Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Makanan Yang Baik untuk Bayi Berusia 15 Bulan

Little girl feeding herself

Pada umur 15 bulan, bayi anda sudah pandai makan makanan pejal, termasuk makanan yang mereka tak boleh makan sebelum berusia 12 bulan, seperti madu. Bayi dalam usia ini mempunyai beberapa larangan pemakanan; kebanyakan larangan ini adalah untuk mengelakkan daripada tercekik dan bukan kerana bayi anda tidak boleh mengawal sesetengah makanan. Jumlah pengambilan bayi anda akan berkurangan sedikit; kerana tumbesaran bayi anda perlahan selepas tahun pertama, sama juga dengan pengambilan makanannya. Makanan pejal menjadi lebih penting dalam tahun kedua.

Protein dan Lemak

Bayi 15 bulan anda memerlukan 13 gram protein setiap hari, menurut Centers for Disease Control and Prevention. Dalam 2 tahun pertama bayi anda, sekurang-kurangnya 50 peratus kalori mereka patut didapati daripada lemak, menurut American Academy of Pediatrics. Daging membekalkan kedua-dua protein dan lemak ke dalam diet.Si kecil anda boleh makan cebisan hamburger, cebisan lembut ayam, ikan, atau daging. Hadkan pengambilan ikan kepada 12 auns setiap minggu, nasihat Environmental Protection Agency. Pilih makanan seperti tuna, salmon, dan ikan keli, kerana ikan ini mengandungi merkuri yang kurang, yang boleh memberi kesan negatif kepada tumbesaran otak si kecil anda. Anak anda juga boleh makan telur hancur atau kekacang sebagai makanan ringan yang berprotein. Keju juga adalah makanan ringan yang baik dan sumber protein dan lemak.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Sayuran

Pada umur 15 bulan, bayi anda boleh mengunyah kebanyakan sayuran, dengan pengecualian sayuran berserat seperti brokoli dan kubis bunga. Anak anda pasti suka jika anda potong batang brokoli dan kubis bunga ini dan lenyekkan. Ubi kentang atau ubi keledek lenyek sentiasa berada di nombor teratas dalam senarai sayuran sedap, tetapi ubi ini mengandungi kanji yang lebih berbanding sayuran lain. Jauhi french fries, yang selalunya mengandungi lemak trans yang tidak sihat. Jangan beri anak anda makan popcorn, disebabkan risiko tercekik.

Bijirin

Pada umur 15 bulan, kebanyakan bayi kurang suka makan bijirin bayi. Bijirin tanpa gula tambahan, pewarna tiruan atau garam adalah yang terbaik untuk bayi anda. Kebanyakan bayi boleh makan nasi, pasta, dan makanan sampingan bijirin yang lain; pilih jenis bijirin penuh.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Buah-Buahan

Cawan yang diisi cebisan buah lembut yang senang untuk bayi anda ambil dan kunyah, tapi elakkan jenama yang mengandungi gula-laden sirap. Jika anda beri si kecil anda buah segar, potong kecil-kecil dan jangan berikan seluruh buah, dan perhati jika mereka tercekik. Jangan beri bayi 15 bulan anda anggur yang tidak dipotong. Hadkan jus buah kepada 4 ke 6 auns setiap hari; jika bayi anda minum terlalu banyak jus, mereka mungkin akan hilang selera untuk makanan pejal, nasihat MayoClinic.com.

Makanan Ringan

Kami tahu, anda pasti tergoda dengan kecomelan si kecil anda dan mahu mengalah dan berikan mereka biskut atau makanan ringan lain. Tapi elakkan, kerana anak kecil berusia 15 bulan tidak perlukan gula atau garam tambahan. Sesetengah makanan ringan, seperti gula-gula, sangat mudah menjadi risiko anak anda tercekik.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Gambar diambil daripada Bright Horizons.

Artikel ini dipetik daripada Healthy Eating.