Mendidik bayi bulan ke bulan dengan mainan dan permainan yang boleh membantu membina otak yang kuat tanpa lebih merangsangkan deria si manja anda.
Selepas lahir ke 1 bulan
Untuk menjaga dan dilayan dan memberikannya permulaan pada pembelajaran, anda mungkin telah membeli beberapa barang untuk pembelajaran seperti video, rak yang penuh dengan buku atau mainan elektronik yang terbaru. Apapun anda berfikir memberi anak anda dengan permulaan yang bijak dalam jidup tidak akan cederakannya. Tetapi sebenarnya, terlebih merangsang anak anda akan memberi keburukkan. Selain itu, memaksanya bermain atau melakukan aktiviti di luar kawalannya boleh meningkatkan tahap tekanan hormone kortisol beliau, yang mengganggu keupayaan otak untuk berfungsi dengan baik, kata penasihat keibubapaan Craig Ramey, Ph.D., penulis bersama “ Right From Birth: Building Your Child’s Foundation For Life.”
Tetapi ada cara yang senang untuk memastikan bayi anda memperolehi amaun yang cukup untuk rangsangannya: ikut syarat beliau. Kajian menunjukkan bayi sudah pra diprogramkan untuk mencari aktiviti yang betul mereka perlukan, dan penuhi rumah anda dengan pemandangan dan bunyi yang sesuai dengan umurnya dan biarlah dia memutuskan apa yang dia ingin lakukan.
Apa bayi anda akan belajar: Bayi anda mengharap pada anda sepenuhnya, jadi perkara yang penting untuk bayi anda belajar adalah pada 4 minggu pertama untuk percayakan anda, kata Alison Gopnik, Ph.D.,penulis bersama “The Scientist in The Crib”
Perangsang otak: Berikan anak anda perhatian tidak berbelah bahagi, ayat yang lembut, dan sentuhan yang penyayang, dan cepat bertindak balas apabila bayi anda menangis. Memberi jaminan akan membantu bayi anda memahami bahawa dunia ini adalah tempat yang selamat.
Sentiasa ingat: Bayi anda sudah selesa apabila berada di rahim anda,dan apabila berada di dunia luar adalah tempat tidak dikenali. Jangan terdedah bayi anda pada rangsangan luar, seperti lampu terang dan bunyi yang kuat.
klik disini untuk dapatkan barangan bayi yang murah
1 ke 3 bulan
Apa bayi anda akan belajar: Bayi anda mula memahami bahawa orang dan perkara yang wujud, dan ia berasingan daripada dia dan antara satu sama lain. Bayi anda mampu mengikut objek yang bergerak dengan dekat, dan mengenalpasti bunyi yang tertentu dimana datangnya. Seperti suara anda dan dimana datangnya suara tersebut.
Perangsang otak: Letakkan mudah alih berdekatan ditempat tidurnya,meletakkannya bayi anda pada posisi tengkurap pada tilamnya untuk bermain dan biar dia melihat pada cermin yang sukar dipecahkan: dia akan terpersona pada apa-apa yang bergerak. Pada usianya 8 minggu dia akan mula melihat corak papan mainan dam.
Sentiasa ingat: Mainan dengan lampu, loceng, dan wisle mungkin tidak seronok untuk bermain pada usianya, jadi bermain mainan yang ringkas. Saingan bunyi (seperti pembersih vacuum ) mungkin akan memberikan tekanan padanya.
4 ke 6 bulan
Apa bayi anda akan belajar: Dia akan memikirkan bahawa tindakan beliau boleh diramalkan: apabila dia mengoncangkan rattle,ia mengeluarkan bunyi ; apabila dia senyum, anda balas senyumanya balik. Bayi anda juga sedang membangunkan keupayaan mendapat maklumat daripada dua deria pada masa yang sama ( seperti melihat anda bercakap kepadanya sambil mendengar suara anda).
Perangsang otak: Beri peluangnya kepadanya untuk membuat sesuatu. Dia akan terpegun dengan benda yang kecil yang dia capaikannya – kunci plastic, bola lembut yang ada loceng didalamnya. Dia juga suka mendengar muzik apabila dihidupkan permainannya dan akan tertarik kepada mainan yang menghasilkan bunyi dan nyalaan lampu.
Sentiasa ingat: Pastikan lawatan daripada keluarga dan rakan-rakan adalah singkat: bayi 4 ke 6 bulan akan terhibur dengan beberapa social interaksi, tetapi mereka boleh mendapat perangsang yang terlalu banyak. Anda juga harus mencuba untuk mengekalkan rutin hairan yang konsisten untuk mengelakkan kekecohan.
klik disini untuk mencari barangan bayi
7 ke 8 bulan
Apa bayi anda akan belajar: Kemahiran motor halus meningkat pada usia ini, dia akan mendesak untuk memeriksa apa-apa yang ada di tangannya, kata Dr. Ramey. Ia juga permulaan baginya buat kali pertama bahawa kata-kata mempunyai makna yang tertentu; dia akan mula memahami yang paling biasa dia dengari.
Perangsang otak: Berikannya banyak mainan yang mempunyai teksturyang boleh dimanipulasikan dan pegang. Mula memberitahunya pelbagai nama sebanyak mungkin apabila dia bermain benda tersebut.
Sentiasa ingat: Sentiasa katakan tidak akan menghalang cintanya pada penerokaan. Jadi pastikan letak barang-barang yang bahaya atau objek mudah pecah di tempat yang selamat dan jadikan persekitaran yang selamat untuk bayi .
9 ke 12 bulan
Apa bayi anda akan belajar: Dia akan mengintegrasikan semua deria dan kemahiran motor untuk mengatahui bagaimana ia berfungsi. Kata William H. Staso, Ph.D, penulis “Neural Foundation: What Stimulate Your Baby Needs To Become Smart,” tambahan pula kefahaman beliau akan berkembang.
Perangsang otak: Bergerak dan sangat ingin tahu, bayi anda perlu mampu untuk terokai tanpa sekatan. Biarkan dia buka dan tutup pintu cabinet, kosongkan laci, letakkan barang ke bakul ( dalam pemerhatian yang dekat); aktiviti ini dapat berkembang kemampuannya untuk memproseskan maklumat. Selain itu, tingkatkan kata-katanya dengan menceritakannya semasa anda bermain sama (“ kita sedang membina menara dengan blok”) dan selalu membaca padanaya.
Sentiasa ingat: Pakar mengatakan bahawa menggunakan nada nyanyian ibu secara semula jadi untuk berkomunikasi membantu bayi berlajar bagaimana untuk bercakap dan faham.
klik disini untuk dapatkan barangan bayi yang murah
Dicetak semula dengan kebenaran daripada isu Disember 2003 majalah Ibu Bapa.
Semua kandungan di laman Web ini, termasuk pendapat perubatan dan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan kesihatan yang lain, adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai diagnosis tertentu atau pelan rawatan untuk sebarang keadaan individu. Penggunaan laman web ini dan maklumat yang terkandung di dalam ini tidak mewujudkan hubungan doktor-pesakit. Dapatkan nasihat terus doktor anda sendiri yang berkaitan dengan mana-mana soalan atau isu-isu yang anda mungkin telah mengenai kesihatan anda sendiri atau kesihatan orang lain.
Ditebitkan daripada Parents.com