Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Akibat Menegur Rakan Sebar Video Lucah Membawa Tragedi Buruk! Ketua Kelas ‘Lumpuh’ Ditendang Kuat Secara Curi Di Kepala

Kes buli di kalangan pelajar sekolah sangat membimbangkan. Baru-baru ini sahaja seorang remaja lumpuh akibat kes buli.

Menurut perkongsian yang telah dimuat naik di facebook Malik ElFikry, ibu kepada adik Fikry memberitahu anaknya telah ditendang kuat di kepala hanya kerana menegur rakan sekelasnya menyebar video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Ibu kepada mangsa mendakwa, beliau mendapat panggilan daripada warden asrama menyatakan anak jadi paralyzed dan tak dapat menggerakkan badan kerana ada budak telah menendang kepalanya.

Menurut ibu mangsa, “Sebagai ketua kelas, Fikry telah bertindak dengan menegur kawan sekelasnya yang menyebarkan video lucah ke dalam group Whatsapp sekolah, telah menerima padah apabila dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi) oleh rakannya”.

Tambahan ibunya lagi, anaknya tidak suka sebarang bentuk keganasan, konfrontasi dan kekerasan. Jiwanya penuh empati hasil didikan dari kecil bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, Orang Asli dan golongan vulnerable.

Alhamdulillah, mujur Allah pelihara Fikry.  Doktor mengatakan bahawa kalau tendangan tu kena bahagian bawah sikit maka akan lebih parah. Keadaan adik Fikry sekarang sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki! Namun ujian MRI perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.

Laporan polis telah dibuat untuk siasatan lebih lanjut. Ibu kepada Malik ElFikry meminta orang ramai untuk sama-sama mendoakan kesembuhan sepenuhnya dan jauh dari segala mudarat.

Kes buli bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan oleh semua pihak! Elakkan tradisi ini di dunia persekolahan mahupun di dunia luar.

Semoga perkongsian daripada ibu Fikry, dapat memberikan pengajaran dan iktibar kepada semua masyarakat diluar sana tentang bahaya buli.

Apa itu Buli? Pantau Anak Anda Dari Kes Buli 

Highlighted


Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse).

Bentuk Buli melibatkan penderaan lisan, serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan seksual.

Punca Yang Menjadi Gejala Buli Dalam Kalangan Sekolah 

Antara punca yang menjadi gejala buli yang melibatkan kanak-kanak membuli rakan yang lain adalah:

  • Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
  • Pengaruh buruk dari televisyen dan media
  • Kurang kasih sayang
  • Kurang didikan agama
  • Masalah dalam keluarga
  • Menujukkan kekuasaan
  • Untuk keseronokan

Buli bukan sahaja berlaku pada golongan dewasa, tetapi hari ini kanak-kanak dan remaja sudah mula menunjukkan perwatakan yang tidak baik akibat daripada pelbagai masalah atau tekanan yang dihadapi.

Pastikan Mommy sering menanyakan keadaan anak-anak ketika pulang dari sekolah dan mengambil berat terhadap mereka. Hubungan yang baik diantara ibu bapa dan anak dapat memudahkan mereka untuk berkongsi cerita dan aktiviti harian mereka.

Langkah Mengatasi Gejala Buli Di Sekolah

Bagi mereka yang sering menjadi mangsa buli hendaklah berani untuk bersuara kepada pihak sekolah atau ibu bapa bagi membendung permasalahan ini terus menerus berlarutan.

Ini ada beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi gejala buli di sekolah anak Mommy.

  • Jangan layan pembuli
  • Jauhi diri anda apabila berhadapan dengan mereka
  • Memberitahu pihak sekolah dengan segera
  • Elakkan membalas dengan keganasan semula
  • Bersikap berani dihadapan pembuli

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pengajaran kepada anak-anak serta ibu bapa diluar sana. Buli membawa padah!

Lindungi yang tersayang dan berikan perhatian yang secukupnya kepada mereka.


Dapatkan lebih banyak berita dan isu semasa terkini di SINI.