Bila anak buat perangai luar kawalan Mommy, kita sebagai ibu bapa terpaksa memberi mereka gajet untuk tenangkan mereka atau alihkan perhatian mereka. Tetapi kita juga selalu diingatkan bahawa yang memberi gajet pada anak-anak ni memudaratkan. Mengikut kajian,
“Pelajar sekolah rendah yang menghabiskan lebih daripada dua jam sehari menonton TV, main game atau menggunakan komputer atau telefon pintar lebih berkemungkinan mempunyai masalah emosi, sosial dan perhatian”
Sebenarnya banyak faktor berbahaya dan dalam artikel ni Dr Samhan akan memberi sebab-sebab yang munasabah kenapa beri gajet pada anak-anak ni bahaya.
Jom kita baca sampai habis.
10 Sebab Kenapa Gajet Bahaya Untuk Anak-Anak
Highlighted
#1 Bantut Tumbesaran Otak
Kajian oleh Universiti of Washington, sebelum kanak-kanak boleh bercakap, otak mereka membesar 3 kali ganda. Banyak proses pembelajaran berlaku sebelum usia 5 tahun. Gadget tidak diperlukan dalam perkembangan otak kanak-kanak dan boleh dilakukan melalui bercakap dengan mereka dan bacakan buku.
#2 Gangguan Sistem Kognitif
#3 Perkembangan Fizikal Terbantut
#4 Anak Lebih Agresif
Sesetengah permainan yang terdapat di internet mengambarkan seks, pembunuhan, penyeksaan & kecacatan yang boleh membuat kanak-kanak ganas dan agresif.
#5 Sukar Tidur
Skrin telefon mengeluarkan bluelight yang menggangu pengeluaran hormon melatonin iaitu hormon mengawal tidur dan bangun kita. Prof Dr Muhaya mencadangkan, sejam sebelum masa tidur,jauhkan anak-anak dari apa-apa gajet untuk mendapat tidur yang kualiti.
#6 Obesiti
Terlalu selesa bermain gajet yang sudah pasti hanya duduk diam dan menyebabkan anak kurang bergerak. Jika berterusan,risiko obesiti akan meningkat.
#7 Kurang Bersosial
Terlalu fokus dengan gajet hingga tidak hiraukan keadaan sekeliling. Tak hiraukan siapa yang datang dan tak dengar siapa yang tegur.
#8 Risiko Barah Otak
Radiasi telefon diklasifikasikan sebagai “Kemungkinan Karsinogenik Terhadap Manusia” oleh WHO. Lebih teruk, kanak-kanak menyerap lebih 60% radiasi ke dalam otak disebabkan kulit otak,tisu-tisu dan tulang yang lebih nipis.
#9 Ganguan Psikologi
Kanak-kanak yang menghabiskan lebih daripada 32 jam di depan skrin atau media lain lebih cenderung mengalami masalah psikologi. Ini termasuk kemurungan kanak-kanak, kecemasan, defisit perhatian dan tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah.
#10 Rosak Penglihatan
Kesan penggunaan gajet ke atas mata anak seperti pengliahatan kabur, rabun jauh, mata kering dan rosak saraf mata disebabkan sinar UV.
Doktor dah bagi 10 sebab ni Mommy, kena lah kita beringat-ingat sikit bila bagi anak-anak kita screen time. Bukan tak boleh Mommy, tapi berpada-pada dan bagi dalam moderasi sahaja. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba~
Kredit: Dr Ahmad Samhan
Dapatkan tips perkembangan dan kesihatan si manja di SINI.