Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lebih 20 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan Yang Menyelerakan & Berkhasiat Untuk Si Manja!

makanan bayi 8 bulan

Kredit gambar: mom.com

Mommy nak tahu tak makanan bayi 8 bulan apa yang sedap-sedap? Bukan je sedap tetapi lengkap dengan pelbagai khasiat! Kalau Mommy nak tahu jom ikuti perkongsian di bawah ini untuk mengetahui apakah makanan bayi 8 bulan yang boleh Mommy bagi pada si manja.

Semua resepi yang kami kongsikan ini terdiri daripada pelbagai jenis pilihan masakan sama ada untuk sarapan, makan malam atau pun hidangan petang. Menariknya Mommy, semua 22 resepi ini penuh dengan pelbagai nutrien penting untuk tumbesaran si manja.

Tanpa membuang masa, jom lihat apakah resepi-resepi tersebut!

23+ Jenis Makanan Bayi 8 Bulan

#1. Resepi Apam Balik Pandan Soya & Strawberi

Highlighted

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Sos strawberi:

  1. Potong dadu strawberi
  2. Letak strawberi atas pan dan masukkan sedikit air
  3. Masukkan 2 sudu serbuk strawberi Izzly
  4. Biarkan mendidih dan slowkan api
  5. Masukkan 4 sudu perahan lemon + 2 sudu madu
  6. Masukkan 2 sudu air bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan kecilkan api kemudian sejukkan sos strawberi seketika

Bancuhan Apam Balik Pandan Soya:

  1. Masukkan 1 pack tepung pancake pandan soya Izzly ke dalam bowl
  2. Masukkan sebiji telur *optional
  3. Masukkan 1 cawan fresh milk/susu full cream/air masak
  4. Gaul rata rata sehingga bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair

Cara-cara:

  1. Letak 1 senduk bancuhan apam balik di atas pan
  2. Letakkan 2 sudu sos strawberi
  3. Letak 1 sudu biskut Izzly yang telah dihancurkan
  4. Lipat dua supaya menjadi bentuk apam balik
  5. Sedia untuk dihidang

#2. Resepi Mi Ramen Alfredo

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Bahan-bahan:

  • Mi ramen Izzly
  • Serbuk cendawan Izzly
  • Serbuk garlic Izzly
  • Serbuk ayam Izzly
  • Serbuk cheese Izzly
  • Unsalted butter
  • Shitakei mushroom
  • Fresh milk/full cream milk
  • Daun parsley

Cara masak:

  1. Rebus mi ramen 3 minit
  2. Cairkan unsalted butter
  3. Tumis shitakei mushroom sehingga kekuningan
  4. Masukkan setengah sudu kecil serbuk garlic, serbuk cendawan, serbuk ayam
  5. Masukkan 1 cawan kecil fresh milk/full cream milk
  6. Kecilkan air dan tunggu sehingga kuah menjadi pekat
  7. Tutup api dan masukkan mi ramen yang telah direbus
  8. Taburkan sedikit daun parsley dan serbuk cheese
  9. Siap untuk dihidang

#3. Donut Dragon Fruit

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu susu tepung
  • 1 sudu unsalted butter
  • 1 sudu yis
  • 1 sudu baking powder
  • 2 sudu minyak masak
  • 10 sudu puree dragon fruit
  • 1 cawan air (agak-agak isi)

Cara masak:

  • Masuk semua bahan, gaul sampai jadi dough
  • Rehatkan dough selama 30minit
  • Dah kembang, tumbuk-tumbuk dough utk buang angin dan uli sekejap
  • Gelekkan dengan penggelek dan bentukkan donut
  • Biarkan kembang dalam 15@20 minit dan boleh goreng
  • Nak lagi sedap tabur dengan susu tepung

#4. Cheesecake

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Bahan-bahan:

  • 125g cream cheese Tartura
  • 1 1/2 tbs tepung gandum unbleached cap Lili
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  • Blend semua bahan di atas
  • Masukkan dalam bekas pilihan Mommy
  • Kukus selama 10-15 minit
  • Boleh letak topping (buah mangga, buah naga dan lain-lain)
  • Kalau anak alergik telur boleh ganti dengan susu fullcream

#5. Bubur Sumsum Buah

Kredit gambar: herstory.co.id

Bahan-bahan:

  • Tepung beras 3 sudu kecil
  • Serbuk strawbery izzly
  • Susu fullcream sekotak kecil

Cara-cara:

  • Larutkan sebelum buka api dapur
  • Kacau jangan skip or tinggal supaya tidak berketul
  • Apabila sudah likat tutup api

Topping atas (potong kiub):

  • Buah naga
  • Buah mangga

#6. Bebola Nasi dan Kentang

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Bahan-bahan:

  • 1 biji kentang rebus
  • 1 senduk nasi
  • carrot
  • sawi
  • jagung
  • 2 sudu tepung jagung
  • isi udang yang di cincang halus
  • serbuk cendawan sikit

Cara-cara:

  1. Campur semua sampai sebati.
  2. Kemudian bulat-bulat kan dan masuk dalam peti sekejap.
  3. Keluarkan, dan boleh goreng sampai keperangan.
  4. Kalau nak letak cheese dalam pun boleh, lagi sedap.

#7. Resepi Pasta Carbonara

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Bahan-bahan:

  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Pasta (rebus sampai lembut)
  • Carrot
  • Brokoli
  • Susu full cream
  • Unsalted butter

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih pakai unsalted butter.
  2. Apabila sudah layu masukkan susu full cream (agak-agak banyak mana pasta tu).
  3. Masukkan sayuran dan pasta.
  4. Tunggu sehingga sayur lembut dan siap untuk dihidang.

#8. Kek Lobak Merah

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Bahan A:

  • Minyak masak 1/8 cawan
  • Telur 1 biji
  • Madu/puree kurma (ikut citarasa sendiri)
  • *Kismis (ikut citarasa sendiri)

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan sampai berbuih, lagi lama blend lagi bagus supaya kek masak elok dan gebu.

Bahan B:

  • Tepung gandum 1/2 cawan
  • Baking powder (free aluminium) 1/2 sudu kecil
  • Soda bikarbonat 1/2 sudu kecil

Cara-cara:

  • Ayak semua bahan

Bahan C:

  • Lobak merah (ikut citarasa sendiri)

Cara-cara:

  1. Sagat lobak merah tak perlu steam/rebus, terus ja masuk dalam adunan sebab lobak merah akan masak masa kita bakar nanti.
  2. Campur semua bahan A, B dan C. Gaul sebati dan masukkan dalam acuan.
  3. Bakar suhu 140 darjah celcius, 15 hingga 20 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing.

#9. Resepi Creme Brulee

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Nasi sejuk
  • Telur
  • Susu segar
  • Air sedikit
  • Lobak
  • Tepung 1 sudu kecil
  • Madu anggaran 2 sudu kecil
  • Serbuk cheese izzy 2 sudu kecil

Cara-cara:

  • Blend semua bahan dan masukkan dalam bekas kecil dan letak dala dulang oven.
  • Pastikan dulang tersebut, Mommy masukkan air panas.
  • Kemudian bakar dalam oven suhu 180 darjah celcius selama 10 minit

#10. Resepi Hashbrown Oat Chicken

Bahan-bahan:

  • Kentang 3 biji (direbus)
  • Oat (setengah sudu)
  • Tepung jagung (1 sudu)
  • Serbuk Ayam Izzly (setengah sudu)

Cara-cara:

  1. Selepas kentang yang direbus sejuk, boleh sagat kentang @ potong dadu.
  2. Masukkan dalam chiller sekejap dalam 40-50 minit.
  3. Selepas kentang sejuk boleh masukkan oat setengah sudu, tepung jagung 1 sudu, serbuk ayam setengah sudu (nak lagi menarik boleh campur carrot yang dipotong dadu juga).
  4. Gaul kesemua dengan sebati & bentukkan ikut bentuk yang Mommy nak berikan untuk si manja.
  5. Gorengkan sehingga keperangan, siap!

#11. Resepi Nugget Ayam

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Bahan-bahan:

  • isi ayam kiub air batu
  • lobak merah
  • bawang holand
  • 2 biji telur
  • 1 pek tauhu telur
  • 2 senduk nasi
  • cream cheese

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan dan kemudian kukus.
  2. Potong ikut saiz yang Mommy nak dan bekukan.
  3. Bila nak makan Mommy goreng je.

#12. Makanan Bayi 8 Bulan: Resepi Mi Sayur Pizza

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Bahan-bahan:

  • Mee
  • Telur 3 biji goreng
  • Serbuk daging
  • Serbuk kacang peas
  • Sayur kobis
  • Sayur lobak

Cara-cara:

  1. Mommy masukkan semua bahan dan kacau sebati. Siap dihidang.

#13. Makanan Bayi 8 Bulan: Resepi Lempeng Choc Pisang

Bahan-bahan:

  • 4 biji pisang saiz kecil
  • 2 sudu tepung choc oat
  • Sedikit susu

Cara-cara:

  1. Kacau sebati dan goreng atas pan. Siap untuk dihidang.

#14. Makanan Bayi 8 Bulan: Resepi Tomyam Ayam

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Bahan-bahan:

  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Halia
  • Sedikit air
  • Carrot
  • Kubis bunga
  • Daun limau purut
  • Putik jagung
  • Tomato paste
  • Tomato mini
  • Isi ayam
  • Serai

Cara-cara:

  1. Tumis bawang holland, bawang putih dan halia. Masukkan air.
  2. Kemudian masukkan carrot, kubis bunga, daun limau purut, putik jagung, serai, tomato paste dan tomato mini dan last sekali isi ayam.
  3. Tunggu sampai masak. Mommy boleh buang serai dan daun limau purut, kemudian blend jika bayi belum tumbuh gigi lagi.

#15. Makanan Bayi 8 Bulan: Resepi Roti Kukus

Bahan-bahan:

  • Roti biasa atau roti wholemeal
  • Susu fullcream/susu formula yang dibancuh
  • Puri kurma/Buah kurma

Cara-cara:

  1. Kisarkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam bekas.
  2. Kukus selama 15 hingga 20 minit.
  3. Siap untuk dihidang.

#16. Makanan Bayi 8 Bulan: Baby Noodle Pizza

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Bahan-bahan:

  • Mee (rebus dulu)
  • 1 kiub mirepoix
  • 1 biji telur
  • Sedikit bawang putih
  • Sedikit serbuk ayam
  • Sedikit serbuk keju
  • Mix herb

Topping:

  • Isi ayam
  • Tomato paste
  • Tomato ceri
  • Lada benggala
  • Cheese

Cara-cara:

  1. Kacau rata semua bahan di atas.
  2. Kemudian letak mix herb sikit.
  3. Untuk topping pula, masak semua bahan sehingga benar-benar masak.
  4. Kemudian tuang atas mee.

#17. Makanan Bayi 8 Bulan: Resepi Banana Honey Coco Cupcake

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Bahan-bahan:

Bahan A

  • 5 biji pisang mas
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 biji telur gred A
  • 3 sudu makan puri kurma (boleh ganti dengan madu)
    (kemanisan ikut selera anak)

Bahan B

  • 3/4 cawan tepung pancake honey cocoa IZZLY
  • 1/2 sudu soda bikarbonat
  • 1/2 sudu baking powder

Cara-cara:

  1. Blend bahan A sehingga lumat dan sebati
  2. Tuang ke dalam bekas adunan
  3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit
  4. Gaul sebati sehingga tidak berketul
  5. Masukkan ke dalam acuan cupcake
  6. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35 minit

#18. Makanan Bayi 8 Bulan: Resepi Cucur Kentang Bilis

Bahan-bahan:

  • 5 sudu tepung cucur bilis
  • Setengah biji kentang (steam dan potong dadu)
  • Sedikit air suam

Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan, kacau sebati dan terus goreng sehingga bertukar warna keemasan.

#19. Makanan Bayi 8 Bulan: Resepi Aiskrim Buah Naga

Bahan-bahan:

  • 1/2 cup susu full cream
  • Sedikit buah naga ( siap blend)
  • 1 biji kurma (optional)
  • Sedikit cream cheese

Cara-cara:

  • Masak semua sampai mendidih. Apabila sudah siap boleh letak dalam acuan ice cream dan simpan di tempat sejuk beku.

#20. Makanan Bayi 8 Bulan: Resepi Rice Egg Roll

Bahan-bahan:

  • Isi ayam dicincang
  • Bawang putih
  • Telur
  • Brokoli
  • Serbuk ikan bilis
  • Nasi
  • Serbuk keju
  • Carrot

Cara-cara:

  • Mula-mula Mommy tumis bawang putih dan ayam yang telah dicincang. Ketepikan.
  • Kemudian, masukkan telur yang telah dikacau bersama dengan brokoli dan serbuk ikan bilis lalu goreng mcam buat telur dadar.
  • Selepas itu, masukkan nasi, ayam yang digoreng tadi, serbuk keju dan juga carrot. Gulung dan tunggu sehingga sejuk barulah dipotong.

#21. Makanan Bayi 8 Bulan: Resepi Finger Food Bayam

Bahan-bahan:

  • Sebiji telur
  • Satu sudu kecil serbuk ayam
  • Satu sudu kecil serbuk cheese
  • Satu sudu kecil serbuk bayam
  • Sekeping roti

Cara-cara:

  • Celup roti dalam telur tadi dan goreng atas pan. Potong secara memanjang supaya babi senang pegang sendiri.

#22. Makanan Bayi 8 Bulan: Resepi Finger Food Labu

Kredit gambar: Telegram @Resepi makanan bayi

Bahan-bahan:

  • Buah labu 3 potong
  • 2 sudu besar serbuk barli

Cara-cara:

  • Kukus labu 3 potong dan 2 sudu besar serbuk barli. Kemudian, Mommy uli sampai tak melekat di tangan. Siap boleh terus goreng.

#23. Makanan Bayi 8 Bulan: Resepi Sate Lilit Serai

Bahan-bahan:

  • Isi dada ayam
  • Serbuk cendawan
  • Serbuk ayam
  • Serbuk daging
  • Daun bawang

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan dengan sedikit sahaja air.
  2. Kepalkan bahan yang diblend dekat batang serai dan goreng.
  3. Mommy juga boleh frozen kan kalau nak.

Untuk pelbagai resepi menarik yang lain untuk anak-anak Mommy, Mommy boleh lihat DI SINI.