Berkhatan atau bersunat adalah satu prosedur penting bagi kebanyakan lelaki dan perempuan. Prosedur ini melibatkan pembedahan pembuangan lebihan kulit pada alat kelamin, yang dilakukan biasanya pada fasa kanak-kanak atau bayi.
Selepas berkhatan, selain kebersihan Mommy juga perlu pastikan anak mengamalkan makanan berpantang sunat.
Mengapa kita perlu amalkan pantang larang selepas berkhatan dan bagaimana ia berkait dengan pemakanan? Jom kita kaji lebih lanjut.
Mengapa Anak Perlu Dikhatankan?
Berkhatan atau bersunat adalah amalan yang dianjurkan dalam agama Islam dan semakin menjadi kebiasaan dalam masyarakat tidak kira agama.
Selain aspek agama, terdapat juga faktor kesihatan yang mendorong ibu bapa untuk memilih prosedur ini bagi anak-anak mereka.
Bersunat membantu memudahkan kebersihan alat kelamin, mengurangkan risiko jangkitan, dan memiliki manfaat kesihatan lain.
Pantang Larang Selepas Berkhatan
Prosedur berkhatan melibatkan pembedahan kecil pada alat kelamin, oleh itu, ia memerlukan masa untuk sembuh.
Penting bagi ibu bapa untuk memahami pantang larang selepas berkhatan untuk memastikan proses penyembuhan berjalan lancar dan alat sulit tidak bengkak selepas berkhatan.
Menurut National Health Service (NHS), luka khatan biasanya sembuh sepenuhnya dalam tempoh 7 hingga 14 hari.
Tanda-tanda sembuh termasuk kurangnya rasa sakit dan pengelupasan kerak pada luka.
Senarai Pilihan Makanan Berpantang Sunat
Selain menjaga kebersihan, pemakanan yang betul juga penting selepas berkhatan. Terdapat beberapa makanan pantang yang boleh membantu dalam proses penyembuhan:
1. Ikan – Pilihan Makanan Pantang Sunat
Ikan mempunyai sumber protein yang cukup tinggi di mana ia dapat membantu dalam penyembuhan luka.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan ikan dalam diet dapat mengurangkan kesakitan dan mengecilkan kesan parut.
Pilihan menu masakan terbaik adalah ikan dimasak sup atau dibakar kosong.
2. Nasi
Nasi sebagai sumber karbohidrat utama membantu dalam menyediakan tenaga dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.
3. Oren
Oren kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C serta nutrien penting lain yang membantu dalam pemulihan luka dan mempercepatkan proses kesembuhan.
4. Pilihan Makanan Pantang Sunat dengan Pengambilan Kekacang
Kekacang, terutama kacang badam dan gajus, mengandungi protein, lemak, serta pelbagai nutrien penting yang membantu dalam pemulihan luka.
5. Serbuk Rempah Kunyit
Kunyit mengandungi kurkumin yang memiliki sifat anti-radang dan membantu dalam penyembuhan luka. Ia boleh dimasukkan dalam pelbagai hidangan atau minuman.
Pemahaman tentang pantang larang selepas berkhatan dan pemakanan yang betul adalah penting bagi ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka pulih dengan cepat dan tanpa komplikasi.
Dengan memilih makanan pantang yang sesuai, proses penyembuhan selepas berkhatan dapat dipercepatkan dan kesejahteraan anak dapat dipertahankan.
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti pelbagai lagi tips dan petua menarik yang lain di SINI!