Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Makanan Pertama Terbaik untuk Bayi

Makanan Pertama Terbaik

Suapan pertama bayi anda

Anda pasti tertanya-tanya makanan apakah yang patut menjadi makanan pertama si kecil anda. Patut mulakan dengan buah-buahan atau sayuran? Patutkan anda beri bayi anda makan bijirin beras?

Pakar mengatakan tiada kelebihan untuk memperkenalkan makanan kepada bayi anda mengikut turutan yang tertentu. Anda cuma perlu pastikan untuk memperkenalkan satu makanan pada satu masa, dan tunggu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum mencuba makanan baru. Ini adalah untuk memastikan anak anda tiada reaksi alahan.

Dibawah adalah makanan pertama kegemaran, seperti yang disyorkan oleh para ibu. Untuk permulaan, gunakan pengisar atau food processor untuk memproses makanan sehingga lumat dan tambahkan sedikit susu ibu, susu formula, atau air dengan puree yang telah diproses.

Jangan terkejut, kerana bayi anda mungkin hanya memerlukan satu sudu teh untuk suapan pertamanya!

 

Avocado

Highlighted


Avocado adalah makanan yang paling popular dikalangan bayi. Mengikut Brittany dari BabyCenter, “Avocado penuh dengan lemak sihat, vitamin, dan serat. Buah yang terbaik untuk anak saya! Dapatkan buah avocado yang masak, kemudian lenyekkan.”

Penyediaan: Pilih avocado yang masak. Potong dan buangkan biji, kemudian keluarkan isinya. Proses sehingga rata, dan campurkan dengan susu ibu, formula, atau air sebanyak yang perlu. Semakin si kecil membesar dan boleh terima tekstur yang lebih kasar, lenyekkan dengan menggunakan garfu.

 

Ubi Keledek

Selain avocado, ubi keledek adalah salah satu makanan yang paling popular untuk bayi: Ubi keledek sangat manis, boleh dilenyekkan dengan sangat rasa, dan dipenuhi dengan vitamin, anti-oksida, dan banyak lagi kelebihan. Jika anda mahu mulakan dengan sayuran, ubi keledek adalah salah satu pilihan terbaik. Menurut Amy. “Walaupun ubi keledek adalah sayuran, anak saya masih menyukainya kerana ubi keledek manis dan sedap!”

Penyediaan: Buang kulit, masak, dan puree kan. Ada beberapa pilihan: Anda boleh potong, kemudian stim atau panggang. Atau anda boleh panggang seluruh ubi keledek, sejukkan, dan carikkan isi ubi keledek daripada kulitnya.

Proses sehingga rata, dan campurkan dengan susu ibu, formula, atau air sebanyak yang perlu. Semakin si kecil membesar dan boleh terima tekstur yang lebih kasar, lenyekkan dengan menggunakan garfu.

 

Pisang

Ramai ibu bapa yang memulakan suapan pertama anak mereka dengan buah-buahan disebabkan kemanisannya. Pisang menjadi pilihan kerana ia lembut dan senang untuk dilenyek. Menurut Jason “Saya berikan pisang kepada bayi saya yang berusia 6 bulan, dan dia sangat menyukainya! Bayi saya lebih suka buah dan sayuran berbanding bijirin.”

Pisang boleh menyebabkan sembelit. Berikan secubit kecil kepda bayi anda dan perhatikan untuk sebarang masalah. Jika bayi anda menghadapi kesukaran untuk menelan cubitan pisang, berikan makanan senang hadam seperti buah pir dan avocado dahulu.

Penyediaan: Proses sehingga rata, dan campurkan dengan susu ibu, formula, atau air sebanyak yang perlu. Semakin si kecil membesar dan boleh terima tekstur yang lebih kasar, lenyekkan dengan menggunakan garfu.

 

Buah Pir

Bukan sahaja buah pir masak manis dan lembut, malah ibu bapa mengatakan buah pir senang ditelan dan dihadam oleh bayi mereka. Menurut Anna “Doctor saya mengesyorkan buah pir sebagai makanan pertama bayi saya kerana buah pir tidak menyebabkan sembelit. Si kecil saya mempunyai masalah penghadaman, tetapi boleh menerima buah pir dan dia menyukainya!”

Anda dinasihatkan untuk membeli buah pir organik kerana buah pir biasa selalunya dicemar oleh racun perosak. Buah pir yang manis dan paling lembut sangat sesuai untuk bayi anda.

Penyediaan: Buah pir yang masak dan lembut tidak perlu dimasak. Tetapi jika bayi anda baru mula makan makanan pejal, lebih baik untuk panggang atau stim sehinga ia betul betul lembut, kemudian buang kulitnya.

Proses sehingga rata, dan campurkan dengan susu ibu, formula, atau air sebanyak yang perlu. Semakin si kecil membesar dan boleh terima tekstur yang lebih kasar, lenyekkan dengan menggunakan garfu.

 

Kacang Pis

Go green! Kacang pis juga adalah sayuran yang ideal untuk dijadikan makanan pertama si kecil anda. Ringkas, manis, dan tiada risiko nitrate. Cuba kacang pis dahulu sebelum kacang hijau, yang mungkin mengandungi nitrate, dan brokoli, yang mempunyai rasa yang kuat. Kata Beth, “Makanan pertama bayi kami adalah kacang pis, yang menjadi kegemarannya!”

Anda boleh dapatkan yang segar atau beku.

Penyediaan: Kacang pis perlu distim dahulu, hanya 1 ke 2 minit.Preparation: Peas need to be steamed, but they cook in just a minute or two. Proses sehingga rata, dan
campurkan dengan susu ibu, formula, atau air sebanyak yang perlu.

 

Oatmeal

Bijirin adalah pilihan klasik, dan bijirin juga lebih banyak nutrisi berbanding bijirin beras yang tradisional. Menurut Jada, “Si kecil saya lebih suka oatmeal berbanding bijirin beras kerana bijirin beras menyebabkan sembelit untuknya. Oatmeal mempunyai lebih banyak serat. Makanan kegemaran si kecil saya adalah oatmeal, gandum, dan barli.”

Penyediaan: Proses sehingga rata, dan campurkan dengan susu ibu, formula, atau air sebanyak yang perlu.