Ibu, Bayi & Kanak Kanak

12 Jenis Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Berkhasiat – Sangat Penting Untuk Kesihatan Mommy Dan Tumbesaran Bayi!

makanan untuk ibu mengandung

Pengambilan makanan untuk ibu mengandung yang seimbang adalah sangat penting bagi memastikan tumbesaran dan kesihatan bayi terjamin.

Mommy seharusnya menjaga pemakanan semasa hamil dengan sebaiknya. Bahkan, bagi anda yang sedang merancang untuk mempunyai anak pertama disarankan untuk mengambil asid folik, tiga bulan sebelum kehamilan.

Hal ini untuk memastikan bayi mendapat zat yang lengkap semasa dalam kandungan.

Oleh sebab makanan ibu mengandung merupakan sesuatu yang penting bukan sahaja kepada kandungan tetapi juga pada kesihatan Mommy, melalui perkongsian kali ini Motherhood ingin kongsikan jenis makanan sesuai untuk ibu mengandung serta kepentingan pemilihan makanan untuk ibu mengandung yang betul.

Untuk itu, jom lihat perkongsian di bawah!

Kepentingan Pemilihan Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Betul

Highlighted

Kredit gambar: verv.com

Berikut adalah kepentingan pemilihan makanan berkhasiat untuk ibu mengandung.

  • Demi kesihatan ibu serta anak dalam kandungan.
  • Memastikan perkembangan bayi berada pada tahap optimum supaya bayi lahir dalam keadaan sihat dan sempurna.
  • Untuk membekalkan tenaga kepada ibu hamil bagi mengelakkan dari berlaku sebarang komplikasi kepada kandungan.

Oleh itu, penting untuk Mommy yang hamil tahu berkenaan makanan sihat untuk ibu mengandung.

Makanan Untuk Ibu Mengandung dengan Pilihan Terbaik

Kredit gambar: www.foodwellsaid.com

Antara makanan tersebut adalah seperti berikut:

#1. Kekacang

Kacang-kacangan seperti kacang almond, walnut, kacang soya dan kacang merah mengandungi pelbagai nutrien yang penting untuk perkembangan janin seperti kalsium, zat besi dan juga folat.

Tetapi, harus diingat elakkan dari mengambil kekacang yang mempunyai penambah perasa kerana dikhuatiri mempunyai bahan kimia yang tidak bagus untuk kandungan.

#2. Buah-buahan Merupakan Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Buah-buahan kaya dengan nutrien dan serat seperti vitamin C, folat, dan kalsium yang sangat baik untuk ibu hamil. Contohnya adalah jambu batu, pisang, epal, kiwi, delima dan avokado.

Buah-buahan dapat membekalkan khasiat yang banyak bukan sahaja kepada ibu malah kepada bayi dalam kandungan.

#3. Sayuran Hijau

Kredit gambar: www.livescience.com

Selain itu, sayuran hijau seperti bayam, brokoli, dan kangkung mengandungi folat, zat besi, dan vitamin C yang penting untuk kesihatan ibu dan perkembangan janin.

Kebaikan sayuran hijau tidak dapat dinafikan lagi kerana pakar pemakanan juga akan mengesyorkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan untuk mengambil sayuran hijau dalam menu harian
mereka.

#4. Telur

Kredit gambar: www.bbc.com

Telur adalah sumber protein yang baik dan mengandungi kolin yang diperlukan untuk perkembangan otak janin. Ia juga merupakan sumber lemak dan protein yang sangat baik dan mempunyai lebih 70 kalori.

#5. Ikan Antara Makanan Untuk Ibu Mengandung

Di samping itu, pengambilan ikan dalam pemakanan seharian Mommy dapat membantu perkembangan bayi Mommy.

Ikan seperti salmon, tuna, dan sardin mengandungi asid lemak omega-3 yang sangat baik untuk perkembangan otak bayi.

#6. Yogurt

Kredit gambar: www.bountyparents.com.au

Ramai yang tidak tahu bahawa yogurt baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Antara kebaikan yogurt adalah mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, baik untuk penghadaman, membantu dalam perkembangan sel bayi, mencegah berlakunya praeklampsia serta meningkatkan sistem imun badan.

#7. Daging Merah Merupakan Makanan Tambah Darah Untuk Ibu Mengandung

Daging merah mengandung zat besi yang penting untuk penghasilan sel darah merah dan membantu menghindari anemia pada ibu hamil.

Selain zat besi, daging merah juga kaya dengan vitamin dan menjadi sumber protein yang baik untuk tubuh badan.

#8. Bijirin

Kredit gambar: www.momjunction.com

Bijirin selalu menjadi pilihan sebagai sarapan. Bijirin ini mempunyai folat dan vitamin B yang tinggi dan diperlukan oleh ibu hamil, terutamanya ketika trimester pertama.

Selain itu, bijirin kaya dengan magnesium yang berperanan penting untuk membantu pengaliran darah kepada bayi.

#9. Susu

Susu mengandung kalsium dan protein yang penting untuk pertumbuhan tulang janin. Selain itu, terdapat juga vitamin B, fosforus, zink dan magnesium yang boleh membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

Contoh susu yang boleh diminum oleh ibu hamil ialah susu kambing.

#10. Buah Kering Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung

Kredit gambar: timesofindia.indiatimes.com

Buah kering seperti kismis dan kurma mengandung serat, vitamin, dan mineral yang baik untuk ibu hamil.

Kajian saintifik menunjukkan, kurma dapat membantu melancarkan denyutan jantung, merawat sembelit dan membekalkan tenaga kepada ibu mengandung.

#11. Suplemen Pranatal

Suplemen pranatal mengandungi nutrisi penting seperti folid asid, zat besi, dan kalsium yang sangat diperlukan sepanjang kehamilan.

Mommy jangan culas ya dalam pengambilan suplemen yang dibekalkan oleh doktor jika mahu anak Mommy lahir dengan sihat dan sempurna!

#12. Air Kosong

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Air kosong sangat penting untuk tubuh bagi mengelakkan masalah dehidrasi. Apabila tubuh mengalami masalah dehidrasi ini akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Bukan itu sahaja, air kurang dalam badan juga boleh menyebabkan masalah sembelit berlaku kepada Mommy. Mommy disarankan untuk minum minimum 8 hingga 10 gelas air setiap hari.

Oleh itu, bagi menjamin kesihatan Mommy dan bayi dalam kandungan pastikan pemakanan Mommy sentiasa terjaga.

Elakkan makanan yang diproses, makanan yang ditambah perasa dan makanan yang tidak dimasak. Semua jenis makanan ini boleh membawa kesan buruk kepada Mommy juga bayi Mommy. Semoga bermanfaat!


Untuk lebih informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia, Mommy boleh sertai Motherhood New Mom Privilege. Mommy juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my.


Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan info kehamilan menarik yang lain di SINI!