Kajian baru menunjukkan kurang menonton televisyen boleh hidup lebih lama
Duduk di hadapan televisyen sememangnya menyenangkan, tetapi dengan menghabiskan masa di depan kaca tv mampu mengurangkan jangka hayat anda.
Itu apa yang telah dikaji oleh pengkaji dari Australia apabila mereka mengkaji purata bilangan manusia yang menonton TV adalah melebihi 11,000 orang dengan umur 25 tahun ke atas. Kajian mendapati apabila seseorang menonton lebih kurang 6 jam sehari, purata jangka hayat mengurang sebanyak 4.8 tahun berbanding dengan orang yang tidak menonton. Malah, setiap masa penonton yang berumur 25 tahun ke atas dikaitkan dengan jangka hayat berkurang 22 minit.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Apa yang terjadi?
Lagi lama anda menonton televisyen, fizikal anda akan menjadi kurang aktif. Dan jika anda kurang bersenam, akan akan lebih cenderung untuk mengalami penyakit diabetes atau masalah jantung.
Lennert Veerman ialah penulis kajian, yang diterbitkan di British Journal of Sports Medicine. Veerman bekerja di University of Queensland. Dia mengakui bukan sahaja dengan menonton TV dapat memendekkan jangka hayat, malah iklan makanan ringan juga menggalakkan diet yang tidak sihat. Tetapi Veerman menyatakan malah kaitan menonton TV dengan lama dan jangka hayat berkurangan masih berterusan, walaupun selepas diet yang betul telah dipertimbangkan.
Veerman juga menyatakan ini juga tidak mustahil bagi doktor untuk menanyakan pada pesakitnya berapa lama dihabiskan dengan menonton TV, ini menjadi faktor kepada risiko masalah kesihatan, sepeerti kurang bersenam dan diet yang tidak sihat.
Veerman berpendapat jika seseorang itu prihatin terhadap masalah itu, dia akan terus matikan tv dan bangun dari sofa itu. “Bersenam itu bagus” katanya, “dengan senaman yang ringkas sahaja juga mampu memulihkan kesihatan.”
Artikel ini dipetik daripada www.timeforkids.com