Pembedahan Caesarean Section (C-sec) adalah satu prosedur pembedahan yang biasa dilakukan untuk melahirkan bayi dengan selamat.
Bagi memastikan pemulihan yang cepat dan optimal selepas C-sec, Dr. Maiza Tusimin, seorang Pakar Obstetrik dan Ginekologi, berkongsi 13 tips penting untuk membantu ibu-ibu yang baru melalui pengalaman bersalin secara pembedahan ini untuk merawat luka czer mereka dengan cepat.
Jom lihat caranya di bawah!
Tips Bantu Pulihkan Luka Czer dengan Mudah & Cepat
#1. Pulihkan Luka Czer dengan Diet yang Sihat
Menjaga pemakanan yang seimbang sangat penting untuk pemulihan yang cepat. Amalkan suku protein, suku karbohidrat, dan separuh daripada porsi sayur-buah dalam setiap hidangan.
#2. Kekalkan Hidrasi
Pastikan untuk minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi. Hidrasi yang baik membantu dalam proses penyembuhan dan pemulihan.
#3. Pulihkan Luka Czer dengan Jaga Kebersihan Luka
Penting untuk menjaga kebersihan luka secara teliti. Pastikan luka sentiasa kering dan hanya gunakan ubat yang telah disarankan oleh doktor.
#4. Hindari Angkat Barang Berat
Elakkan mengangkat barang berat selama empat minggu pertama. Ini membantu mengurangkan tekanan pada kawasan luka dan mempercepat proses penyembuhan.
#5. Pulihkan Luka Czer dengan Gunakan Abdominal Binder
Gunakan ‘abdominal binder’ untuk menyokong abdomen, terutama ketika bersin, batuk, atau tertawa. Pastikan ia tidak terlalu ketat untuk memastikan aliran darah ke luka tidak terganggu.
#6. Berjalan Secara Perlahan
Berjalan perlahan adalah langkah awal yang penting selepas pembedahan. Ini membantu mengurangkan kembung perut dan melancarkan pergerakan usus.
#7. Jangan Tahan Buang Air
Jangan tahan untuk buang air kecil atau besar. Ini membantu mencegah masalah seperti pembentukan bekuan darah dan memberikan keselesaan kepada ibu.
#8. Pulihkan Luka Czer dengan Ambil Suplemen Pranatal
Teruskan pengambilan suplemen pranatal untuk meningkatkan kadar pemulihan dan memberikan nutrisi yang penting.
#9. Hindari Menggaru Luka
Gunakan pek ais kecil untuk meredakan kegatalan di sekitar kawasan luka. Menggaru boleh mengganggu proses penyembuhan.
#10. Penyusuan Susu Ibu
Penyusuan susu ibu bukan sahaja memberikan nutrien penting kepada bayi, tetapi juga membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat.
#11. Pulihkan Luka Czer dengan Rehat Secukupnya
Dapatkan rehat yang mencukupi untuk memastikan tubuh mendapat peluang pemulihan yang optimal.
#12. Pentingnya Sokongan Keluarga
Sokongan emosi dan fizikal dari suami dan keluarga memainkan peranan besar dalam pemulihan ibu. Memberikan keselesaan dan sokongan moral sangat diperlukan.
#13. Ambil Ubat Tahan Sakit
Jangan ragu untuk mengambil ubat tahan sakit yang disarankan oleh doktor. Mengawal rasa sakit adalah kunci untuk ibu dapat bergerak dengan lebih selesa dan menyusukan bayi tanpa kesulitan.
Mengikuti tips-tips di atas membantu memastikan pemulihan yang cepat dan sihat selepas pembedahan C-sec. Penting untuk mengamalkan langkah-langkah ini dengan konsisten dan berkomunikasi dengan doktor untuk memastikan proses pemulihan berjalan dengan lancar.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Mommy juga boleh dapatkan pelbagai lagi info dan panduan menarik yang lain di SINI!