Bagi orang muslim terutama mereka yang suka musafir, mencari arah kiblat di rumah atau tempat persinggahan dengan tepat adalah sangat penting.
Apatah lagi jika Mommy tersalah kedudukan arah kiblat di mana satu atau dua darjah berganjak dari arah kiblat menyebabkan Mommy tersasar lebih kurang 126 kilometer daripada Kaabah.
Oleh itu, bagi membantu Mommy mengetahui dan membetulkan semula kedudukan arah kiblat yang tepat di bawah ini kami telah berkongsi cara-caranya. Jom kita lihat!
Cara Mencari Arah Kiblat Di Rumah
#1. Mencari Arah Kiblat Dengan Kompas
Antara cara lain mencari arah kiblat adalah dengan bantuan kompas, Mommy sudah boleh menentukan arah kiblat dengan tepat dan cepat.
Namun begitu, Mommy perlu tahu terlebih dahulu cara untuk menggunakan kompas magnetik dan penggunaan sudut kiblat pada kompas tersebut.
Caranya adalah:
- Pertama sekali, pegang kompas di tangan Mommy selari dan rata ke tanah atau boleh juga diletakkan di atas permukaan yang rata. Hal ini bagi membolehkan jarum kompas bergerak dengan bebas.
- Anda akan melihat jarum atau penunjuk merah kompas yang hadapannya sentiasa menunjuk ke utara magnet (N). Manakala bahagian belakangnya pula adalah ke arah selatan.
- Untuk mencari arah Kiblat yang berada di arah barat (W), anda perlu putar kompas tersebut sehingga jarum menunjukkan ke arah barat (W).
#2. Gunakan Teknologi Canggih
Sehingga sekarang, terdapat pelbagai aplikasi canggih yang dibina untuk memudahkan Mommy mencari arah kiblat contohnya seperti Athan Pro.
Aplikasi ini menggunakan GPS dan kompas yang terbina dalam untuk menghala ke arah yang tepat tidak kira di mana pun Mommy berada. Malah, ia juga akan mengira arah yang paling dekat dengan kiblat.
#3. Gunakan Jam Tangan Analog
Mommy boleh menggunakan jam jenis analog jika tidak mempunyai kompas, telefon bimbit atau rangkaian telefon Mommy bermasalah atau tidak boleh dicapai.
Caranya adalah dengan mencari hemisfera utara Mommy perlu pegang jam tangan anda secara mendatar, dan halakan jarum jam ke arah matahari.
Arah yang terletak di tengah-tengah antara jarum jam dan 12 jam pada jam tangan Mommy ialah selatan. Melaluinya, Mommy boleh menentukan arah lain dengan sangat mudah.
Manakala untuk hemisfera selatan pula, Mommy perlu pegang jam tangan secara mendatar, dan arahkan tanda pukul dua belas ke arah matahari. Arah yang terletak di tengah-tengah antara pukul 12 dan jarum jam adalah utara.
#4. Menggunakan Bayang Matahari
- Mula-mula Mommy perlu mencari tanah yang rata dan sebelum tengah hari, letakkan sebatang kayu atau objek menegak lain yang tingginya kira-kira 3 kaki atau lebih kurang 1 meter.
- Kemudian buat tanda pada tanah di hujung bayang.
- Garisan yang terhasil adalah barat ke timur, dengan titik pertama adalah barat, kedua adalah timur.
Namun perlu diingat bahawa matahari terbit dan terbenam di tempat yang berbeza bergantung pada masa tahun (musim panas vs musim sejuk) dan lokasi anda di dunia.
Selain itu, mencari arah menggunakan matahari menjadi kurang dipercayai apabila anda berada lebih dekat dengan garisan khatulistiwa.
#5. Gunakan Matahari
Selama beribu tahun, para pelayar telah bergantung pada matahari untuk mengetahui arah kedudukan mereka dan hanya dengan mengetahui di manakah arah matahari terbit dan terbenam, Mommy sudah boleh mengetahui arah kiblat.
Semoga dengan perkongsian ini Mommy dapat mengetahui dengan jelas mengenai kedudukan arah kiblat. Bolehlah Mommy kongsikan artikel ni denagn Daddy jugak tau.
Bagi Mommy yang suka bermusafir, boleh pelajari cara-cara solat jamak dengan merujuknya di SINI!