Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lepas Bersalin Kena Pantang Makan Laksa Setahun? Dr. Rusyainie Kata Itu Semua Mitos!

pantang-laksa-setahun

credit: Cuti.my

Selalu dengar lepas bersalin kena pantang makan laksa setahun. Apa salah laksa tu? Laksa sedap kot. Kalau tak makan 44 hari boleh juga diterima akal. Ni kalau setahun, jenuh tunggu nak makan. Laksa banyak khasiat sebenarnya.

Ada sesetengah orang cakap laksa tu sejuk. Bukan letak dalam peti ais pun? 

Memang la zaman dulu nenek moyang kita cakap laksa tu sejuk sebab mereka tak pergi belajar tinggi macam doktor sekarang. Penat je doktor belajar tinggi-tinggi untuk kaji pasal kesihatan dan sebagainya, tapi alih-alih orang sekarang masih lagi agak kolot bila cakap tak boleh makan laksa masa dalam pantang.

Highlighted


Ada jugak cakap kalau lepas makan laksa akan jadi loya-loya, nak muntah je rasa, eh, awak makan banyak memang la loya. Makan la sikit je nak hilangkan kempunan tu. Cuba bayang eh kalau kena pantang makan laksa setahun, habis tu kalau yang beranak setiap tahun tu? Memang tak boleh makan laksa seumur hidup ke macam mana?

Ini nasihat Dr. Rusyainie Ramli tentang makan laksa lepas 44 hari berpantang.

1. Laksa tak boleh makan. Bihun boleh?

Eh? Laksa dan bihun dua-dua diperbuat daripada beras. Ada pernah terfikir? Doktor ni cakap rebus la 100 kali pun takdenye lagi berangin.

2. Mana ada orang letak tulang ikan dalam kuah, mana datang kuah laksa tajam?

credit: GifImage.net

Biasa kalau masak kuah laksa, orang kisar ikan sekali tulang, budak kecik pun boleh hirup kuah tu. Takde lah tajam pun. Ikan untuk buat laksa utara ni jenis sardin (selayang) atau kembung kan? Tinggi kandungan omega tu. Lagi sihat ada la.

3. Timun kalau letak dalam peti ais, memang sejuk.

Timun sebenarnya sejenis buah kalau ikut definisi sains. Tapi takde langsung fakta kata tak boleh makan timun sebab sejuk lepas tu nanti berangin. Mitos!

4. Daun kesum dan bunga kantan penambah perisa je.

Mana ada letak daun kesum dalam kuah laksa boleh menyebabkan angin, angin lagi. Timun berangin, daun kesum berangin, jangan mengarut.

Anda semua boleh rujuk FB Dr. Rusyainie Ramlie untuk tahu dengan lebih lanjut.

Jadi, lepas ni kalau nak berpantang tu silakan, nak pantang 44 hari ke 100 hari ke cuma nak jelaskan yang lepas pantang 44 hari tu dah boleh makan laksa. Laksa banyak khasiatnya. Memang kena jaga makan sebab badan masih dalam proses “recovery”, tapi takde la sampai kena mengarut tak boleh makan laksa terus.

Berpada-pada dalam pemakanan. Jangan makan banyak sampai nak muntah ya. 🙂

Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!