Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Makanan Yang Sesuai Untuk Diberikan Kepada Bayi Berumur 1 Tahun, Lengkap Dengan Resepi Yang Mudah

Sumber: Adobe Stock

Pada kebiasaannya, bayi akan mula makan sekitar umur enam bulan selepas dilahirkan. Ada juga para ibu yang mula memberi makanan setelah bayi sudah mula tumbuh satu gigi, sekitar lima hingga lapan bulan.

Setelah mencapai satu tahun, bayi Mommy tentu sudah mencuba pelbagai jenis makanan, betul tak? Pada awalnya, Mommy tentu banyak memberi bayi untuk mencuba makanan mengikut jenis-jenisnya.

Pada umur satu tahun juga, Mommy dah boleh tukar tekstur makanan supaya menjadi lebih kasar daripada lumat sebelum ini. Dengan tekstur ini, bayi akan lebih pandai untuk menguyah di masa hadapan.

Apa kata Mommy tengok resepi-resepi yang mudah di bawah ini untuk mengembangkan citarasa dan selera makan si comel.

13 Idea Resepi Makanan Untuk Bayi 1 Tahun

1. Telur Hancur Mudah

Highlighted

Sumber: Adobe Stock

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar susu
  • 1 sudu besar mentega
  • secubit lada sulah

Cara-cara

  1. Pukul telur dalam sebuah bekas atau mangkuk.
  2. Tuangkan susu dan juga sedikit lada sulah dan kacau rata.
  3. Panaskan mentega atas kuali.
  4. Masukkan bancuhan telur tadi dan kacau.
  5. Biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.

2. Pasta Dengan Sos Tomato

Sumber: Annabel Karmel

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 ulas bawang putih, dihiris
  • 200g (1 cawan) sos tomato atau passata
  • 100g (2 cawan) pasta pilihan

Cara-cara

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dengan api sederhana.
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tomato atau passata dan masak sehingga merenih.
  4. Kurangkan api dan masak sos tomato selama 5 minit lagi, apabila sos menjadi pekat.
  5. Masak pasta mengikut arahan paket.
  6. Tuangkan sos ke atas pasta dan hidangkan.

3. Sandwic Turkey & Krim Keju

Sumber: Food.com

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 40g (1/4 cawan) mentega
  • 4 keping ham turkey
  • 100g (1/2 cawan) krim keju

Cara-cara

  1. Buang bahagian luar roti dan lenyekkan sedikit menggunakan penggelek.
  2. Sapukan mentega di atas satu bahagian roti.
  3. Kemudian letakkan sedikit krim keju dan ham turkey, dan tutupkan isi dengan sekeping roti.

4. Bebola Daging Mini

Sumber: Adobe Stock

Bahan-bahan

  • 2 keping roti sandwic dibuang kerak, dikoyak menjadi kepingan 1 inci
  • ¼ cawan susu penuh
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang kecil, dihiris halus
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 ulas bawang putih, dikisar
  • 1 sudu kecil oregano kering
  • 1/2 cawan keju Parmesan, diparut
  • 1 biji telur besar, dipukul sedikit
  • 2 sudu besar pasli segar, dicincang
  • 0.5kg daging lembu kisar tanpa lemak

Cara-cara

  1. Hancurkan roti dengan susu dalam mangkuk besar sehingga adunan membentuk pes licin; ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang kecil dengan sedikit garam.
  3. Masukkan bawang putih dan oregano dan goreng sehingga naik bau.
  4. Campurkan bahan tumis tadi dengan adunan roti dan susu.
  5. Masukkan keju Parmesan, telur, dan pasli. Gaul rata.
  6. Masukkan daging lembu dan gaul dengan perlahan.
  7. Bahagikan adunan tadi kepada 24 biji bola kecil.
  8. Bakar bebola daging dalam ketuhar dengan suhu 220 darjah Celcius selama 20 minit.

5. Granola Raspberi

Sumber: Adobe Stock

Bahan-bahan

  • 1 cawan oat
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar minyak bunga matahari
  • 1/4 sudu kecil ekstrak vanila
  • 100g (2/3 cawan) raspberi

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius.
  2. Campurkan oat, madu, minyak bunga matahari, ekstrak vanila, dan 1 sudu besar air masak dalam bekas.
  3. Gaulkan dengan sudu dan sebarkan adunan ini ke atas dulang pembakar secara sama rata.
  4. Bakar dalam 25 minit atau sehingga warna granola nampak keemasan.
  5. Biarkan sejuk sebelum disimpan. Hidangkan dengan buah raspberi.

6. Muffin Lobak Merah, Keju, dan Tomato

Sumber: Adobe Stock

Bahan-bahan

  • 175g tepung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 biji telur, dipukul
  • 2 sudu besar sirap maple
  • 6 sudu besar susu
  • 50g keju Parmesan, diparut
  • 3 biji bawang besar, dicincang
  • 75g lobak merah, diparut
  • Secubit garam
  • 8 tomato kering dalam minyak, dicincang

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius.
  2. Alaskan loyang muffin dengan cawan kertas.
  3. Campurkan tepung dan serbuk penaik dalam mangkuk besar, kemudian masukkan semua bahan-bahan yang lain. Kacau perlahan hingga sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam bekas atau cawan kertas tadi.
  5. Bakar dalam ketuhar selama 18-20 minit sehingga kembang dan sedikit keemasan.
  6. Keluarkan loyang dari ketuhar, kemudian keluarkan muffin dari loyang tersebut.
  7. Biarkan muffin sejuk di atas rak dawai sebelum dihidang.

7. Muesli Buah-Buahan

Sumber: Adobe Stock

Bahan-bahan

  • 4 sudu besar oat
  • 75ml (1/3 cawan) susu separa-skim
  • 1 biji epal, dipotong kiub kecil
  • 1 biji pear, dipotong kiub kecil
  • 2 sudu besar jus epal

Cara-cara

  1. Satukan oat dan susu dalam bekas atau mangkuk. Tutup dan sejukkan sekurang-kurangnya dua jam.
  2. Campurkan buah epal dan pear yang dipotong tadi dalam sebuah periuk.
  3. Masak buah-buahan tersebut dengan api kecil selama 10 minit atau sehingga lembut.
  4. Lenyekkan buah-buahan selepas dimasak.
  5. Campurkan buah-buahan kedalam adunan oat dan susu tadi.
  6. Kacau hingga sebati dan hidangkan sejuk atau suam.

8. Mini Rice Cake

Sumber: Adobe Stock

Bahan-bahan

  • 25g (1 1/2 cawan) beras panjang, dicuci
  • 2 sudu besar minyak bunga matahari
  • Krim keju atau mentega kacang untung dihidang

Cara-cara

  1. Masak nasi mengikut arahan paket.
  2. Setelah dimasak, biarkan sejuk sebelum mengembangkan beras dengan garpu.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 130 darjah Celcius.
  4. Sapukan minyak bunga matahari keatas permukaan loyang bakar.
  5. Senduk nasi dan sebarkan ke atas loyang bakar tadi dengan ketebalan 1 inci.
  6. Bakar selama lebih kurang 2 jam sehingga nasi kering dan berwarna sedikit keemasan.
  7. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan selama 10 minit.
  8. Potong rice cake itu mengikut citarasa.
  9. Hidangkan dengan krim keju atau mentega kacang.

9. Stik Sayuran Dengan Dip Hummus

Sumber: Adobe Stock

Bahan-bahan

  • 200g (1 cawan) kacang kuda tin, dibuang air
  • 1/2 ulas bawang putih, dicincang
  • Secubit serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 batang timun, dipotong kepada stik
  • 2 batang lobak merah, dipotong kepada stik
  • 2 batang saderi, dipotong kepada stik

Cara-cara

  1. Campurkan kacang kuda, bawang putih, serbuk jintan manis, just lemon, dan minyak zaitun berserta 2 sudu besar air suam di dalam blender atau food processor.
  2. Kisar sehingga halus dan berkrim dan masukkan dalam mangkuk.
  3. Hidang hummus bersama sayuran stik yang telah dipotong tadi.

10. Bebola Salmon Dan Labu

Sumber: Adobe Stock

Bahan-bahan

  • 2 sudu kecil minyak zaitun
  • ⅔ cawan labu, dikupas dan dikisar
  • ⅔ cawan couscous yang dimasak dan disejukkan
  • 1 biji bawang kecil, potong dadu
  • 300g filet salmon tanpa kulit, dipotong dadu
  • ½ cawan keju Parmesan, diparut
  • 1 sudu besar sos cili manis
  • 3 sudu besar tepung serba guna

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius dan alaskan loyang dengan kertas membakar.
  2. Panaskan minyak dalam kuali kecil di atas api sederhana, masukkan labu dan goreng selama 3-5 minit sehingga lembut, kemudian keluarkan dari api dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan labu dan kesemua bahan lain kecuali tepung dalam food processor atau blender dan kisar sehingga halus.
  4. Bentukkan adunan kepada 20 biji bebola.
  5. Salutkan bebola dengan tepung sedikit, dan letakkan di atas loyang tadi.
  6. Bakar selama 15 minit sehingga nampak keemasan.

11. Jejari Ayam Dan Quinoa

Sumber: Clare Winfield

Bahan-bahan

  • ¾ cawan quinoa merah dan putih yang dimasak, disejukkan
  • 1 sudu kecil daun thyme segar yang dicincang
  • ¼ cawan keju Parmesan, diparut
  • 350g filet dada ayam kecil
  • 2 sudu besar pes tomato
  • Garam dan lada

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius dan alaskan loyang dengan kertas membakar.
  2. Campurkan quinoa, thyme, dan keju dalam mangkuk dengan sedikit garam dan lada sulah.
  3. Masukkan ayam dan pes tomato ke dalam mangkuk.
  4. Toskan untuk menyaluti ayam dalam pes, kemudian salutkan setiap keping ayam dalam campuran quinoa. Tepuk-tepuk pada ayam supaya ia melekat.
  5. Susun kepingan ayam yang telah disalut di atas loyang yang telah dialas.
  6. Bakar dalam ketuhar selama 15-18 minit sehingga keemasan dan masak.

12. Sayur Rebus (Stew)

Sumber: Adobe Stock

Bahan-bahan

  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang Holland, dicincang
  • 1 ulas bawang putih, dikisar
  • 1 biji zucchini, dipotong dadu
  • 1 biji terung, dipotong dadu
  • 200g tomato dipotong dadu
  • 100g kacang kuda tin
  • 100ml stok sayuran
  • Couscous untuk dihidang

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana.
  2. Tumis bawang Holland, bawang putih, zucchini, dan terung selama 5-6 minit sehingga lembut.
  3. Masukkan tomato, kacang kuda, dan stok sayuran, dan gaul rata.
  4. Masak sehingga merenih, kemudian tutup periuk dan masak atas api kecil selama 20 minit.
  5. Lenyekkan sedikit dan hidang bersama couscous.

13. Smoothie Buah & Sayur Berkhasiat

Sumber: Adobe Stock

Bahan-bahan

  • 1 pisang
  • ½ inci kunyit segar, dikupas
  • 1 buah kurma
  • ¼ cawan Greek yogurt
  • 1 cawan buah beri campuran beku
  • 1 genggam bayam segar
  • 2 sudu kecil madu
  • 1 secubit lada hitam
  • 1 cawan susu pilihan
  • 2 sudu besar badam, direndam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam blender dan kisar sehingga halus.
  2. Hidangkan sebagai minuman atau makanan disuap.

Resepi-resepi yang dikongsi di atas adalah jenis makanan sihat yang sangat lazat dan berkhasiat, sesuai untuk bayi berumur satu tahun. Ada yang sesuai untuk sarapan pagi, dan ada yang sesuai sebagai snek.

Untuk snek-snek bayi yang lain, Mommy boleh lihat di sini. Selamat mencuba!