Badan yang sihat dan cergas merupakan matlamat kesihatan seseorang. Tubuh badan yang sihat juga menyumbang kepada minda yang sihat dan cerdas.
Kalau Mama sedang mencari-cari dan membuat penyelidikan yang mendalam tentang jenis-jenis makanan diet berserta resepi-resepi yang enak, apa kata Mama tengok apa yang disediakan oleh Motherhood kali ini.
10 Jenis Makanan Diet Yang Sentiasa Disyorkan
-
Biji Kacang
Biji kacang seperti kacang panjang, kacang kuda, kacang buncis, dan juga petai adalah jenis biji kacang yang merupakan sumber protein, lemak, dan serat berkhasiat.
Kebanyakan lemak dalam kacang jenis ini adalah lemak jenis ‘monounsaturated‘ serta lemak omega-6 dan omega-3 ‘polyunsaturated‘, jadi Mama tak perlu bimbang tentang lemak yang tak bagus untuk badan.
-
Kacang
Kacang pula adalah kategori yang berlainan seperti yang dijelaskan di atas tadi. Biji kacang yang disebut tadi termasuk dalam kategori ‘sayuran’.
Kacang-kacang atau ‘nuts‘ yang sesuai untuk dimakan ketika diet adalah seperti kacang badam, kacang tanah, dan kacang pisatchio. Walaupun berada dalam kategori yang lain sedikit, ia mempunyai nutrien dan khasiat yang bagus seperti biji kacang dan memakannya sebagai snek juga akan mengenyangkan Mama.
-
Yogurt
Yogurt, sama ada yogurt biasa atau yogurt Greek amat sesuai untuk dimakan jika inginkan pinggang yang ramping.
Menurut kajian, yogurt dapat menurunkan berat badan, jadi Mama boleh menggunkana yogurt sebagai makanan diet ketika sarapan atau mencuba resepi yang menggunakan yogurt dalam masakan.
-
Telur
Pada suatu ketika, ramai yang menganggap makan telur secara berlebihan adalah tidak baik kerana akan tinggi kolestrol. Akan tetapi, itu hanyalah jika Mama makan telur dengan kuantiti yang banyak dan bukan pada kadar sederhana.
Telur mempunyai protein dan lemak yang tinggi, dan boleh membuat Mama berasa kenyang lebih lama. Telur juga sangat padat dengan nutrien, tapi Mama tahu tak, kebanyakan nutrien telur sebenarnya berada pada kuning telur!
-
Sayuran Hijau
Jenis makanan yang ini mesti Mama dah lama tahu bukan?
Memang sayuran hijau seperti bayam, sawi, dan kangkung amat popular bagi sesiapa yang sedang berdiet. Tetapi, sayuran hijau juga perlu diambil sebagai pemakanan harian kerana ia kaya dengan serat dan karbohidrat, serta rendah kalori, membuatnya makanan yang amat sesuai untuk diet.
-
Sayur Brassica oleracea
Sayuran Brassica oleracea seperti brokoli, kubis, dan kubis bunga (cauliflower) bukan sahaja kaya dengan serat dan mengenyangkan, tetapi juga mengandungi bahan-bahan atau nutrien yang dikatakan dapat mencegah penyakit kanser.
-
Ikan Berlemak
Ikan-ikan berlemak seperti salmon, ikan tenggiri, dan ikan sardin sangat berkhasiat dan mengenyangkan, jadi ikan-ikan jenis ini juga sangat sesuai sebagai makanan diet.
Ikan jenis ini mengandungi protein berkualiti tinggi, lemak yang sihat, dan pelbagai nutrien penting, termasuklah iodine yang diperlukan untuk fungsi tiroid yang penting untuk memastikan metabolisme Mama berjalan pada tahap optimum.
-
Avokado
Avokado adalah sejenis buah yang sangat unik. Kebanyakan buah-buahan biasa, terutamanya buah-buahan tropikal mengandungi karbohidrat yang sangat tinggi, tapi avokado mempunyai lemak sihat yang tinggi.
Avokado juga tinggi kandungan air dan serat walaupun teksturnya tak sama seperti buah tembikai!
-
Bijirin
Walaupun kebanyakan bijirin sarapan pagi yang dimakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak banyak yang diproses dan dianggap tidak bagus untuk kesihatan, bijirin yang sangat elok sebagai makanan diet adalah seperti oat, quinoa, dan beras perang.
Bijirin-bijirin jenis ini penuh dengan serat dan protein. Oat sangat tinggi dengan kandungan beta-glukan, iaitu serat larut yang terbukti dapat meningkatkan rasa kenyang, mengurangkan kolesterol darah, dan meningkatkan metabolisme badan.
-
Minyak Kelapa
Minyak kelapa sangat tinggi dengan asid berlemak yang dipanggil medium-chain triglycerides (MCTs). Asid berlemak ini terbukti dapat meningkatkan rasa kenyang lebih lama berbanding jenis lemak lain, dan dapat meningkatkan lagi jumlah kalori yang dibakar oleh badan Mama.
Ada juga kajian yang menunjukkan minyak kelapa dapat membakar lemak diperut. Minyak kelapa mengandungi kalori, jadi Mama disarankan agar tidak menambahnya pada makanan, sebaliknya menggantikan minyak lain dengan minyak kelapa.
Resepi-Resepi Enak dan Berkhasiat Sebagai Makanan Diet
Salmon Berempah Dengan Kacang Kuda Dan Brokoli
[columns_row width=”half”]
[column]Bahan-Bahan
- 400g ikan salmon
- 1 kepala brokoli, dipotong
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil paprika manis
- 2 batang saderi, di hiris nipis
- 4 biji bawang merah
- 400g kacang kuda
- 100g sayur daun roket
- 60ml yogurt
- 1 sudu besar jus lemon
[/column]
[column]Cara-Cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius. Letakkan brokoli dalam dulang dan tuangkan minyak zaitun. Bakar selama 10-12 minit.
2. Sementara itu, perap salmon dengan rempah-rempah jintan putih, ketumbar, dan paprika manis.
3. Selepas brokoli sudah habis dibakar, campurkan dengan saderi, bawang merah, dan kacang kuda yang sudah direbus ke dalam mangkuk besar.
4. Masak salmon dengan cara yang anda suka, sama ada digoreng, dipanggang, atau di bakar.
5. Pecah-pecahkan ikan salmon dan campur dengan sayuran tadi. Hidang dengan yogurt.[/column]
[/columns_row]
Oat Semalaman (Overnight Oats)
[columns_row width=”half”]
[column]Bahan-Bahan
- 1/2 cawan rolled oats
- 1/2 cawan susu
- 1/4 cawan yogurt
- 1 sudu besar biji chia
- 1 sudu besar madu
- 4-5 biji strawberi, dipotong kiub
- 1/2 biji pisang, dihiris tebal
[/column]
[column]Cara-Cara
1. Campurkan semua bahan-bahan ke dalam bekas kedap udara. Pastikan campuran bahan-bahan tidak memenuhi bekas kerana oat akan berkembang selepas beberapa jam.
2. Kacau, tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk semalaman, atau paling kurang selama dua jam.
3. Sebelum makan, Mama boleh tambah lagi beberapa potongan buah strawberi, pisang, atau apa jenis buah-buahan yang digemari.
[/columns_row]
Roti Bakar Avokado Dengan Telur
[columns_row width=”half”]
[column]Bahan-Bahan
- 1/4 isi avokado
- 1 keping roti gandum
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- 1 biji telur
- 1/2 sudu besar mentega
[/column]
[column]Cara-Cara
1. Panaskan kuali dan mentega dan masak telur dengan cara yang digemari sama ada telur hancur (scrambled) atau telur mata kerbau. Jika memilih telur rebus atau poached egg, tak perlu mentega. Masukkan garam dan lada hitam.
2. Hancurkan isi avokado sehingga lumat.
3. Bakar roti sehingga nampak keemasan dan garing.
4. Letakkan avokado yang sudah dihancurkan tadi atas roti, kemudian letakkan telur di atasnya.
5. Taburkan sedikit lagi garam dan lada hitam mengikut cita rasa.[/column]
[/columns_row]
Waffle Kubis Bunga (Cauliflower)
[columns_row width=”half”]
[column]Bahan-Bahan
- 2 cawan kubis bunga, diparut, dihiris atau dicincang halus
- 2 cawan keju mozzarella, diparut
- 2 biji telur
- 2 sudu besar tepung
- 1/2 sudu kecil paprika
- 1/2 sudu kecil serbuk bawang merah
- 1/2 sudu kecil serbuk oregano
- Garam
- Lada hitam
[/column]
[column]Cara-Cara
1. Panaskan pembakar waffle. Jika tiada, boleh guna sandwich maker ataupun kuali leper.
2. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar. Gaul sehingga sebati.
3. Gunakan senduk dan sendukkan campuran tadi ke atas pembakar waffle atau kuali satu per satu.
4. Masak setiap keping selama 4 minit setiap bahagian, atau 4 minit sahaja jika menggunakan pembakar waffle.
5. Hidangkan dengan topping kegemaran anda seperti sos cili, sirap maple, atau pun telur untuk hidangan yang mengenyangkan.[/column]
[/columns_row]
Kacang Panjang Dengan Serpihan Kelapa
[columns_row width=”half”]
[column]Bahan-Bahan
- 200g kacang panjang
- 1 sudu besar minyak kelapa
- 1/2 sudu kecil biji sawi hitam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/4 sudu kecil garam
- 1/4 cawan serpihan isi kelapa
[/column]
[column]Cara-Cara
1. Bersihkan kacang panjang dan potong dengan kepanjangan 1 inci.
2. Kukus kacang panjang dalam ketuhar gelombang mikro selama 5 minit.
3. Sementara kacang panjang dikukus, panaskan minyak kelapa dalam kuali.
4. Masukkan biji sawi hitam ke dalam kuali, dan tutup kuali. Biji sawi hitam itu akan meletup-letup sedikit. Setelah selesai, masukkan serbuk kunyit dan garam.
5. Masukkan serpihan kelapa dan goreng selama 1 minit.
6. Akhir sekali, masukkan kacang panjang yang dah dikukus dan tumis selama 5 minit.[/column]
[/columns_row]
Semoga menu makanan diet ini membantu anda yang sedang cuba untuk memakan makanan sihat atau kurangkan berat badan.