Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Masalah Makan: Tidak Mahu Makan

Little girl eating

Masalah

Salah satu kemahiran yang si kecil anda mesti pelajari adalah menyuap makanan sendiri. Walaupun banyak perkara yang si kecil kita tidak boleh kawal buat masa ini, mereka pasti boleh kawal apa yang disuap ke dalam mulutnya.

Jadi, tidak terkejut bila si kecil anda memilih apa yang akan dimakan atau tidak akan dimakan. Si kecil anda mungkin akan makan satu atau dua makanan pilihan dalam masa berminggu-minggu, kemudian tiba-tiba mereka tukar fikiran dan mahu sesuatu yang berlainan. Jangan risau – ini adalah tingkah laku biasa anak kecil.

Apa yang boleh anda lakukan?

Anak anda memerlukan galakan dan struktur daripada anda tentang pemakanan (seperti hidangan biasa dan pilihan sihat). William Sears, pakar kanak-kanak dan penulis 23 buku tentang penjagaan anak, mengatakan sama ada dan berapa banyak anak anda makan, terpulang kepada anak anda. “Satu hari, anak anda mungkin akan makan dengan baik, dan tidak makan langsung keesokan harinya,” kata Dr. Sears, yang menulis buku The Family Nutrition bersama isterinya, Martha.

Daripada anda terlalu fokus kepada anak anda yang tidak mahu makan, lebih baik anda pertimbangkan apa yang telah si kecil anda makan dalam masa seminggu. Ibu bapa selalu terkejut untuk ketahui pengambilan makanan anak mereka, stabil!

Jangan risau: Selagi anak anda membesar dan beratnya bertambah sewajarnya, anda boleh yakin yang si kecil anda, makan secukupnya. Jika anda risau, dapatkan doktor anak anda untuk memeriksa carta pembesaran anak anda. Anda akan lega untuk ketahui, yang anda tidak perlu risau, sebenarnya!

Ini adalah tips untuk mengatasi kesukaran untuk memberi makanan kepada anak anda:

  • Beri pelbagai pilihan makanan sihat dan biarkan anak anda suap makanan sendiri. Ini dapat mengajar anak anda untuk berdikari.
  • Jangan ugut atau beri tawaran kepada mereka. “Satu suap lagi dan ibu akan berikan biskut”, membuat waktu makan menjadi perebutan kuasa. Jadikan waktu makan positif.
  • Makan bersama keluarga jika boleh. Bila si kecil anda melihat abang atau kakaknya makan makanan sihat, si kecil anda akan ikut sama.
  • Jangan paksa si kecil anda makan makanan yang mereka tidak suka. Anak kecil mengambil lebih masa untuk menerima rasa dan tekstur baru, jadi jika mereka mengeluarkan kembali kacang hijau, cuba lagi minggu depan.
  • Jangan lupa untuk pastikan anak anda tidak minum terlalu banyak semasa makan. Minum terlalu banyak susu atau jus boleh menghilangkan selesa makan, jadi anda dinasihatkan untuk beri mereka susu di antara waktu makan dan hadkan jus kepada tidak lebih daripada ½ ke ¾ cawah sehari. Jangan berikan jus kepada bayi yang berusia kurang dari 1 tahun. Susu dan jus 100% boleh memberi nutrisi penting (walaupun terlalu banyak jus bermakna terlalu banyak gula, dan jus buah kurang serat dan sesetengah nutrisi yang terdpat pada buah).
  • Dan jangan biarkan mereka kenyang dengan manisan dan makanan ringan – badan mereka yang membesar memerlukan nutrisi yang terdapat pada pemakanan sihat, bukan kalori kosong.

Vitamin Tambahan

The American Academy of Pediatrics mengatakan multivitamin harian tidak terlalu diperlukan jika si kecil anda makan pelbagai makanan. Tetapi jika mereka tidak banyak makan daging atau ikan, bijirin yang diperkaya zat besi, atau sayuran berwarna hijau gelap, mereka mungkin memerlukan zat besi tambahan. Cara terbaik untuk kenal pasti jika anak anda perlukan multivitamin harian atau tidak – adalah dengan membuat pemeriksaan doktor.

Dan sama ada doktor anda syorkan multivitamin atau tidak, anak anda masih perlukan sedikit vitamin D tambahan. Vitamin D membantu badan mereka menyerap kalsium dan fosforus, yang membina tulang.

Kebanakan multivitamins mengandungi vitamin D. Jika doktor anda mengesyorkan multivitamin, anak anda akan selalunya perlukan vitamin D tambahan.

 

Artikel dipetik daripada Baby Cente