Bagi suami Mommy atau Mommy sendiri yang mempunyai hobi membela ikan laga, terdapat banyak pilihan dan jenis makanan anak ikan laga yang boleh dihasilkan sendiri, diperoleh di kawasan perairan atau pun terus dibeli di kedai ikan hiasan.
Sekiranya mempunyai masa yang terluang dan inginkan penjimatan, pilihan terbaik adalah dengan menghasilkannya sendiri.
Jangan risau, Min dah senaraikan jenis-jenis makanan anak ikan laga yang sangat sesuai untuk diberikan serta panduan menghasilkannya sendiri.
11 Jenis Makanan Anak Ikan Laga Yang Mempunyai Khasiat Untuk Tumbesarannya
#1. Kutu Air
Kutu air sangat sesuai untuk diberikan kepada anak ikan laga yang baharu sahaja menetas. Ianya mengandungi khasiat yang sangat baik dan meningkatkan daya tahan.
Walau bagaimanapun, kutu air mempunyai kandungan lemak yang rendah. Oleh itu, Mommy perlu menyediakan makanan tambahan untuk perkembangan dan tumbesarannya.
#2. Cacing mikro
Antara makanan pilihan semulajadi bagi ikan laga muda atau ikan beta lain yang seterusnya adalah microworms.
Ianya dipanggil mikro disebabkan saiznya yang sangat kecil. Yang menariknya, cacing mikro ini boleh disimpan di dalam balang sahaja dan makanan untuk cacing mikro tersebut adalah dengan memberi sedikit roti hancur.
#3. Cacing darah
Cacing darah merupakan antara makanan yang sangat disyorkan untuk ikan laga. Disebabkan oleh warnanya yang merah terang seperti darah, sebab itulah ia dipanggil cacing darah.
Ia sangat sesuai dijadikan sebagai makanan alternatif kepada ikan yang baharu menetas untuk mendapatkan warna badan yang lebih cantik. Namun begitu, protein yang terkandung dalam cacing darah ini tidak tinggi.
#4. Cacing Sutera
Pilihan makanan seterusnya pula ialah cacing sutera atau ulat sutera. Makanan ini juga sesuai diberikan kepada ikan laga yang baharu menetas disebabkan saiznya yang kecil dan lembut.
Mommy boleh mendapatkannya dengan mudah di kawasan berair yang kotor seperti parit atau pembetung. Selain mudah untuk didapati, ia juga menjimatkan kos perbelanjaan untuk membeli makanan anak ikan laga Mommy.
Alternatif lain, Mommy boleh sahaja membelinya di kedai ikan hiasan. Pasti ada.
#5. Infusoria
Untuk ikan laga yang baru menetas, haiwan inveretebrata atau infusoria yang hidup di perairan ini juga merupakan salah satu makanan yang sesuai untuk diberikan untuk tumbesarannya.
Infusoria dapat dihasilkan dengan cara membiar kubis atau sayur sawi menjadi busuk terlebih dahulu sebelum merebusnya dan kemudian diperah untuk mendapatkan jusnya.
Setelah itu, Mommy perlu mencampurkan jus tersebut kedalam bekas atau balang bersama air akuarium dan pulpa sayuran yang telah diperah lalu diperam selama tiga hari ditempat yang teduh.
Selepas tiga hari, Mommy akan melihat haiwan kecil bewarna putih yang dipanggil infusoria. Akan tetapi, Mommy perlu segera memberinya makan kepada ikan laga kerana ia hanya mampu hidup lebih kurang selama tujuh hari sahaja.
#6. Larva nyamuk
Mommy juga boleh memilih larva nyamuk untuk digunakan sebagai makanan alternatif kepada anak ikan laga. Ia sangat mudah didapati dan baik untuk tumbesaran anak ikan kerana mengandungi protein yang tinggi.
Larva atau juga dikenali sebagai jentik-jentik boleh dihasilkan dengan mengisi air basuhan beras ke dalam baldi. Baldi tersebut perlu diletakkan di kawasan terbuka yang gelap sebagai tempat pembiakan nyamuk.
Walau bagaimanapun, pembiakan nyamuk di rumah sangat tidak digalakkan. Jadi, Mommy boleh membelinya di kedai ikan hiasan dengan harga yang murah,
#7. Artemia
Artemia atau udang air garam merupakan sejenis krustasea sangat mudah diperolehi kerana ia banyak dijual di pasaran. Ia sangat sesuai untuk ikan laga kerana bersaiz kecil dan mempunyai pergerakan yang perlahan.
#8. Telur kuning
Ini yang paling mudah untuk dibuat di rumah sebagai makanan anak ikan laga Mommy. Mommy hanya harus membungkus telur kuning di dalam kain yang nipis dan bersih.
Kemudian, rendamkannya di dalam air bekas ikan tersebut. Ikan laga akan memakan cairan kuning telur yang keluar daripada kain tersebut. Mudah bukan?
Dapatkan panduan dan life hacks yang berguna DI SINI.