Ibu, Bayi & Kanak Kanak

MAIS tetapkan had perkahwinan kepada 18 tahun untuk Lelaki & Wanita

mais tetapkan had umur

Untuk baca edisi Inggeris berita ini, klik sini.

Anda ingat lagi kisah budak 11 tahun berkahwin dengan lelaki 41 tahun? Ya kisah tu masih hangat diperkatakan. Sampai ke hari ni, saya sendiri masih tertanya bagaimana seorang lelaki dewasa masih berkeinginan untuk kahwin dengan budak-budak. Malah, lelaki itu sudah beristeri dua dan beranak pinak.

Highlighted


Had umur kahwin bermula daripada 18 tahun

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan MStar, Mais memaklumkan mereka memutuskan pindaan kepada peruntukan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang melibatkan had umur minimum perkahwinan bagi orang-orang Islam di Negeri Selangor adalah kepada 18 tahun.

Cadangan pindaan adalah menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi wanita daripada 16 tahun kepada 18 tahun selaras dengan had umur minimum bagi lelaki Islam di negeri ini,

katanya.

Keputusan dibuat setelah perbincangan dengan JAKESS & JAIS

MAIS mengumumkan keputusan ini setelah bekerjasama dengan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan juga dengan pakar pelbagai jabatan serta agensi kerajaan, universiti dan NGO.

MAIS juga berkata akan membawa enakmen tersebut pada sidang DUN secepat mungkin. Mereka juga telah bersetuju untuk memperketatkan kelulusan perkahwinan di bawah umur oleh hakim mahkamah syariah – dengan mengambil kira kepentingan kanak-kanak yang terlibat dalam perkahwinan tersebut.

Antara cadangan syarat-syarat yang harus diperketatkan:

  1. Mewajibkan hakim mengarahkan kanak-kanak terlibat menjalani beberapa Kursus Kekeluargaan Khas
  2. Kanak-kanak terlibat harus menghadiri sesi kaunseling yang dikendalikan kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  3. Kanak-kanak terlibat perlu menjalani pemeriksaan perubatan yang dikendali pegawai perubatan hospital kerajaan.
  4. Hakim wajib siasat kedudukan ekonomi bakal suami, rekod jenayah lampau (sekiranya ada) dan panggil bakal suami, isteri dan ibu bapa mertua atau mana-mana pihak lain untuk diambil keterangan sebelum sesuatu permohonan dipertimbangkan.

Selain itu, terdapat beberapa syarat lain yang bersifat ‘procedural’ perlu dikemaskini dan ditambah baik demi kepentingan mereka yang berhasrat berkahwin di usia muda ini,

ujarnya lagi.

Apa pula pendapat anda dengan pelaksanaan baru daripada MAIS ini?

Dapatkan barang bayi dengan harga terbaik disini!