Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ikut 5 Tips Hebat Ini untuk Menangani Anak Yang Suka Memberontak

memberontak

Kredit gambar: linksehat.com

Anak adalah anugerah yang terindah bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun disebalik rezeki yang dikurniakan mempunyai cabaran dan ujian yang perlu dipikul oleh Mommy dan Daddy.

Setiap anak mempunyai watak dan ragam tersendiri. Daripada zaman mereka bayi sehingga meningkat dewasa, setiap tingkah laku mereka berbeza. Sikap meragam atau memberontak adalah satu fitrah bagi anak-anak.

Namun sikap sebegitu membuatkan Mommy dan Daddy menjadi runsing. Terdapat beberapa punca anak-anak yang suka memberontak ini. Mommy dan Daddy perlulah mengetahui cara yang terbaik untuk mengatasi anak-anak yang mempunyai sikap begini.

Tanpa membuang masa, jom kita ketahui punca dan tips untuk menangani anak yang suka memberontak melalui perkongsian di bawah!

Punca Anak Memberontak dan Cara Mengatasinya

Highlighted

Kredit gambar: www.hmetro.com.my

#1. Kekurangan Aktiviti

Sifat anak-anak ini adalah suka akan permainan dan mereka tidak boleh duduk diam dalam satu tempoh yang lama.

Zaman kanak-kanak adalah bermain, jadi jika mereka kekurangan aktiviti untuk dilakukan anak-anak ini akan mencipta suatu keadaan untuk tidak membosankan diri sendiri.

Pelbagai tindakan yang akan dilakukan seperti menjerit, membuat bunyi haiwan dan menangis tanpa sebab.

  • Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menyediakan pelbagai bahan permainan,bacaan dan aktiviti mewarna atau melukis yang menarik. Mommy dan Daddy juga boleh membuat satu projek seni atau projek sains bersama dengan anak-anak.
  • Sebagai contoh, menanam pokok taugeh dan daun bawang. Setiap pagi Mommy dan Daddy boleh meminta anak-anak mencatat pertumbuhan pokok tersebut.
  • Dengan aktiviti begini menyebabkan masa mereka dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah. Di samping itu, Mommy dan Daddy juga boleh bersama-sama mengajar anak untuk menyiapkan kerja sekolah mereka.

#2. Melawan untuk Mendapat Perhatian

Kredit gambar: www.fimela.com

Bagi anak-anak yang tidak dapat mengikuti kehendak Mommy dan Daddy akan memberontak supaya kemahuan mereka dapat diikuti. Anak-anak akan meminta perhatian daripada Mommy dan Daddy. Selain itu, tindakan anak-anak yang memberontak ini merasakan diri mereka tersisih dan kurang perhatian.

Kejadian anak-anak meragam ini, boleh dilihat di tempat membeli belah. Selalunya, anak-anak ingin membeli patung atau barang permainan yang sudah dimiliki di rumah. Kebanyakkan Mommy dan Daddy menghalang kehendak sebegini.

  • Untuk menangani keadaan ini, mommy atau daddy perlu menerangkan dengan baik kenapa tidak boleh membeli barangan tersebut dan menukarkan dengan makanan yang disukai atau benda yang belum dimiliki. Jika cara tersebut tidak boleh mendatangkan kesan, Mommy dan Daddy boleh memberi tawaran atau pilihan kepada anak-anak.
  • Sebagai contoh, jika awak mahu permainan ini, Mommy dan Daddy tidak akan lagi membawa awak ke tempat ini dan kita tidak lagi bermain di taman permainan. Bagi anak-anak yang meningkat usia remaja teguran haruslah berbeza.
  • Mommy dan Daddy perlu menegur di tempat tidak ramai orang atau di dalam bilik mereka supaya tidak menjatuhkan air muka mereka.
  • Mommy dan Daddy hendaklah sentiasa mendoakan anak-anak supaya mereka menjadi anak-anak yang lembut hati dan mendengar cakap.

#3.Pergerakan yang Terhad antara Punca Anak Memberontak

Anak-anak yang lasak dan aktif tidak suka dikawal terutama anak-anak yang meningkat dewasa. Mereka lebih suka bertindak mengikut cara tersendiri. Sebenarnya anak-anak ini bijak dan kreatif. Mereka mempunyai idea dan pandangan tersendiri. Anak-anak seperti ini banyak mengajar Mommy dan Daddy erti kesabaran.

  • Cara untuk menangani anak seperti ini adalah dengan menunjukkan video kecederaan jika berlari di tempat yang berbahaya dan rajin bercerita kepada anak-anak perkara yang membahayakan jika tidak dengar arahan Mommy dan Daddy.
  • Namun sekali sekala Mommy dan Daddy perlulah bermain bersama anak-anak agar mereka dapat rasa kasih sayang itu.
  • Mommy dan Daddy juga boleh menyediakan jadual waktu bermain untuk anak-anak. Dengan cara ini, dapat mendisiplinkan dan mendidik anak-anak supaya mereka dapat menggunakan waktu dengan baik.

#4.Anak Tidak Boleh Mengungkapkan dengan Perkataan

Kredit gambar: www.hmetro.com.my

Anak-anak yang berusia 2 hingga 3 tahun masih belum boleh bercakap dengan baik, jadi anak-anak ini akan mudah memberontak. Mereka menunjukkan bahasa badan jika hendak sesuatu. Sebagai contoh, jika anak itu berasa lapar dan tidak sihat badan. Mereka akan menangis atau meragam.

  • Bagi mengatasi permasalahan ini, Mommy dan Daddy perlulah peka waktu makan anak-anak dan memberi makanan yang berkhasiat.
  • Selain itu, membawa anak-anak ke kawasan persekitaran yang bersih dan selesa. Mommy dan Daddy perlu mengajar anak-anak ini dengan menunjukkan bahasa badan yang mudah difahami, contohnya menunjukkan syarat hendak makan dengan menunjukkan jari jemari ke arah mulut.

#5. Gangguan Menentang Pembangkang

Kredit gambar: findyourmomtribe.com

Gangguan ini menyebabkan anak tersebut mudah marah, mengamuk dan mudah terganggu. Keadaan ini selalunya berlaku pada anak-anak 12 tahun ke bawah. Anak- anak seperti ini tidak boleh berkasar dengan mereka dan perlu membangkang sesuatu permintaan mereka dengan lemah lembut.

Gangguan yang dihadapi menyebabkan mereka menjadi sensitif. Anak seperti ini, mereka bukanlah anak yang degil, tetapi kematangan pemikiran mereka belum dicapai. Mommy dan Daddy tidak perlulah risau kerana ini adalah gangguan sementara. Apabila mereka sudah meningkat dewasa keadaan ini akan beransur pulih.

  • Cara untuk menangani masalah ini, dengan mengusap di belakang atau di kepala mereka dan bercakap dengan nada yang lemah lembut.
  • Mommy dan Daddy juga boleh memeluk anak ini sambil memberi nasihat yang baik. Tidak boleh menjerit atau meninggikan suara untuk menasihati mereka.
  • Bagi anak perempuan perlulah memandang ke arah muka dan mata mereka apabila bercakap. Anak perempuan lebih mudah tersentuh dengan kata- kata dan tingkah laku yang kasar, jadi perlu memandang wajah mereka dengan penuh kasih sayang.

Semoga tips yang diberi memberi manfaat kepada para pembaca. Mommy juga boleh daftarkan anak mommy ke program “Super Kids” oleh Motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti menarik. Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan Super Kids Activity Box Percuma, akses tanpa had ke pelbagai bengkel dan juga antara yang pertama mendapatkan diskaun serta tawaran terkini daripada Motherhood.com.my

Sertai Super Kids bersama Motherhood.com.my sekarang!


Dapatkan pelbagai lagi info dan tips keibubapaan menarik yang lain di SINI!