Bayi dan anak kecil terutamanya, senang terdedah kepada penyakit yang terbawa daripada makanan kerana sistem imunisasi mereka belum berkembang sepenuhnya untuk melawan jangkitan ini. Oleh itu, ibu bapa harus berhati-hati semasa menyediakan makanan dan susu formula si kecil mereka.
Makanan Bayi
Tindakan paling penting yang boleh anda ambil untuk mengelakkan bayi anda daripada terkena penyakit yang terbawa daripada makanan, adalah untuk sentiasa basuh tangan anda. Tangan anda boleh terbawa bakteria daripada haiwan peliharaan, makanan mentah (daging, ayam, telur), tanah, dan pampers.
Sentiasa basuh tangan anda:
- Sebelum dan selepas menyediakan makanan
- Selepas menggunakan tandas, menukar pampers, atau bermain dengan haiwan peliharaan
Cara lain untuk memastikan makanan bayi anda selamat:
- Periksa bungkusan makanan sebelum dihidang: Contoh dibawah menunjukkan bahawa makanan itu tercemar atau berisiko untuk mempunyai pencemaran kimia:
- Untuk jar: Pastikan butang keselamatan pada penutup masih belum dilepaskan. Buang jar yang tidak mengeluarkan bunyi “pop” semasa anda buka, atau jika penutupnya berkarat atau kaca jar retak
- Untuk bungkusan plastik : Buang bungkusan yang kembung atau bocor
- Jangan “double dip” makanan bayi anda: Jangan simpan sisa makanan bayi di dalam peti ais jika bayi anda tidak habis makan. Tips: Jangan suap bayi anda daripada jar makanan bayi. Letakkan bahagian kecil di dalam mangkuk bersih, dan simpan lebihan dalam jar di dalam peti ais. Jika bayi anda mahu tambah makanan, gunakan sudu bersih untuk mengambil lagi bahagian daripada jar. Buang sisa makanan yang tidak habis dari dalam mangkuk. Jika bayi anda makan terus daripada jar, buang sisa makanan.
- Jangan kongsi sudu: Jangan letakkan sudu bayi di dalam mulut anda atau orang lain. Jika anda mahu menunjukkan cara makan kepada bayi anda, ambil sudu yang lain untuk anda.
- Jangan tinggalkan bekas makanan cecair atau puree yang tidak ditutup di dalam suhu bilik lebih daripada 2 jam: Bakteria merbahaya tumbuh secara cepat dalam suhu bilik.
- Simpan makanan bayi yang sudah dibuka di dalam peti ais, tidak lebih dari 3 hari: Jika anda tidak pasti jika makanan itu masih elok, ingat pepatah ini: “Jika ragu ragu, buang sahaja!”
Susu Formula BayiHighlighted
Jika anda seorang ibubapa atau pengasuh bayi, anda mungkin pernah dengar yang susu ibu adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi. Di dalam situasi yang mustahil untuk memberi susu ibu kepada bayi, anda boleh pilih untuk memberi susu formula komersil.
Kenapa saya tak boleh beri bayi saya susu lembu?
Susu lembu tidak sesuai untuk bayi berusia kurang daripada 1 tahun. Susu lembu tidak mempunyai imbangan nutrisi yang betul untuk bayi membesar dan berkembang secara normal, dan susu lembu boleh menyebabkan masalah dengan anemia dan fungsi buah pinggang.
Susu mentah tidak pernah sesuai untuk bayi – atau sesiapa pun. Susu mentah tidak patut diminum oleh sesiapa pada bila-bila masa, untuk apa-apa sebab. Susu mentah boleh memberi mikroorganisma bahaya, seperti Salmonella, E. coli, dan Listeria, yang boleh memberi risiko kesihatan yang serius.
Tapi bukankah susu formula diperbuat daripada susu lembu?
Kebanyakan susu formula bayi diperbuat dengan susu lembu, tapi formula ini sudah dibaikpulih dan ditambah dengan nutrisi tambahan. Oleh itu, formula ini lebih bernutrisi dan lebih senang untuk bayi untuk hadam berbanding susu lembu. Pilihan formula lain termasuk formula berasaskan soya dan hypoallergenic (atau protein hydrolysate dan berasaskan amino acid) formula. Formula istimewa telah tersedia untuk bayi yang kurang matang atau yang mempunyai masalah kesihatan.
Bagaimana kerajaan mengawal proses pembuatan susu formula bayi?
Sebagai contoh, di Amerika, Food & Drug Administration (FDA) tidak meluluskan susu formula bayi sebelum susu ini dipasarkan. Semua susu formula yang dipasarkan di Amerika, mestilah memenuhi syarat-syarat nutrisi persekutuan. FDA juga mengawal proses susu formula, yang bermakna FDA memeriksa kemudahan yang mengilangkan formula dan menganalisa sampel.
Apa yang boleh saya lakukan untuk memastikan susu formula selamat untuk bayi saya?
Ini adalah beberapa langkah asas yang anda boleh ikut untuk memastikan susu formula selamat daripada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit.
- Sediakan air bersih dan selamat untuk dicampurkan: Rebus air hingga mendidih dan rebus selama 1 minit. Jika anda gunakan air botol, lakukan proses yang sama, melainkan label mengatakan air botol itu bebas daripada bakteria dan mikroorganisma hidup ataupun sterile. Kemudian, sejukkan air kepada suhu badan sebelum mencampurkan formula.
- Gunakan botol dan puting botol yang bersih: Anda boleh merebus botol dan puting botol dahulu sebelum pertama kali guna. Selepas itu, botol itu selamat untuk dibasuh dengan tangan atau dishwasher.
- Jangan buat susu formula lebih daripada yang anda perlukan: Formula boleh tercemar semasa disediakan, dan bakteria boleh berganda dengan cepat jika formula tidak disimpan dengan betul. Tips: Sediakan formula dengan kuantiti yang sikit dengan asas seperti-yang-diperlukan untuk mengurangkan kemungkinan pencemaran. Dan selalu ikuti langkah-langkah penyediaan formula seperti di dalam label.
Gambar diambil daripada Today’s Parents, Cafe Mom.
Artikel ini dipetik daripada Food Safety.