Sejak sebelum anak dilahirkan lagi, ibu-ibu pasti sudah memikirkan tentang perkara-perkara penting yang perlu diketahui selepas si kecil sudah tiba nanti.
Salah satunya tentulah makanan-makanan pantang yang digalakkan untuk diambil, serta makanan yang perlu dielakkan.
Walaupun tiada rujukan saintifik, secara umumnya jenis-jenis makanan pantang yang sama dan popular telah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita.
Mungkin pada zaman sekarang ramai yang tidak mengendahkan kebaikan atau kepentingan makanan pantang selepas bersalin, tapi tengoklah betapa kuatnya nenek moyang kita walaupun sudah uzur.
Jadi tentu ada hikmahnya jika kita mengamalkan makanan pantang bukan? Ini kerana sesetengah jenis makanan dikatakan panas, berangin, atau tajam.
Kebaikan Mengamalkan Makanan Pantang
Antara kebaikan mengamalkan makanan pantang yang dipercayai ialah makanan-makanan tersebut dapat menyegarkan badan selepas bersalin supaya tidak mudah lesu serta membantu dalam penyembuhan luka bersalin, samada dalaman atau luaran.
Sakit-sakit badan juga dapat dielakkan jika Mama rajin mematuhi peraturan makanan pantang larang lepas bersalin ini.
Mama tahu tak, bukan orang Melayu sahaja yang mengamalkan makanan pantang selepas bersalin, tetapi kaum Cina dan India juga ada pantang larang mereka tersendiri termasuklah dari segi pemakanan.
Tempoh berpantang selalunya terpulang kepada Mama sendiri, tetapi yang biasa diamalkan adalah sebanyak 30 hingga ke 50 hari.
Mesti ada antara Mama yang tidak familiar dengan makanan pantang, lalu menganggap makanan-makanan tersebut tidak sedap bukan?
Sebenarnya, kebanyakan makanan pantang bukan saja berkhasiat, tetapi, memang lazat!
Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, di mana terdapat pelbagai jenis resipi yang telah diolah oleh ibu-ibu yang sudah berpengalaman.
7 Kategori Makanan Pantang Tradisional Yang Perlu Di Patuhi Beserta Senarai
-
Ayam & Daging
[columns_row width=”half”]
[column]Yang Boleh Dimakan
Ayam biasa
Ayam kampung
Burung puyuh
Merpati
Ayam hitam
Ayam didik
Ayam selasih
Daging batang pinang
Daging kurang lemak
Daging kambing[/column]
[column]Yang Perlu Dielak
Ayam dan daging di bahagian berlemak
[/column]
[/columns_row] -
Sayur-sayuran
[columns_row width=”half”]
[column]Yang Boleh Dimakan
Ubi kentang
Peria
Sawi
Lobal putih
Lobak merah
Bayam
Brokoli[/column]
[column]Yang Perlu Dielak
Ubi kayu
Kangkung
Petola
Terung
Timun
Tomato
Kubis
Saderi
Terung
Sayur keladi
Pucuk ubi
Pucuk paku
Kacang panjang
Labu
Kacang botol
Petai
Jering
Cili padi
Asam keping[/column]
[/columns_row] -
Ikan/Makanan Laut
[columns_row width=”half”]
[column]Yang Boleh Dimakan
Ikan haruan
Ikan selar
Ikan gelama
Ikan jenahak
Ikan merah
Ikan bawal putih
Ikan tenggiri
Ikan kurau
Ikan senangin
Ikan bilis
Ikan salmon[/column]
[column]Yang Perlu Dielak
Ikan kering
Ikan masin
Ikan keli
Ikan bawal hitam
Ikan terubuk
Ikan duri
Ikan pari
Ikan sembilang
Ikan parang
Ikan kembung
Ikan tamban
Ikan cencaru
Ikan tongkol
Udang
Ketam
Kerang[/column]
[/columns_row] -
Ulam-ulaman
[columns_row width=”half”]
[column]Yang Boleh Dimakan
Ulam raja
Halia
Serai
Lengkuas
Pegaga
Mengkudu
Jantung pisang
Daun ubi cekur
Daun kaduk
Daun kesum
Kunyit hidup
Bunga kantan
Daun kari
Daun pudina[/column]
[column]Yang Perlu Dielak
Tiada[/column]
[/columns_row] -
Buah-buahan
[columns_row width=”half”]
[column]Yang Boleh Dimakan
Kurma
Kismis
Anggur
Oren
Epal merah
Strawberi
Peach
Blueberry
Longan cina
Prune[/column]
[column]Yang Perlu Dielak
Durian
Nenas
Cempedak
Manggis
Nangka
Limau
Tembikai
Epal hijau
Belimbing
Mangga
Betik
Ciku
Buah lai
Pear
Pisang
Langsat
Sengkuang
Kiwi[/column]
[/columns_row] -
Air
[columns_row width=”half”]
[column]Yang Boleh Diminum
Air suam
Jus pegaga
Air halia
Pati kunyit
Manjakani
Halia kurma
Air madu
Air coklat
Horlicks
Kopi[/column]
[column]Yang Perlu Dielak
Air berais
Air sejuk
Air bergas
Air tebu
Cincau
Kelapa muda
Jus buah
Cuka buah[/column]
[/columns_row] -
Makanan & Minuman Lain
[columns_row width=”half”]
[column]Yang Boleh Dimakan/minum
Biskut
Roti
Oat
Kacang badam, walnut, gajus
Cornflakes
Nestum
Masakan panggang, rebus, kukus, dan bakar[/column]
[column]Yang Perlu Dielak
Makanan daging yang diproses
Laksa
Bihun
Mee
Kuey teow
Tempe
Masakan berminyak[/column]
[/columns_row]
Dari senarai di atas, Mama boleh nampak kan kategori makanan pantang yang digalakkan dan yang perlu dielakkan?
Secara umum, makanan yang boleh dimakan bersifat selamat dan lembut untuk perut, manakala makanan yang perlu dielakkan kebanyakannya bersifat pedas, masam, dan terlalu kuat untuk kesihatan dalaman si ibu yang masih lemah selepas bersalinkan cahaya mata.
Ini termasuklah kategori snek untuk emak berpantang.
Walaupun kebanyakan makanan yang perlu dielakkan nampak seperti selamat sahaja, keputusan untuk menepati larangan-larangan makanan pantang ini sudah tentu terpulang kepada diri Mama sendiri.
Jika Mama rasakan ia mungkin selamat, anda boleh terus memakan atau meminum dengan nasihat doktor.
Jika Mama memutuskan untuk mengikut pantang larang tersebut bulat-bulat, jangan risau, sebab ia mengambil masa selama 40 hari sahaja—bukan selama-lamanya tau!
Yang penting, amalkan pemakanan yang seimbang dan cukup gizi dan nutrien penting untuk kesihatan anda dan juga si manja.