Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Luangkan Masa Bersama Daddy! Aktiviti Menarik untuk Bapa dan Anak-anak

Tanpa ayah siapalah kita kan, Mommy? Pengorbanan bapa tiada tandingannya dan kita harus sentiasa luangkan masa berharga kita bersama mereka. Bukan sahaja dengan si ayah, tetapi adalah lebih baik untuk kita meluangkan masa bersama dengan seisi keluarga. Barulah lengkap!

Apa kata bersempena dengan Hari Bapa tahun ini, Mommy bawa anak-anak luangkan masa bersama ayah mereka atau Mommy sendiri boleh luangkan masa bersama ayah Mommy dengan melakukan beberapa aktiviti berikut. Pasti lebih menyeronokkan dan meninggalkan kenangan yang tak dapat dilupakan.

5 Aktiviti Yang Menyeronokkan Untuk Bapa dan Anak

#1 Boling

Highlighted


Rasanya macam dah lama tak main boling. Min sendiri pun tak ingat bila kali terakhir Min main boling. Boling merupakan aktiviti yang menyeronokkan (terutamnya bagi yang dah lama tak main atau baru pertama kali akan bermain) kerana ia menggalakkan persaingan yang sihat antara keluarga dan pastinya memberi seribu satu ketawa dengan gaya dan telatah masing-masing.

Kalau si bapa master dalam permainan ini, gunakan peluang ini untuk ajar anak-anak. Pasti lebih menarik!

#2 Membina Lego

Buat yang berminat dengan aktiviti menyelesaikan masalah seperti puzzle, jom cuba membuat Lego. Jangan pilih Lego yang kecil, tetapi, cuba siapkan Lego yang agak besar atau rumit kerana anda ingin melakukannya bersama ahli keluarga yang lain.

Kini, dipasaran juga terdapat ‘Nanoblock’ yang sama mencabar minda tetapi lebih seronok untuk dibina bersama anak-anak. Kerja berpasukan antara anak dan bapa mesti akan menghasilkan ciptaan yang terbaik.

#3 Memasak

Kalau selalu Mommy je yang masak. Apa kata bulan ni, anak-anak boleh ajak ayah pula memasak dan mencipta menu baru. Seperti Gordon Ramsay yang aktif memasak bersama anaknya Tilly, Daddy pun boleh lakukannya bersama anak-anak.

Memasak adalah aktiviti koordinasi dan memerlukan komunikasi antara anak dan ayah. Bagus juga untuk teamwork!

#4 Bermain Alat Muzik

Untuk bapa-bapa yang minat dengan alat muzik, mesti bermimpi untuk bermain alat muzik bersama anak-anak kan? Boleh ajarkan mereka bermain alat muzik, pada masa yang sama boleh luangkan masa bersama. Dari situ boleh mewujudkan komunikasi yang sihat antara ayah dan anak-anak.

#5 Berkhemah

Min pun suka sangat aktiviti ni. Walaupun ia mungkin pertama kali buat Mommy dan keluarga, jangan risau. Berkhemah merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana mungkin antara kita ‘terpaksa’ keluar dari comfort zone di rumah. Disamping itu, ayah juga boleh ajarkan mereka survival skills seperti:

  • Cara mengenal pasti makanan yang rosak.
  • Bagaimana untuk mencari air dan memastikannya selamat untuk diminum.
  • Buat atau cari tempat perlindungan.
  • Bagaimana untuk memberi isyarat.
  • Kemahiran pertahanan diri.

Ini adalah antara survival skills yang boleh Daddy ajar kepada anak-anak. Kalau tak mula sekarang, bila lagi bukan? Mommy dan Daddy boleh mulakan dengan berkhemah di kawasan ramai orang bersama keluarga yang lain seperti di air terjun, tepi sungai dan sebagainya. Belajar bersama-sama orang ramai di situ dan lihat bagaimana

Menarik juga kan aktiviti-aktiviti ini? Mungkin ia adalah biasa tetapi yang penting adalah meluangkan masa bersama ibu bapa, dan seisi keluarga. Tak kisah bagaimana mudah atau tidak perlu mengeluarkan duit untuk sesuatu aktiviti tersebut, namun, yang penting adalah memori dan masa bersama-sama.

Selamat Hari Bapa Motherhood ucapkan kepada bapa semua!


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy vote jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!