Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Gaya Hidup Sihat Anak-Anak: Pakar Kongsikan 5 Makanan Yang Boleh Melemahkan Memori Anak

Meskipun makanan penting untuk tumbesaran kanak-kanak tetapi terdapat beberapa jenis makanan yang patut dielakkan untuk kesihatan otak yang lebih baik.

Namun tahukah Mommy, pemilihan makanan yang salah akan menjejaskan kesihatan serta sesetengah makanan segera boleh melemahkan ingatan anak-anak.

Makanan proses atau segera antara makanan yang sangat susah untuk dielakkan. Ini kerana lebih cepat dan mudah untuk didapati dalam keadaan apa pun. Bagi ibu bapa yang berkerjaya, kekurangan masa antara faktor kepada pembelian makanan yang segera.

Terdapat perkongsian oleh seorang pakar di laman Facebook beliau tentang lima (5) jenis makanan yang sebenarnya boleh lemahkan memori anak.

Berdasarkan perkongsian itu, beliau meminta untuk ibu bapa mencuba mengurangkan makanan tersebut selama 3 bulan. Mommy akan melihat kesan yang berbeza pada anak. Bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan malah otak anak makin sihat, cepat ingat, mudah belajar dan senang untuk fokus.

5 Makanan Yang Boleh Melemahkan Memori Anak

Kurangkan 5 jenis makanan macam ni, untuk kesihatan otak anak agar cepat ingat dan tajam fokus mereka.

1. Minyak Bijirin

Minyak bijirin seperti soya, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak canola dan sebagainya yang digunakan secara berlebihan dalam makanan boleh melemahkan memori anak.

Omega 6 yang berlebihan juga tidak bagus untuk otak anak-anak. Jadi, Mommy harus pantau dan kawal pemakanan anak-anak yang mengandungi dua bahan-bahan ini.

2. Makanan Tinggi Proses

Highlighted


Bagi jenis makanan kategori ini yang boleh melemahkan memori anak, Mommy hanya perlu elakkan makanan berproses atau “fast food” yang dijual di pasaran.

Adalah lebih baik untuk Mommy sediakan sendiri makanan tersebut dan “frozen” di dalam peti sejuk di rumah.

3. Makanan Tinggi Gula

  • Kandungan gula berlebihan di otak, buatkan memori anak lemah.
  • Makanan proses banyak gula tersembunyi, sos, kicap, mayonis, biskut.

4. Pemanis Tiruan

  • Banyak dalam air kotak, air bergas.
  • Ganti dengan madu, gula kelapa, atau gula tebu asli.

5. Pewarna Tiruan

  • Aktiviti otak boleh berubah apabila anak kerap mengambil makanan yang ada pewarna tiruan.

Kredit: Mazliana Mazlan 

Walaupun tak mampu nak elak semua jenis makanan ini kerana selalu menjadi bahan dalam makanan, tetapi Mommy boleh kurangkan dalam pemakanan anak-anak yang Mommy sediakan sendiri ya.

Mommy perlu take note ye! Ia demi kecerdasan minda anak-anak.


Dapatkan lebih banyak pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak di SINI.