Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Awas Mommy! Take Note Tips Keselamatan Ini Apabila Memasak Dengan Anak Kecil

Memasak dengan anak kecil memang seronok kerana dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama mereka.

Tambahan pula, anak Mommy sejenis yang rajin dan minat untuk memasak di dapur. Bukan semua benda kita boleh bagi si kecil buat tau Mommy!

Keselamatan anak adalah utama, kadang-kadang mereka ni suka bermain dan bergurau tanpa had.

Ini pasti akan mendatangkan masalah buat ibu bapa terutamanya ketika berada di dapur kerana tempat ini mempunyai banyak barang dan objek yang berbahaya.

Tips Keselamatan Memasak Dengan Anak Kecil

Highlighted


1. Simpan barang berbahaya di tempat yang selamat

Mommy perlu memastikan bahawa barangan berbahaya telah disimpan di tempat yang paling selamat dan sukar dicapai oleh anak anda. Antara tempat yang selamat untuk menyimpan barangan berbahaya adalah dalam kabinet, laci atau almari.

Antara barangan berbahaya buat anak anda di dapur termasuklah:

  • Pinggan atau mangkuk kaca
  • Cawan atau gelas kaca
  • Pisau, gunting dan peralatan tajam lain
  • Cerek, periuk dan kuali
  • Mesin pengisar, pembakar roti dan pengisar
  • Makanan mentah

2. Pastikan dapur masak selamat

Dapur masak adalah peralatan di dapur yang paling berbahaya buat kanak-kanak. Tidak kira ia dijana oleh elektrik atau gas, kedua-duanya akan mendatangkan bahaya buat anak Mommy.

  • Jauhkan dapur masak daripada objek yang mudah terbakar seperti kain langsir, tuala dan lain-lain daripada dapur masak.
  • Jangan letak cerek di atas dapur masak setelah selesai masak air. Sebaliknya, simpan ia di tempat yang sukar dicapai kanak-kanak.
  • Begitu juga dengan mesin pengisar, ketuhar atau pembakar roti. Pastikan anda menutup kembali aliran elektriknya selepas digunakan.

3. Simpan semua peralatan mencuci di tempat sepatutnya

Simpan kesemua peralatan mencuci di laci, kabinet atau almari yang dikunci.

Peralatan mencuci seperti sabun pencuci pinggan mangkuk berisiko kepada anak anda jika mereka menelan mahupun menyentuhnya.

Oleh itu, simpan ia di tempat yang selamat.

4. Jauhkan anak daripada benda yang panas 

Biasakan diri supaya memusingkan pemegang atau tangkai periuk ke dalam, berjauhan dari hujung meja.

Jangan sekali-kali makan, minum, bawa atau menyediakan makanan atau minuman panas sambil mendukung bayi.

5. Pastikan penggunaan alat masak yang tidak berbahaya 

Berikan peralatan masak yang ringan dan plastik untuk si kecil untuk mengelakkan kecederaan pada mereka.

6. Sentiasa awasi anak kecil

Mommy perlu sentiasa memerhatikan si kecil ketika berada di dapur bersama mereka. Jangan biarkan tanpa sebarang pemantauan!

Tegah mereka daripada menyentuh segala peralatan yang berbahaya dan yang mempunyai arus elektrik.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk Mommy yang sering memasak bersama anak kecil di dapur.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan lebih banyak artikel dan tips yang menarik di SINI.