Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jangan Biarkan Kosong, Cuba 10 Idea Dekorasi Loteng Rumah Ini Mommy

idea deko loteng rumah

Kredit gambar: istockphoto

Banyak rumah yang ada loteng sering menjadikan ia sebagai stor menyimpan barang atau biarkan kosong macam tu je.

Membazirlah macam tu Mommy. Ruang di loteng rumah ni, kalau kita manfaatkan betul-betul, ia boleh menjadi seindah ruang lain dalam rumah juga tau!

6 Tips Yang Wajib Mommy Ketahui Sebelum Mula Mengubahsuai Loteng Rumah

Jom, kita tengok beberapa tips yang berguna sebelum mengubahsuai loteng rumah:

#1. Pilih lantai loteng yang kukuh

Dengan kedudukan loteng di tingkat paling atas, Mommy mestilah mementingkan kekukuhan lantai loteng. Tambahan lagi, apabila kita susun perabot dan barang-barang.

Kalau bahan buatannya tak kukuh, memang bahaya. Ia mestilah tahan daripada serangan anai-anai juga ya.

#2. Bina bumbung loteng pada ketinggian yang ideal

Ruang loteng sememangnya sempit. Sebab itulah Mommy kena bina bumbungnya dengan ketinggian yang sesuai.

Ini untuk keselesaan kita nak bergerak dan supaya flow udara lebih baik.

#3. Pengudaraan mesti optimum

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Tak kisah lah Mommy nak pasang insulator pada bawah lapisan atap atau pasang penghawa dingin ke, tingkap mesti ada ya?

Salah satu faktor yang menyebabkan orang kita tak nak guna bahagian loteng rumah adalah disebabkan haba dan cahaya matahari yang secara terus inilah.

Jadi faktor pengudaraan mestilah dititikberatkan untuk keselesaan kita.

#4. Ada pencahayaan yang cukup

Jika di siang hari, mungkin tak ada masalah sangat. Tetapi pada waktu malam, ruang dalam loteng memang gelap. Jadi Mommy kena pastikan pencahayaan di ruang ini cukup ya?

#5. Binaan laluan ke loteng yang strategik

Kredit gambar: homebuilding.co.uk

Biasanya orang buat tanggalah kan untuk ke loteng? Pastikan laluan ini strategik iaitu tidak menghalang atau menyukarkan akses ke loteng.

#6. Pilih perabot yang sesuai

Tak dilupakan juga, pemilihan perabot untuk diletakkan di ruang ini pun penting ya. Pilihlah yang saiz dan reka bentuk yang sesuai.

10 Idea Dekorasi Loteng Rumah

Sekarang tiba masanya untuk kita praktikkan tips yang dikongsikan. Jom tengok beberapa idea untuk dekorasi loteng rumah Mommy:

#1. Guna perabot yang bersudut

Kredit gambar: istockphoto

Ruang loteng kan sempit dan banyak sudut. Jadi untuk manfaatkan ruangnya, Mommy disarankan untuk beli perabot yang bersudut seperti kabinet berbentuk L.

#2. Pilih katil yang ada storage di bawahnya

Kredit gambar: istockphoto

Kalau kita beli rangka katil yang kosong, rugilah tak dapat gunakan ruang di bawahnya. Cuba cari katil yang ada storage di bahagian bawahnya ya.

#3. Bina rak yang tergantung

Kredit gambar: istockphoto

Untuk simpan barang pula, bina je rak yang tergantung. Di bawah ruang itu, Mommy boleh letak perabot lain seperti meja.

#4. Cat ruang loteng dengan warna yang cerah

Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada untuk memberi efek pandangan lebih luas, warna yang cerah juga baik untuk memantulkan haba dan cahaya.

#5. Cat lantai loteng

Kredit gambar: istockphoto

Boleh juga kalau nak cat lantai loteng. Tak payah guna karpet atau alas kaki, hanya cat dengan warna yang cerah je. Ia akan memantulkan lebih cahaya berbanding guna karpet atau alas lantai yang lain.

#6. Manfaatkan ruang di dinding yang rendah

Kredit gambar: istockphoto

Perabot yang reka bentuknya bersudut memang membantu dah. Tetapi kalau Mommy pandai manfaatkan ruang di bahagian dinding rendah tu lagilah gempak.

Biasanya orang biarkan kosong je di ruang tu kan?

#7. Bina set perabot sendiri

Kredit gambar: istockphoto

Ataupun kalau nak lebih baik, bina sendiri atau upah orang untuk buat set perabot mengikut ruang dan bentuk keluasan loteng rumah Mommy.

#8. Guna perabot yang built-in

Kredit gambar: lorakitchen.com.my

Untuk jimatkan lagi ruang, boleh juga kalau beli perabot yang built-in. Contohnya, kabinet yang ada built-in meja. Nak guna je, tarik keluar.

Jadi kita dah jimat ruang untuk meja dah.

#9. Guna tingkap yang ada motorized shades

Kredit gambar: houzz.com

Yang best nya tingkap yang ada motorized shades ni, kita boleh kawal berapa banyak cahaya kita nak dalam ruang loteng pada bila-bila masa je.

Kalau tingkap kosong je, cahaya akan masuk sepenuhnya.

#10. Guna perabot yang rendah

Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada saiz dan reka bentuk yang sesuai, utamakan juga faktor ketinggian perabot tu. Untuk nampak ruang dalam loteng lebih tinggi, elakkan menggunakan perabot yang tinggi ukurannya.

Cari yang rendah-rendah je ya?

Idea Dekorasi Loteng Rumah

Jadi macam mana? Bila dah tengok tips dan idea dekorasi loteng rumah daripada kami ini, mesti dah datang bermacam idea dalam fikiran kan?

Sumber: REDDIAMONDHOUSE dan Houzz


Dapatkan panduan dekorasi rumah yang lain dengan klik SINI!