Adakah sling bayi selamat seperti yang anda fikirkan? Terdapat pengajaran penting yang boleh dipelajari dari pengalaman seorang ibu dari British ini.
Seorang ibu dari United Kingdom, Marianne Matthews ketika itu cuba untuk menghentikan tangisan bayinya yang berusia 4 minggu dengan menggendong bayinya ke dalam sling bayi untuk di bawa bersiar-siar.
Dia tidak pernah tahu yang dia membuat kesilapan yang besar.
Dia tidak pernah terjangka itu adalah kali terakhir dia melihat bayinya.
Di dalam satu laporan yang beliau sendiri tulis di Rospa.com, dia merayu supaya semua ibu bapa di luar sana untuk tidak mengulang kesilapan yang sama seperti dia lakukan.
Marianne menceritakan dia membawa bayinya bersiar-siar di dalam sling bayi-yang mempunyai material boleh mengembang tetapi dengan arahan yang dibekalkan tidak jelas-sambil menyusukan bayinya.
Apabila dia tiba di rumah, dia menyedari yang bayinya telah berhenti bernafas dan terdapat pendarahan pada hidung bayi tersebut.
“Semunya berlaku dengan cukup pantas, dan saya tidak sedar sesuatu telah berlaku. Bayi saya sam ada sudah tercekik atau menghadapi kesukaran. Setibanya saya di rumah, dia sudah tidak bernafas”, katanya.
Dia kemudiannya membawa bayinya dengan segera ke hospital, tetapi ia terlambat sudah. Eric sudah tiada.
Walaupun insiden ini berlaku pada tahun 2014. namun mesej yang hendak disampaikan ini adalah lebih berharga hingga ke hari ini.
Marianne menulis, “Bahaya bayi sling ini tidak pernah di sebut ketika ibu hamil menghadiri kelas-kelas tentang kehamilan, atau di mana-mana buku tentang bayi yang kita pernah baca, dan anda tidak akan pernah terfikir sesuatu bakal terjadi kepada anda”
Dan sebenarnya, kesemua buku bayi yang Marianne baca, menasihatkan di mana sling fabrik adalah pilihan yang paling selamat di mana bayi yang baru lahir dapat di dukung erat bersama ibunya.
Luahan hati Marianne merayu pada semua ibu untuk lebih perihatin dan tidak membuat lebih dari satu tugasan ketika membawa bayi di dalam sling bayi, terutamanya menyusukan bayi. Dia juga menggesa untuk ibu bapa di luar sana hanya membeli barangan bayi yang mempunyai jenama yang bereputasi, di aman arahan dan amaran tentang keselamatan produk tersebut jelas dipaparkan.
Bahaya yang mendatang
Dr Mary Malone, seorang pakar patologi pediatrik yang menjalankan ‘postmortem’ terhadap Eric berkata, punca kematian adalah kerana ‘asphyxiation’ di mana disebabkan oleh posisi yang salah semasa di dalam sling bayi tersebut.
Kematian disebabkan oleh ‘asphyxiation’ adalah sangat selalu terjadi daripada apa yang orang fikirkan.
Satu kajian telah dijalankan di Universiti Teknologi Queensland yang melibatkan 800 keluarga Australia mendapati satu didalam 20 bayi pernah cedera disebabkan oleh sling bayi.
95 peratus daripada ibu bapa yang dijalankan survei berpendapat ia adalah selamat untuk menggunakan sling bayi kepada bayi yang baru lahir.
“Ini adalah amat membimbangkan kerana pakar keselamatan produk tidak menggalakkan sling bayi digunakan untuk bayi yang pra-matang atau kekurangan berat badan” jelas Dr Kristen Vallmuur yang menjalankan kajian tersebut.
Mengapa sling bayi boleh jadi merbahaya?
Berdasarkan Australian Competition and Consumer Commission (ACCC) bayi yang diletakkan di dalam sling bayi berisiko tinggi mengalami kecederaan jika tidak diletakkan di dalam posisi yang betul kerana mereka berkemungkinan tidakboleh bergerak dan akan mengganggu pernafasan mereka.
Dua posisi yang patut DIELAKKAN semasa meletakkan bayi anda di dalam sling:
- Kedudukan bayi melengkung dan dagu terletak di dada.
- Kedudukan bayi berbaring dengan muka tertekan mengenai kain sling atau badan si pemakai.
Juga bayi yang berumur kurang dari 4 bulan, bayi pra-matang dan bayi yang mempunyai masalah berat badan tidak mencukupi, dan yang mempunyai masalah pernafasan sangat berisiko tinggi.
Ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak membeli sling bayi yang digambarkan seperti ‘rahim’ atau ‘kepompong’ di mana bayi diletakkan seperti dalam posisi seperti janin di dalam rahim atau menutup bayi sepenuhnya.
“Sling seperti ini meletakkan bayi dalam posisi bahaya dan melenkung ke belakang. Janin di dalam rahim tidak perlu berada dalam keadaan lurus untuk bernafas namun bayi harus” kata ACCC.
Tambahan, berikut adalah tips keselamatan jika anda mahu menggunakan sling bayi:
- Membuat kajian dari pembacaan atau pertanyaan kepada mana-mana ibu bapa yang pernah menggunakan sling bayi.
- Periksa dan sentiasa tahu tentang berat bayi anda sebelum membeli sling bayi.
- Elakkan menyusukan bayi anda semasa di dalam sling. Jika terpaksa, pastikan bayi anda mendapat perhatian penuh dari anda semasa menyusu dan tukar posisi bayi selepas itu dengan membiarkan kepala bayi anda ke atas dan tidak menekan ke arah sling.
- Elakkan dari membongkok semasa bayi anda masih di dalam sling. Pastikan and membengkokkan lutut jika anda perlu mengambil sesuatu di bawah.
- Periksa bayi anda sekerap mungkin.
- Pastikan sling bayi anda dalam keadaan baik dan tidak koyak.
Diharapkan artikel ini memberi informasi baru buat anda demi keselamatan bayi anda. Kongsikan artikel ini kepada mana-mana ibu bapa yang anda kenali.