Orang kata, kebanyakkan penyakit berpunca daripada perut. Atau dalam kata lain sebenarnya, daripada makanan lah. Apa yang masuk ke dalam tubuh kita, itulah yang akan menjadi ‘minyak’ untuk ‘engin’ (badan) kita.
11 Punca-punca Gastrik
Persoalannya, apakah ‘minyak’ (makanan) yang kita ambil itu ‘berkualiti’? Sihat ke sebenarnya? Dalam dunia yang serba-serbi nak cepat dan pantas ni, kualiti makanan pun semakin menurun.
Terjadilah banyak penyakit yang berpunca daripada masalah di sistem usus dan perut kita seperti penyakit gastrik.
Apakah punca kepada penyakit ini sebenarnya?
1. Lapisan perut yang lemah
2. Berlakunya jangkitan kuman gastrointestinal dalam usus
3. Pengambilan alkohol yang berlebihan
4. Pengambilan kokain
5. Pengambilan ubat-ubatan NSAIDs secara kerap
6. Proses penuaan yang membuatkan lapisan perut semakin menipis
7. Pengambilan tembakau
8. Stress yang tinggi
9. Mereka yang ada penyakit autoimmune
10. Ada gangguan pencernaan
11. Ada jangkitan virus
6 Simptom-simptom Gastrik
Lain orang lain simptomnya. Tak semestinya sama ya Mommy. Ini antara simptom yang mungkin dialami mereka yang diserang gastrik:
1. Rasa mual macam nak muntah
2. Perut terasa senak dan sebu
3. Muntah
4. Bahagian perut di kawasan atas abdomen terasa penuh, terutamanya selepas makan
5. Najis berwarna kehitaman
6. Muntah darah atau warna muntah seperti serbuk kopi
11 Makanan Yang Sesuai Untuk Gastrik
Makanan dan minuman kita akan memberi kesan kepada kesihatan dan keadaan sistem perut kita. Ada sesetengah makanan akan membuatkan gastrik Mommy bertambah teruk dan ada pula yang membantu mengurangkan simptom gastrik dan meredakan keradangan perut tu.
Antara makanan yang sesuai untuk gastrik adalah:
1. Makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh
2. Minuman yang tidak berkarbonat
3. Minuman yang tidak ada kafein
4. Makanan yang mengandungi kandungan lemak yang rendah seperti ikan dan daging tanpa lemak
5. Makanan yang tahap asidnya rendah
6. Makanan yang kaya dengan probioktik seperti acar buah
7. Air kelapa
8. Madu asli
9. Buah-buahan yang kaya dengan polifenol seperti buah blueberries
10. Minyak zaitun
11. Sesetengah herba dan rempah-ratus seperti halia dan kunyit yang bagus untuk keradangan
Rawatan Penyakit Gastrik
Bila dah terkena gastrik ni, mestilah kita cepat-cepat berjumpa dengan doktor kan? Tak menahan sakitnya tu. Biasanya berikut adalah antara rawatan yang doktor akan berikan:
1. Doktor akan buat pemeriksaan fizikal dan history taking
2. Darah dan najis akan diuji
3. Ujian upper GI endoscopy akan dilakukan dan jika perlu, sampel lapisan perut akan diambil sedikit
4. Ujian upper GI series mungkin dilakukan untuk mengesan kawasan yang bermasalah
5. Ujian urea breath akan dilakukan untuk kesan kehadiran bakteria H. pylori
Berdasarkan ujian-ujian yang dilakukan, akan ada tandanya bahawa Mommy memang diserang gastrik. Biasanya melalui ujian-ujian ini juga, punca kepada gastrik Mommy tu dapat dikesan dan doktor akan memberi ubat yang sewajarnya.
Selain itu, doktor juga akan menerangkan serba sedikit tentang ‘pantang makan’ Mommy buat sementara.
Makanan Yang Sesuai Untuk Gastrik
Banyak je makanan yang bagus untuk gastrik dan banyak juga yang akan lagi memudaratkannya. Bila dah sakit ni, kena sabarlah sedikit kalau nak sembuh.
Makanan yang pedas, masam, berminyak dan bertenusu tu kenalah elakkan dahulu buat sementara ya? Bila dah okay pula, janganlah ambil dalam kuantiti yang banyak.
Kalau Mommy jaga pemakanan dan pengambilan ubat-ubatan dengan elok, perlahan-lahan nanti keradangan perut tu akan membaik. Disiplin ya?
Sumber: Gastritis dan Gastritis Diet
Inginkan tips pemakanan yang lain? Klik SINI.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.