Untuk ibu-ibu yang bakal bersalin, amat penting untuk anda ambil tahu tentang darah nifas ni. Darah nifas ataupun Lochia adalah darah yang warna dan rupanya seperti haid. Tapi sebenarnya ia adalah darah yang keluar selepas kosongnya rahim kita selepas melahirkan.
Kali ini, Min bawakan penjelasan ringkas dan lanjut yang dikongsikan Pakar Sakit Puan, Dr Muhammad Izzat tentang apa sebenarnya darah nifas dan apa yang Mommy dan Daddy perlu tahu.
Darah Nifas Seperti Darah Haid?
Dalam perubatan, darah nifas dipanggil lochia(sebut sebagai lokia). Lepas uri/placenta keluar dari rahim, akan ada banyak darah keluar seperti darah period. Ni namanya Lochia Rubra. Warna sama seperti darah haid biasa – merah terang.
Lama kelamaan, warna darah ni akan berubah menjadi coklat kemerahan kemudian menjadi warna pink. Darah nifas pada peringkat ni dipanggil Lochia Serosa. Lepas jadi pink, darah nifas akan bertukar jadi lendiran putih yg banyak dikenali sebagai Lochia Alba, sampailah darah berhenti.
Darah nifas(lochia) bagi setiap wanita TAK SAMA tempoh jangka masanya. 1 dalam 10 wanita akan ada pendarahan sehinggalah 6 minggu lepas bersalin, biasanya sikit-sikit.
Pada hari ke-3 atau ke-4 berpantang, kekadang ada darah nifas yang bercampur darah beku sikit, tapi saiznya taklah terlalu besar. Ni normal. Selepas hari ke-3 atau ke-4, darah nifas seharusnya TIADA berketul-ketul darah beku.
Jika ada, tolong berjumpa dengan Dr segera.
Mujur ada perkongsian daripada Dr Izzat tentang darah nifas. Sekarang Mommy pun lebih berilmu tentang darah nifas ni.
Jangan panik ya nak dekat-dekat lahir si manja nanti! Ingat pesan Dr Izzat, darah nifas sepatutnya tiada ketulan darah beku.
Dapatkan nasihat doktor berdekatan jika ada sebarang kemusykilan atau masalah yang berlaku. Semoga bermanfaat untuk Mommy dan juga Daddy!
Kredit: Dr Muhammad Izzat
Untuk dapatkan lebih banyak info tentang kehamilan, klik SINI.