Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Petua Mudah Mengatasi Rasa Loya dan Mual Semasa Hamil

loya

Kredit gambar: www.edukasicampus.net

Loya atau dikenali juga sebagai mual dalam kalangan ibu hamil adalah gejala kehamilan yang normal berlaku semasa mengandung.

Ia biasanya terjadi pada trimester pertama kehamilan walaupun terdapat beberapa kes di mana loya masih berlaku sehingga atau pada trimester ketiga. Ianya sangat tidak menyenangkan. Namun, terdapat beberapa cara bagi menghilangkan loya ketika hamil ini.

Bagi Mommy yang sedang berhadapan dengan rasa mual nak muntah semasa hamil ini, jangan lupa scroll sampai habis!

Cara Hilangkan Loya Semasa Hamil

Highlighted

Kredit gambar: www.tampacolorectal.com

Berikut adalah beberapa cara hilangkan loya semasa hamil yang boleh dicuba oleh Mommy.

#1. Cara Hilangkan Loya dengan Rehat yang Cukup

Cara yang pertama ialah pastikan Mommy mendapatkan rehat yang cukup. Rehat yang cukup adalah asas kepada kesihatan Mommy dan bayi dalam kandungan.

Ini kerana, mual akan mengaibatkan Mommy cepat letih. Selain itu, Mommy juga boleh tidur sekiranya Mommy rasa ingin muntah. Tidur adalah antara cara terbaik untuk elakkan dari muntah.

#2. Menghidu Bauan Segar

Bauan segar seperti bauan citrus seperti limau nipis dan lemon dapat membantu mengurangkan rasa mual dan loya yang dihidapi.

Di samping itu, Mommy juga boleh menghidu bau minyak aromaterapi atau minyak angin yang membantu kurangkan sensitiviti Mommy terhadap bau-bauan di sekeliling Mommy.

#3. Dapatkan Sokongan

Rasa loya semasa hamil adalah sangat memenatkan. Oleh itu, sokongan dari orang yang dekat dengan Mommy adalah penting.

Bukan itu sahaja, suarakan kepada Daddy tentang apa yang membuatkan mual Mommy semakin memburuk.

Contohnya, bau minyak wangi Daddy menyebabkan Mommy mual. Minta Daddy hentikan seketika penggunaan minyak wangi tersebut.

#4. Minum Air yang Mencukupi

Kredit gambar: doulasofbaltimore.com

Bagi ibu hamil yang mengalami rasa mual dan muntah atau morning sickness seperti loya ini pastinya akan membuatkan badan letih dan hilang air dalam badan. Semakin banyak badan hilang air, Mommy akan menjadi semakin mual.

#5. Ambil Makanan yang Membantu Mengurangkan Loya

Cara mengatasi rasa mual dan muntah semasa hamil yang seterusnya ialah ambil makanan yang membantu mengurangkan rasa mual.

Contohnya, makanan yang masam seperti buah oren yang membantu mengurangkan rasa mual nak muntah yang dihadapi.

Mommy juga perlu tahu makanan apa yang membuatkan Mommy rasa mual dan loya. Elakkan makanan, berminyak, berempah dan berlemak. Ini semua hanya akan membuatkan Mommy semakin mual.

#6. Makan Sedikit tapi Kerap

Cara seterusnya untuk hilangkan loya semasa hamil adalah makan dengan kuantit sedikit tetapi kerap. Perut kosong akan membuatkan rasa mual semakin teruk.

Oleh itu, Mommy boleh memilih makanan dalam kuantiti kecil untuk dimakan secara kerap. Namun, ingat ya Mommy jangan makan terlalu banyak dalam satu-satu masa ya.

#7. Hilangkan Loya dengan Makan Halia

Selain itu, halia juga terkenal untuk membantu mengurangkan mual. Ianya terbukti berjaya membantu ramai orang yang menghadapi masalah mual ini. Mommy boleh cuba buat teh halia setiap kali rasa mual.

#8. Alihkan Perhatian kepada Perkara Lain

Tidak dinafikan morning sickness sukar untuk diabaikan. Namun, ianya tidak mustahil. Mommy boleh cuba melakukan sesuatu yang dapat mengalihkan perhatian Mommy kepada benda lain.

Contohnya, jalan-jalan di taman, bermain chess dan membaca novel kegemaran.

#9. Ubat atau Vitamin Tambahan

Kedit gambar: www.verywellfamily.com

Bagi sesetengah ibu hamil yang dibekalkan dengan ubat atau vitamin tambahan dan ubat tersebut membuatkan mereka bertambah rasa mual dan loya, jangan lupa untuk berbincang dengan doktor untuk menukar kepada ubat yang lain.

Selain itu, bagi masalah rasa mual dan muntah ini terdapat satu vitamin tambahan untuk masalah loya ini iaitu multivitamin yang mengandungi piridoksin (vitamin B6).

Berbincanglah dengan doktor Mommy sekiranya Mommy boleh mengambil multivitamin tersebut atau tidak.

#10. Hilangkan Loya dengan Makan Perlahan-lahan

Untuk pengetahuan Mommy, makan secara perlahan-lahan dan mengunyah makan mampu membantu mengurangkan rasa loya. Oleh itu, tidak perlu gelojoh semasa makan. Makan dan kunyah perlahan-lahan juga dapat membantu makanan dihadam dengan baik.

#11. Kenalpasti Punca

Kenalpasti punca yang menyebabkan Mommy rasa mual nak muntah antara cara lain untuk menghilangkan rasa mual semasa hamil.

Contohnya, sekiranya Mommy sensitif kepada bau-bauan wangian elakkan dari menggunakan sebarang pewangi semasa hamil. Dengan ini dapat membantu Mommy mengurangkan rasa mual.

#12. Melakukan Aktiviti Ringan

Cara lain yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan aktiviti senaman ringan. Apabila Mommy melakukan aktiviti senaman ringan ini, mungkin Mommy dapat mengalihkan perhatian Mommy dari memikirkan perkara yang boleh membuatkan Mommy rasa mual nak muntah.

#13. Jangan Lupa Sarapan

Sarapan adalah antara perkara yang sering ditinggalkan. Walaupun loya Mommy teruk pada waktu pagi cuba untuk mengambil sarapan.

Sarapan penting supaya perut Mommy tidak kosong. Perut kosong hanya akan membuatkan loya Mommy semakin teruk.

#14. Acupressure Wristband

Tahukah Mommy terdapat satu benda yang boleh membantu masalah mual Mommy. Acupressure wristband yang dipakai dibahagian tangan Mommy boleh membantu mengurangkan masalah rasa mual dan loya.

Ianya mudah, selesa dan selamat digunakan. Mommy boleh dapatkan di mana-mana farmasi berdekatan Mommy.

#15. Berjumpa Doktor

Cara yang terakhir adalah berjumpa doktor. Sekiranya rasa loya atau morning sickness yang Mommy hadapi semakin serius, berjumpalah dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Jika dibiarkan risau ianya akan mengganggu kehamilan Mommy.

Kesimpulannya, mengandung adalah suatu proses yang menyeronokkan dan menakjubkan. Sesungguhnya, rasa mual nak muntah ini tidak menghalang wanita untuk mengandung dan melahirkan permata hati yang ditunggu-tunggu.

Namun, keseronokkan itu terbantut disebabkan oleh mual dan morning sickness yang dihadapi.

Oleh itu, cara di atas dapat membantu menghilangkan rasa mual dan loya yang dihadapi. Selamat mencuba!

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai lagi tips dan info kehamilan yang lain di SINI!