Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Jenis Makanan Yang Dilarang Ketika Hamil. No 2 Sering Menjadi Kegemaran Ramai!

Kredit Foto: Adobe Stock

Bolehkah wanita hamil makan telur separuh masak? Bagaimana pula dengan tiram atau sushi? 

Semasa mengandung, anda mungkin sangat menginginkannya, tetapi terdapat beberapa jenis makanan yang harus dielakkan dan juga makanan dilarang ketika hamil. 

Adalah lebih baik untuk anda menyimpan hasrat untuk menjamah makanan tersebut semasa mengandung dan hanya makan selepas proses berpantang.

Jom ketahui makanan-makanan yang dilarang ketika hamil dengan lebih lanjut di sini!

10 Makanan Dilarang Ketika Hamil

1) Ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi

Highlighted

Kredit Foto: Adobe Stock

Jika anda teringin makan ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi seperti ikan makarel raja, ikan todak atau ikan tuna, sebolehnya cubalah elakkan. Ia merupakan makanan yang dilarang ketika hamil. 

Merkuri yang terkandung dalamnya boleh menyebabkan kerosakan pada otak, sistem saraf serta pada perkembangan penglihatan dan pendengaran janin dalam kandungan. 

2) Sushi

Kredit Foto: Adobe Stock

Tak semua sushi ya Mama! Sushi yang mengandungi bahan mentah tak digalakkan untuk dimakan semasa sedang mengandung.

Walaupun anda telah menguasai seni membuat sushi anda sendiri di rumah, ia lebih baik bagi ibu hamil untuk menjauhkan hidangan ikan mentah ini dari diet mereka semasa mengandung. 

Walaupun makanan laut yang dimasak mendapat “green light” daripada doktor, makanan laut dalam sushi kebanyakannya adalah mentah dan mudah mengandungi bakteria yang membahayakan.

3) Telur kurang masak dan mentah

Kredit Foto: Adobe Stock

Bakteria salmonella bukan sahaja boleh menyebabkan gejala keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah, tetapi ia juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan melemahkan sistem pertahanan badan.

Oleh itu, telur kurang masak atau mentah dianggap makanan yang terlarang ketika hamil. Sebab tu penting untuk Mama hanya makan telur yang sudah dimasak sepenuhnya.

4) Daging mentah

Kredit Foto: Adobe Stock

Ada juga daging atau ayam yang tidak dimasak sepenuhnya. Kalau Mama perasan, daging tersebut mungkin kelihatan kemerah-merahan terutamanya di bahagian dalam atau masih mengeluarkan darah.

Haa, maksudnya daging atau ayam tersebut tidak dimasak sepenuhnyalah tu!

Lauk berdaging separuh masak atau tidak dimasak dengan betul mengandungi parasit Taxoplasma yang boleh menyebabkan kecacatan pada perkembangan janin dalam kandungan.

5) Kerang mentah

Secara amnya, makanan seperti kerang mentah dan tiram boleh dimakan begitu sahaja. Namun, makanan ini dilarang ketika hamil. 

Ini kerana kerang dan tiram yang mentah mengandungi toksin berbahaya daripada bakteria atau virus yang menyebabkan simptom keracunan makanan. 

6) Susu yang tidak dipasteurkan

Kredit Foto: Adobe Stock

Susu yang belum dipasteurisasi (proses yang mensterilkan sebahagian susu dan memberikan jangka hayat yang lebih lama) boleh mengandungi bakteria yang mungkin membahayakan bayi dalam kandungan. 

Pastikan untuk memeriksa label susu tersebut sama ada telah menjalani proses pasteurisasi atau tidak sebelum membeli.

Oleh itu, sebagai alternatif, adalah lebih baik untuk Mama hanya minum susu yang disyorkan untuk ibu hamil sepanjang kehamilan.

7) Buah atau sayur yang tidak dicuci dengan betul

Sekiranya anda belum pernah menjadi peminat buah-buahan dan sayur-sayuran, kehamilan adalah masa yang tepat untuk menjadi “fans of the fruits”.

Walaupun buah dan sayuran segar patut menjadi pilihan utama bakal ibu, namun pastikan untuk anda mencuci semua buahan dan sayuran yang baru dibeli dengan teliti.

Ini kerana masih terdapat bakteria, serangga atau parasit pada permukaan buah-buahan tersebut.

Bilas dengan air selama beberapa minit, atau boleh juga gosok dengan berus lembut atau basuh buahan dan sayuran tersebut di dalam campuran air dan larutan cuka putih.

8) Minuman berkafein

Kredit Foto: Adobe Stock

Kafein boleh menyebabkan kesan yang mudarat jika diambil secara berlebihan oleh ibu mengandung.

Pakar mengesyorkan menghadkan kafein kepada kira-kira 200mg sehari. Awasi sumber kafein lain seperti coklat gelap dan soda juga.

9) Jus yang tidak dipasteurkan

Bukankah jus segar (tanpa gula tambahan) lebih sihat? Ia boleh, tetapi tidak untuk ibu mengandung. Sama seperti susu, jus dalam bentuk mentah segar yang diperah dan tidak melalui proses pasteurisasi adalah terlarang untuk ibu hamil.

Proses pasteurasilah yang akan membersihkannya dari bakteria dan bahan tercemar yang tidak diingini.

10) Teh herba

Kredit Foto: Adobe Stock

Teh herba mungkin kedengaran seperti bahan minuman yang selamat untuk diminium oleh ibu mengandung.

Tetapi, tak semua teh boleh diminum begitu sahaja seperti hari-hari biasa ya Mama.

Minuman teh herba tertentu seperti thyme, fennel, sage, dan malah teh chamomile (dalam kuantiti yang banyak) perlu dielakkan kerana ia merupakan perangsang keepada rahim. 

Teh herba dianggap sebagai minuman atau makanan yang dilarang ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan keguguran. 

Kredit Foto: Adobe Stock

Ingatkan selepas bersalin je kena pantang, semasa hamil pun kena pantang makanan jugak ya!

Bukan semua makanan tidak dibenarkan ketika hamil dan juga selepas bersalin ya Mama. Makanan-makanan di atas tidak digalakkan kerana ia mengandungi bakteria yang boleh memberi kesan pada kesihatan Mama dan janin dalam kandungan.

Jika Mama mengidam atau teringin sangat nak menjamah antara makanan di atas, pastikan Mama mengambil dalam kuantiti yang berpada-pada.

Yelah, mengidam bukan perkara yang boleh dibuat main bukan? Apa-apa pun, fikirkan anak dalam kandungan ya Mama.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.