Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ketahui 10 Punca Masalah Rumah Tangga Yang Boleh Membawa Kepada Perceraian

masalah rumah tangga

Sumber: Adobe Stock

Setiap pasangan yang sudah berkahwin dan hidup bersama tidak lari daripada menghadapi masalah rumah tangga.

Mungkin ia pertentangan pendapat yang kecil sahaja. Ada juga pertengkaran yang boleh membawa kepada perceraian.

Perkahwinan boleh menjadi mencabar bagi kebanyakan pasangan kerana ia melibatkan penggabungan hidup dan matlamat anda dengan pasangan anda.

Jika matlamat anda dan pasangan tidak sejajar, ditambah pula dengan komunikasi yang lemah, tentu perbalahan tidak dapat dielakkan.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Ketahui beberapa punca masalah rumah tangga yang biasa dikenalpasti supaya anda mampu menguruskan dan menyelesaikannya tanpa membuat keputusan yang akan dikesali kelak.

10 Punca Masalah Rumah Tangga Yang Boleh Dikenalpasti

1. Masalah Kewangan

Masalah kewangan adalah punca yang biasa bagi masalah rumah tangga. Kebanyakan pasangan akan bertengkar mengenai bil, hutang, perbelanjaan harian, dan isu kewangan lain.

Cara anda menangani masalah ini dalam perkahwinan anda akan memutuskan sama ada masalah tersebut akan memberi kesan yang negatif atau negatif kepada rumah tangga anda.

2. Anak-anak

Anak-anak juga boleh menjadi punca masalah rumah tangga, sama ada anda belum atau sudah mempunyai anak. Ia boleh disebabkan olah isu seperti salah satu daripada pasangan ingin mempunyai anak atau tidak, ataupun isu seperti cara membesarkan anak yang tidak disetujui oleh salah satu daripada pasangan.

Tambahan pula, dengan anak-anak kecil, pasangan ibu bapa tentu akan berasa lebih penat. Ini tentu akan memberikan lebih tekanan kepada sesebuah rumah tangga.

Sumber: Getty Images

3. Kurang Keintiman

Selepas berumah tangga dan semakin meningkat usia, kebanyakan pasangan tidak akan berasa seperti mula-mula bercinta dahulu. Walaupun bukan perkara yang perlu diutamakan, keintiman adalah sesuatu perkara yang masih penting dalam perkahwinan.

Masalah ini juga boleh berlaku apabila pasangan berada dalam hubungan jarak jauh.

Kekurangan keintiman dan waktu bermesra dengan pasangan anda boleh menjadi punca masalah rumah tangga dan kehilangan hubungan yang erat. Jika perkahwinan anda kekurangan keintiman, anda boleh pertimbangkan untuk berbincang dengan pakar terapi dalam isu ini.

4. Tanggungjawab Rumah Tangga

Selepas berumahtangga, anda dan pasangan anda perlu pandai untuk membahagikan tanggungjawab dalam kehidupan bersama, tak kisah suami mahupun isteri. Jika dulu anda mempunyai ibu bapa atau pembantu yang sering menolong dalam apa-apa urusan rumah, kini anda perlu saling membantu dengan pasangan anda pula.

Ramai pasangan bertengkar mengenai pengagihan urusan rumah dan cara melakukannya. Sebagai orang dewasa, setiap pasangan perlu pandai-pandai menguruskan setiap perkara secara saksama untuk mengelakkan perbalahan.

5. Keluarga Mertua

Ibu bapa mertua, adik-beradik pasangan anda, dan keluarga besar mereka semuanya boleh menimbulkan tekanan dalam perkahwinan. Anda perlu mengingati bahawa apabila anda memilih pasangan anda, anda memilih keluarga mereka juga.

Pasangan anda harus didahulukan dengan menunjukkan rasa hormat. Sebaliknya juga apabila keluarga anda tidak menunjukkan hormat kepada pasangan anda, anda perlulah pandai-pandai menguruskannya dengan baik dan tenang.

Jangan utamakan kemenangan, sebaliknya usahakan untuk perdamaian dan persetujuan di antara kedua-dua pihak.

6. Tabiat Yang Menjengkelkan

Setiap individu mempunyai tabiat mereka yang tersendiri. Sebelum berkahwin, anda mungkin tidak nampak tabiat-tabiat buruk pasangan anda. Tetapi setelah menduduki rumah bersama, anda tentu sudah tahu perangai dan tabiat pasangan anda.

Jika ada tabiat yang menjengkelkan, anda perlu bersama-sama mencari jalan penyelesaian dengan pasangan anda dan jangan berdiam diri sahaja. Jika tabiat buruk tersebut dapat dihentikan, ia semestinya suatu kemenangan bagi kedua-dua pihak, betul tak?

Sumber: Getty Images

7. Trauma

Trauma boleh datang dalam pelbagai bentuk, sama ada disebabkan oleh faktor di luar atau dalam perkahwinan. Sebagai contoh, salah seorang daripada pasangan boleh menjadi trauma daripada perbuatan curang pasangannya.

Walaupun telah dimaafkan, pasangan tersebut masih lagi membawa trauma tersebut yang boleh dicetuskan dalam apa-apa perkara kecil di masa hadapan. Jika masalah ini berterusan, anda dan pasangan perlu mendapatkan bantuan pakar terapi.

8. Tekanan Daripada Kerja

Sama ada salah satu atau kedua-dua pasangan bekerja, tekanan daripada perkerjaan boleh membawa tekanan kepada rumah tangga juga.

Untuk mengelakkan punca masalah rumah tangga ini daripada memudaratkan lagi hubungan anda, pastikan anda pandai menguruskan dan mengasingkan masalah kerja dan rumah tangga.

Jika anda tidak dapat membezakan tekanan kerja daripada rumah tangga, ia tentu akan membawa padah kepada salah satu atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Getty Images

9. Kurang Perhatian

Setiap individu memerlukan perhatian daripada orang yang disayanginya. Perhatian bukan sahaja terhad kepada kanak-kanak tau! Orang dewasa juga memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Kekurangan perhatian boleh datang dalam pelbagai bentuk. Seseorang pasangan mungkin selalu bermain dengan telefon bimbit, keluar dengan kawan-kawan, ataupun tidak mengendahkan hal kekeluargaan.

Ini boleh menimbulkan rasa dendam dan tidak puas hati dalam pasangan lagi satu. Dengan membicarakan hal ini dan berkomunikasi dengan baik, ia tentu boleh ditangani.

10. Jangkaan Yang Tidak Realistik

Apabila anda menjalinkan hubungan intim dengan seseorang, anda tentu mempunyai jangkaan yang tertentu. Iyelah, pasangan yang dipilih mesti ada kriteria-kriteria yang kita inginkan, betul tak?

Walau bagaimanapun, jika jangkaan tersebut tidak realistik, ia boleh menjadi punca masalah rumah tangga. Seeloknya, sayangilah pasangan anda tanpa apa-apa syarat.

Apabila anda terlalu meromantikkan perkahwinan, anda akan cenderung menjadi kecewa apabila jangkaan tersebut tidak dipenuhi. Bekerjasama untuk memenuhi tanggungjawab dan jangkaan yang lebih rasional.

Sumber: Getty Images

Masalah rumah tangga adalah perkara yang biasa dan boleh ditangani. Pasangan yang mampu bekerjasama dalam menyelesaikan konflik mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menyelematkan perkahwinan mereka.

Bagi mereka yang buntu atau keliru bagaimana untuk mengeratkan hubungan suami isteri yang semakin tawar, mungkin boleh cuba tips yang dikongsikan Puan Hana Halim ini.

Semoga membantu dan bermanfaat.