanan tumpah sana sini. Di dinding dapur pula, bila menumis ke apa, memang terpercik dan melekat.
Jangan terkejut kalau nanti ada lipas yang datang jilat tau. Sebab itulah Mommy dan Daddy kena bersihkan selalu sisa makanan di dapur ke, di meja makan ke. Kalau anak-anak sepahkan ke, jangan dibiarkan lama sebelum bersih tau.
#8. Guna racun semburan
Ramai juga yang suka gunakan cara ini untuk hapuskan lipas. Sembur je racun semburan ke dalam saluran atau laluannya kan?
Tapi untuk telur-telur lipas, cara ini mungkin tidak berkesan. Sebab itulah kena cegah dengan beberapa cara yang Motherhood senaraikan di atas.
Bukan senang ya nak hapuskan telurnya satu-satu.
#9. Guna ubat gegat
Selain itu, penggunaan ubat gegat juga berkesan untuk menghalau lipas. Memang serangga tak boleh tahan dengan bau ubat gegat ni, bukan lipas je.
Tapi kalau ada anak, Mommy dan Daddy kena hati-hati ya. Risau mereka fikir itu gula-gula pula. Letakkanlah di hujung bilik di kawasan yang terselindung ke.
Elok juga jika diletak di kawasan laluan dan habitat lipas secara berkala untuk pencegahan.
Banyak je bahan kimia yang boleh mematikan atau menghalau lipas. Tapi yang kita nak adalah, kita cegah dari awal. Bukannya apa, susah apabila mereka dah bertelur dan membiak nanti.
Mommy dan Daddy cuba ya tips-tips dari kami di atas? Jangan lupa, yang utama, jagalah kebersihan.
Dapatkan lebih banyak tips hack yang berguna di SINI.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.