Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kenapa Makanan Bayi Organik Sangat Disyorkan Sebagai Makanan Pejal Pertama?

Sebagai ibu, sudah pasti kita hanya mahu memberikan makanan yang terbaik buat bayi kita. Daripada pemilihan bahan-bahan kepada bungkusan, kita hanya akan memilih produk yang berkhasiat, sihat, dan selamat untuk si manja.

Antara makanan bayi yang sangat popular ialah makanan bayi organik. Sudah menjadi kebiasaan untuk ibu bapa memilih makanan bayi organik sebagai sumber utama makanan pejal pertama bayi mereka. Namun, tak ramai ibu bapa yang betul-betul memahami mengenai makanan organik. Apa itu organik dan apakah kelebihan memilih makanan organik?

Apakah sebenarnya maksud Makanan Organik?

Untuk pengetahuan anda, pengguna makanan organik sebenarnya seorang individu yang mementingkan kesihatan, rasa dan keselamatan makanan tersebut – bersih atau tidak, dan bagaimana ia dihasilkan.

Secara amnya, makanan organik dihasilkan mengikut piawaian penghasilan tertentu, iaitu melalui proses semula jadi dan mesra alam. Makanan organik tidak mempunyai atau dihasilkan melalui perkara-perkara berikut:

  • Tanaman yang bebas daripada bahan kimia dan racun perosak.
  • Tanaman tanpa baja sintetik.
  • Ditanam di dalam tanah yang selamat dan bebas dari pencemaran.

Setiap tanaman organik harus melalui beberapa proses tanaman tertentu. Untuk memastikan makanan bayi yang digunakan adalah makan organik, anda boleh periksa samada ia mempunyai ciri-ciri yang dipraktikkan bagi setiap tanaman organik seperti dibawah:

1. Bebas racun perosak & kurang pendedahan bahan kimia.

Kita semua tahu bahawa sayuran yang dibeli di pasar kebanyakannya terdedah kepada racun perosak sintetik, yang merbahaya untuk badan. Malah, toksin yang terkandung dalam racun perosak boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan pada si manja.

Jadi, bayangkan apakah risiko yang berpotensi untuk terjadi sekiranya Mommy memberikan makanan yang bukan organik kepada bayi anda?

Sebab tu penting untuk Mommy hanya berikan makanan organik dan selamat buat si manja. Ini kerana, makanan organik boleh mengurangkan pendedahan kepada toksin, sisa racun perosak, dan bakteria yang antibiotic-resistant.

TAHU TAK? Sisa-sisa racun perosak yang membahayakan adalah empat kali lebih banyak dijumpai dalam tanaman bukan organik!

Statistik menunjukkan sisa-sisa racun perosak yang berada dalam buah-buahan segar dan sayur-sayuran, bagi tanaman organik dan tanaman konvensional tahun 1993-2002 (Benbrook, 2004; dipetik daripada kajian “Pesticide Residues in the Organically Produced Food“, 2011)

Namun begitu, kadar kandungan toksin dan racun perosak dalam tanaman konvensional masih terkawal dan selamat untuk dimakan.

2. Mesra alam & mengurangkan pencemaran.

Pertanian dan penternakan organik sebenarnya sangat baik untuk alam sekitar. Ia dapat mengurangkan pencemaran udara, air dan tanah, disamping memulihara air, mengurangkan hakisan tanah, dan juga meningkatkan kesuburan tanah.

Tanpa menggunakan bahan kimia atau racun perosak, makanan organik tumbuh dengan harmoni, mengekalkan kepelbagaian biodiversiti di semua peringkat – daripada benih dan cacing, kepada burung dan lebah.

Berbanding dengan baja biasa yang digunakan untuk tanaman konvensional, para petani menggunakan baja semulajadi atau ‘manure’. Penggunaan baja semulajadi ini mengitar semula sisa-sisa buangan dan memperbaiki struktur tanah.

Sebab itulah disarankan untuk anda menggunakan makanan organik. Disamping makanan yang lebih selamat, anda juga sebenarnya sedang memberikan impak positif kepada alam sekitar kerana sifatnya yang mesra alam! Menarik bukan?

3. ‘Non-Genetically Modified Organism (non-GMOs)’

Makanan organik yang sah, tidak dihasilkan dari modifikasi genetik (non-GMO). Oleh sebab ia tidak melalui proses modifikasi genetik, makanan organik kekal segar dalam jangka masa yang panjang.

Sekiranya makanan tersebut dihasilkan dari GMO, bermakna ia telah diubah untuk bertahan daripada ‘serangan’ racun perosak.

Jadi, apa sebenarnya perbezaan tanaman organik dan tanaman konvensional ni?

Secara ringkas, tanaman konvensional perlukan bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan baja untuk melawan haiwan perosak atau tumbuh-tumbuhan yang tidak diingini.

Tanaman organik pula bergantung kepada prinsip semulajadi untuk menghasilkan makanan yang sihat dan berkhasiat.

Mungkin Mommy dah terbiasa makan makanan yang dijual di pasaran, namun adalah sangat digalakkan untuk kita berikan makanan organik dan terbaik buat si manja. Anak-anak baru nak membesar, jadi haruslah beri mereka makanan yang bernutrisi tinggi, sesuai dengan pertumbuhan si manja bukan?

Eh, betul ke ni makanan organik?

Sekiranya anda masih keliru atau tidak pasti samada makanan tersebut organik atau tidak, anda hanya harus periksa samada makanan tersebut dilabel dengan USDA Organic.

Selain sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang terdapat dipasaran, Gerber® Organic merupakan makanan bayi yang harus menjadi pilihan ibu bapa semua. Gerber Organic menghasilkan makanan bayi yang berkualiti tinggi, selamat, dan disahkan USDA Organic.

Bahan-bahan yang terkandung dalam setiap produk Gerber® Organic adalah bahan-bahan semulajadi yang terpilih, tidak mengandungi perasa tiruan, bahan pengawet, dan pewarna tambahan. Gerber® lebih daripada sekadar organik, dimana ia sangat teliti daripada pemilihan tanah kepada proses penanaman dan penghasilan produk.

Produk Gerber® disahkan USDA organik dan non-GMO. Lebih menarik lagi, Gerber® sentiasa komited untuk berikan lebih daripada apa yang disangkakan buat anda semua dengan menggunakan satu kaedah penanaman yang istimewa dan terperinci iaitu Clean Field Farming, bagi merealisasikan misi utama mereka untuk menghasilkan makanan bayi yang terbaik dan selamat buat si manja. Ia juga diimport 100% dari USA.

Selain daripada bahan-bahannya yang berkhasiat dan bernutrisi tinggi, Gerber® Organic dibungkus ke dalam pek-pek ringan dan mudah buat ibu bapa dan juga anak-anak.

Dapatkan pelbagai makanan bayi organik Gerber® Organic seperti puri bayi, snek bayi, cereal, puffs, dan sebagainya hanya di Motherhood.com.my hari ini.

Rujukan

  1. Ewa Rembiałkowska and Maciej Badowski (September 12th 2011). Pesticide Residues in the Organically Produced Food, Pesticides in the Modern World – Effects of Pesticides Exposure, Margarita Stoytcheva, IntechOpen, DOI: 10.5772/18266.