Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Makanan Yang Anda Tidak Sangka Sebenarnya Baik Untuk Bayi

Baby being fed

Sudah semestinya kita mahu yang terbaik untuk bayi kita dan kebanyakan ibu bapa (terutama ibu bapa baru), mereka selalu berjaga-jaga dengan apa yang ada di dalam makanan bayi mereka.

Oleh itu, banyak makanan luar biasa yang anda boleh mula perkenalkan kepada bayi anda dari usia yang muda. Bukan sahaja makanan ini senang hadam dan padat dengan nutrisi, namun makanan ini juga sedap dan boleh dihidang dengan pelbagai jenis hidangan yang bayi anda pasti suka.

Anda boleh lihat senarai dibawah untuk si kecil anda dan bagi mereka yang ingin mengurangkan perbelanjaan untuk senarai makanan dibawah, anda boleh pergi ke website seperti Saleduck untuk mendapatkan harga barangan dapur, travel, dan lifestyle yang berpatutan.

Highlighted


Herba dan Rempah-Rempah

Siapa cakap makanan bayi mesti rasa tawar? Tapi kami bukanlah ingin mengesyorkan cili padi kepada bayi anda. Dengan menambahkan sedikit herba dan rempah, pengambilan anti-oksida bayi anda boleh dinaikkan selain daripada meluaskan deria rasa mereka untuk memudahkan proses mereka beralih kepada makanan pejal. Cara yang baik untuk permulaan adalah dengan kombinasi seperti carrot yang di stim dengan taburan jintan putih, secubit serbuk kulit kayu manis di dalam bijirin atau puree epal, bawang putih dengan ikan yang di stim atau sedikit kunyit dengan kubis bunga yang dilenyek. Tunggu sehingga deria rasa Gordon Ramsay cilik ini kurang sensitif, kemudian barulah boleh beri mereka rasa rempah-rempah yang pedas.

Makanan Berlemak

Jangan takut untuk menambahkan sedikit lemak kedalam diet bayi anda. Lemak yang tidak tepu, membantu dalam tumbesaran otak dan sistem saraf, serta menyumbang kepada membantu badan mereka untuk menyerap vitamin lemak-larut. Lemak juga membuatkan makanan lebih sedap dan ibu bapa juga sentiasa mahu menggalakkan selera makan yang sihat. Avocado, keju susu, extra virgin olive oil, dan juga mentega, semua ini adalah pilihan yang sangat baik dan anda boleh mula menambahkan makanan ini kedalam diet bayi anda seawal 6 bulan.

Yogurt

Kultur hidup yang selalunya terkandung di dalam yogurt membantu untuk melarutkan laktosa dan protein, bagi memudahkan penghadaman untuk bayi anda. Selain daripada membantu menyokong sistem imunisasi untuk membina pertahanan semula jadi terhadap virus dari udara. Yogurt juga adalah sumber baik untuk kalsium, fosforus, dan vitamin B12. Yogurt kosong dan penuh lemak adalah pilihan yang baik dan jauhi versi yang manis kerana yogurt manis ini mengandungi kandungan gula yang banyak. Untuk mengurangkan rasa yogurt kosong yang acidic ini, campurkan dengan buahan lenyek seperti pisang atau applesauce.

Daging

Bayi melalui penyimpanan zat besi semula jadi mereka di antara usia 4 ke 6 bulan, jadi untuk menambah zat besi dan untuk memastikan zat besi mereka pada tahap yang sihat, American Academy of Pediatrics mengesyorkan daging sebagai sumber zat besi dan protein yang tinggi. Daging ayam, daging merah, dan ikan mengandungi sejenis zat besi yang senang diserap berbanding zat besi yang terdapat pada sumber tumbuhan. Daging ini juga senang dikisar dan ditambah dengan puree sayuran untuk hidangan yang lebih berperasa (dan dengan vitamin yang lebih banyak).

Mentega Kacang

Vitamin E, Zat besi, manganese; ini adalah contoh mineral bermanfaat yang terdapat di dalam kacang seperti badam dan kacang tanah. Anda boleh buat mentega kacang yang lembut dan boleh dijadikan makanan ringan yang sangat bernutrisi untuk si kecil anda seawal 6 bulan, dengan kacang ini. Mentega kacang juga padat dengan lemak sihat yang mengenyangkan. Dapatkan pendapat doktor sebelum memperkenalkan mentaga kacang kepada si kecil anda untuk memastikan bayi anda tidak ada alahan terhadap kacang. Sebaik sahaj anda mendapat thumbs up  dari doktor anda, banyak cara hidangan yang boleh digunakan. Cuba campurkan sedikit mentega kacang dengan bijirin atau sapukan ke atas potongan pisang atau epal.

 

Untuk info lanjut, sila layari Motherhood.com.my.