Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Buah Mata Kucing VS Buah Longan: Cara Bezakan Kedua Buah Ini Yang Masih Ramai Orang Keliru

cara beza buah mata kucing dan buah longan

Kredit gambar: bambofoundation.org dan b.cari.com.my

Buah Mata Kucing VS Longan? Ramai orang yang sebenarnya tidak tahu perbezaan antara buah mata kucing dengan buah longan. Mommy mungkin ingatkan buah longan tu lah buah mata kucing.

Biasalah.. bila ke pasar, penjual akan cakap ni buah mata kucing. Padahal sebenarnya ia buah longan.

Buah Mata Kucing VS Longan

Jom, kita tengok beberapa perbezaan antara buah mata kucing dan buah longan ni:

#1. Tekstur kulit buah

Highlighted

Kredit gambar: planterandforester.com dan b.cari.com.my

Buah longan ni, kulitnya licin tau Mommy. Tak ada tekstur apa pada kulitnya. Berbeza dengan buah mata kucing, kulitnya menggerutu dengan tekstur yang timbul-timbul.

Ramai yang ingatkan kulit yang licin tu lah buah mata kucing. Bukan ya Mommy. Ni buah longan, yang biasanya diimport dari negara China atau Thailand.

Ini adalah perbezaan yang paling ketara antara buah longan dengan mata kucing.

#2. Warna isi buah

Kredit gambar: bambofoundation.org dan pasar.myhandyshoppe.com

Kalau tengok pada warna isi buahnya, Mommy akan perasan yang warna isi buah mata kucing sebenarnya nampak lebih jernih daripada isi buah longan.

Isinya seakan-akan transparent gitu. Kalau isi buah longan pula, ia lebih kepada warna putih dan tak nampak telus sangat. Ia lebih mirip dengan isi buah laici.

#3. Ketebalan isi buah

Kredit gambar: planterandforester.com dan bazaar.qniti.com

Bukan warna isinya je, buah mata kucing dan buah longan ni turut berbeza pada ketebalan isinya. Kalau buah mata kucing, isinya tak adalah tebal dan nipis sangat. Biasa-biasa je.

Tetapi kalau buah longan, Mommy akan perasan yang isinya memang tebal.

#4. Bentuk biji buah

Kredit gambar: planterandforester.com dan aynorablogs.com

Biji buah mata kucing dan buah longan pun berbeza. Biji buah mata kucing lebih lonjong dan memanjang.

Biji buah longan pula, lebih kepada berbentuk bulat gitu.

#5. Ketebalan kulit buah

Kredit gambar: bambofoundation.org dan pasar.myhandyshoppe.com

Selain daripada tekstur pada kulitnya, Mommy boleh juga bezakan buah mata kucing dan buah longan ni pada ketebalan kulitnya.

Kalau buah longan, nipis je kulitnya. Biasanya berdebu juga. Kalau kulit buah mata kucing pula, memang agak tebal.

Kopekkan kulitnya sedikit pun boleh bezakan dah pada ketebalan kulitnya ni.

Perbezaan Buah Mata Kucing Dan Buah Longan

Jadi, Mommy dah faham apakah perbezaan, buah mata kucing VS longan ni?

Sebenarnya, ketara je perbezaan buah mata kucing dan buah longan. Terutama pada tekstur kulit buah mata kucing, Mommy dah boleh bezakan terus, yang mana buah longan dan buah mata kucing. Jom tengok apa beza daun ketumbar vs daun sup pula?

Nanti nak membeli, bolehlah cuba tengok perbandingan pada tips yang kami berikan di atas ya?


Dapatkan tips berguna yang lain DISINI.