Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ini 8 Jenis Makanan Tradisional Kaum India Yang Wajib Ada Sempena Perayaan Deepavali

Hari Deepavali adalah perayaan yang diraikan oleh penganut agama Hindu di seluruh dunia dan dikenali sebagai Pesta Cahaya di Malaysia.

Tak meriahlah sesebuah perayaan kalau tak ada aneka hidangan yang enak-enak. Terdapat pelbagai pilihan juadah dan makanan yang berwarna-warni sewaktu sambutan Deepavali.

Amalan menghidangkan atau memberi manisan kepada tetamu dan ahli keluarga merupakan tradisi bagi meraikan sesuatu kejayaan atau berita yang mengembirakan yang diamalkan oleh bangsa India.

8 Jenis Makanan Tradisional Kaum India Semasa Perayaan Deepavali 

1. Laddu

Laddu adalah makanan tradisional yang berada dalam kategori pemanis mulut yang wajib ada sewaktu sambutan hari Deepavali dan menjadi kesukaan ramai.

Laddu adalah manisan berbentuk bola. Ia diperbuat daripada tepung, lemak sapi dan gula. Pelbagai jenis aneka laddu seperti laddu kekacang, laddu berperisa air mawar dan laddu minyak sapi.

Highlighted


2. Jalebi 

Jalebi adalah kuih yang bertekstur kenyal dengan lapisan luar yang bersalut gula.

Jalebi adalah kuih kecil berwarna kuning cerah dan seakan-akan kek funnel. Ia diperbuat daripada adunan tepung kosong yang digoreng dalam bentuk pretzel atau bulat, dan kemudian direndam dalam air gula safron untuk mendapatkan warna kejingga-jinggaan.

3. Payasam

Payasam ialah puding enak berasaskan susu yang berasal dari sub-benua India dan diperbuat daripada gandum hancur atau pun vermiseli bercampurkan susu dan gula.

Hidangan ini memberikan sentuhan baru ke atas puding klasik biasa bagi menggamit selera anda dan sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut.

4. Murukku 

Murukku ialah perkataan Tamil yang bermaksud “berpintal”.

Murukku adalah snek goreng penuh rasa yang diperbuat daripada campuran lentil hitam, tepung beras dan perasa seperti cili dan biji karom (ajwain) untuk memberikan rasa yang hebat.

Bukan sahaja boleh didapati semasa musim perayaan, muruku juga sering dijual di pasaran dan sering menjadi kegemaran kaum lain juga kerana rasanya yang sedap dan halal untuk dimakan.

5. Idli 

Idli merupakan kuih yang juga berasal dari India. Ia mempunyai pelbagai jenis seperti sanna, rave atau sambar idli.

Bahan utama untuk menghasilkan idli ini adalah vigna mungo dan juga nasi. Idli sangat lembut dan sesuai dimakan dengan apa sahaja.

6. Panipuri 

Pani puri antara makanan kaum India yang popular meskipun bukan pada musim perayaan. Bukan sahaja kaum India, kaum lain juga dapat merasai keenakkaan pani puri ini.

Rasanya yang manis, masam dan pedas memang boleh buat ketagih! Teksturnya juga rangup. Makan satu confirm tak cukup.

7. Uttapam 

Uttapam adalah sejenis makanan tradisional khas dari India yang bentuknya seperti pancake. Ia lebih kurang tosai tetapi teksturnya lebih tebal.

Hidangan ini hanya boleh didapati ketika musim perayaan Deepavali sahaja.

8. Athirasam

Kuih Athirasam merupakan manisan yang bentuknya sama seperti kuih donat atau kuih denderam.

Ramuan kuih ini ialah tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam , kelapa parut dan minyak masak.

Pelbagai manisan dan makanan boleh didapati semasa musim perayaan Deepavali yang pastinya menjadi keterujaan setiap tetamu yang datang.

Boleh la Mommy Daddy datang rumah terbuka rakan-rakan sempena sambutan Deepavali nanti.

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk lebih mengenali juadah sempena perayaan Deepavali.


Dapatkan lebih banyak artikel yang menarik tentang aneka makanan di SINI.