Tidak dinafikan, pembelajaran matematik banyak faedahnya untuk anak-anak kecil kita. Ia dapat mengajar anak kita untuk berfikir menggunakan logik dan merangsang otak mereka untuk berfikir.
Walaupun ada antara anak kita tidak gemarkan dengan mata pelajaran Matematik, namun, ia amat penting untuk pembelajaran dan kehidupan anak-anak Mommy di masa hadapan. Ia juga bergantung kepada cara mata pelajaran itu diajar. Jika dipaksa, mungkin lagi dibenci, jika ajar dengan penuh kesabaran, insyaAllah akan timbul minat mereka untuk belajar Matematik dengan lebih mendalam.
Dr Sheikh Muszaphar juga setuju dan sarankan agar kita tetapkan rutin belajar Matematik pada anak-anak. Nak tahu kenapa? Jom ikuti perkongsian beliau di bawah:
Berikut merupakan beberapa tips daripada Dr Sheikh Muszaphar yang aktif kongsikan nasihat parenting sebagai panduan ibu bapa.
Tetapkan Rutin Kepada Anak-Anak
Highlighted
“Adalah penting untuk melakukan Matematik setiap hari dengan Kanak-kanak. Ia membantu meningkatkan kapasiti fokus mereka. Lebih banyak mereka lakukan, lebih baik mereka menjadi. Amalan membuat sempurna”
Dengan amalan yang konsisten, anak-anak akan dapat menghasilkan jawapan dengan lebih pantas. Macam mana nak bagi mereka lakukan aktiviti ini secara rela dan bukan paksaan?
Jelasnya lagi,
Ia perlu dilakukan dengan cara yang menyeronokkan. Menggunakan ‘flashcards’ daripada sejak bayi ialah cara terbaik untuk melakukannya.
Macam Mana Nak Bagi Anak-Anak Fokus?
Nasihatnya lagi,
“Mulakan dengan Titik & Nombor. Cuba ‘flashcard’ bersaiz besar, direka untuk bayi hingga kanak-kanak berumur 0-5 tahun. Terdiri daripada 13 kategori, Titik, Nombor dan Gambar”.
Sekiranya Mommy masih ragu-ragu atau tidak pasti tentang kebaikan flashcards pada anak-anak, berikut merupakan perkongsian dan penjelasan Encik Aqil pula.
4 Kebaikan ‘Flashcards’ Untuk Anak-Anak
Sebelum kita mengajar dengan menggunakan ‘flashcards’ pada anak-anak kita, sebagai ibu bapa kita harus fahamkan dahulu kemampuan anak kita boleh diajar menggunakan ‘flashcards’ dan kebaikannya.
- Dalam 6 tahun pertama, kanak-kanak mempunyai minda hebat untuk yang menyerap maklumat dengan baik.
- Pembelajaran menggunakan “flash card’ boleh membantu merangsang perkembangan kedua-dua otak kanak-kanak.
- Otak kiri ditajamkan melalui bahasa, manakala otak kanan dapat diperkukuhkan melalui gambar.
- Oleh itu, “flash card” boleh membantu untuk mencapai perkembangan otak bayi anda secara keseluruhan dengan merangsang kedua-dua auditori visual pada masa yang sama.
- Melatih memori
- Latihtubi
- Mengenal pasti objek
- Aktiviti TPR (Total Physical Response)
Sekarang Mommy pun dah tahu apa kebaikan ‘flashcards’ ni. Pastikan anak-anak faham dan terangkan konsep matematik supaya mereka lebih faham dengan kepentingan matematik.
Jenuh betul nak mengajar anak kita kan? Tetapi dengan tips yang diberi ini mudah-mudahan dapat meringankan beban Mommy.
Memang bukan mudah untuk mengajar anak-anak tetapi dengan tips yang diberi oleh Dr Sheikh Muszaphar, mungkin mereka akan lebih bersemangat selepas ini. Sangat kagum dengan anak-anak Dr Sheikh Muszaphar, tak perlu kira dengan menggunakan tangan pun, wow!
Kredit: Instagram Dr Sheikh Muszaphar & Facebook Aqil Adam Store