Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Makanan Terbaik untuk Bayi Berusia 4 ke 12 Bulan

Baby

Memperkenalkan si kecil anda kepada pelbagai makanan adalah salah satu perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan untuk memberi nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan, serta menggalakkan pemakanan yang sihat. Tetapi pakar memberi amaran untuk tidak memulakan makanan pejal terlalu awal. Bilakan bayi boleh beralih dari puree kepada rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih kasar?

Dapatkan panduan dan cadangan makanan terbaik untuk diberikan kepada bayi anda, daripada lahir hingga berusia 12 bulan.

 

Baru Lahir hingga 4 BulanHighlighted

Susu ibu atau susu formula sahaja.

 

4 hingga 6 Bulan

  • Susu ibu atau susu formula
  • Makanan yang dipuree dan bijiran bayi yang kaya dengan zat besi (jika disahkan oleh doktor anda).

 

6 hingga 8 Bulan

  • Susu ibu atau susu formula
  • Puree buah dan sayuran
  • Bijirin bayi yang kaya dengan zat besi
  • Puree daging atau tauhu
  • Puree kekacang
  • Yogurt tanpa gula

 

8 hingga 10 Bulan

  • Susu ibu atau susu formula
  • Buah dan sayuran yang dilenyek
  • Puree daging, ikan, atau tauhu
  • Kekacang yang dilenyek
  • Yogurt
  • Makanan Ringan (bijirin, potongan kecil pisang, telur hancur, pasta masak sepenuhnya)
  • Bijirin yang diperkaya dengan zat besi

 

10 hingga 12 Bulan

  • Susu Ibu atau susu formula
  • Buah dan sayuran yang dipotong kecil
  • Yogurt
  • Daging cincang, ikan yang dicarik, tauhu yang dipotong kiub
  • Kekacang yang dilenyek
  • Makanan Ringan (bijirin, potongan kecil pisang, telur hancur, pasta masak sepenuhnya)
  • Makanan kombo (macaroni dan keju)
  • Bijirin yang diperkaya dengan zat besi

 

Artikel ini dipetik daripada Baby Center.