Pada satu malam, saya makan sushi dan minum gelas jus yang berharga $5 dengan seorang kawan saya, termasuk dua orang anak kecil kami. Setiap bulan atau lebih, kami akan cuba untuk meluangkan masa bersama anak perempuan kami pada jam 5.30 petang dan keseluruhannya malam itu adalahsungguh seronok sekali. Anak-anak kami sungguh gembira sekali sambil tertawa kecil dan semua bunyi dari arah mereka yang sedang mengarap cengkerang ‘edamame’, menjilat kicap dari jari-jari mereka dan menelan nasi dengan kuantiti yang banyak. Kawan saya dan saya dengan sedaya upaya-nya telah memberhentikan mereka daripada berkelakuan yang tidak sopan, membahagikan mereka pelekat dan makanan ringan.
Kami telah berkongsi cerita mengenai kehidupan seharian kami, seperti kerja, keluarga dan rakan-rakan di mana kami para ibu menghadapi perkara yang sama. Anda semua tahu apa yang berlaku?
“”klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!””
Dalam setengah jam selepas makanan kami sampai, anak-anak kami telah makan dengan bersepah dan tiba-tiba seorang pelanggan yang kelihatan tidak berpuas hati dengan gelagat anak kami telah menghampiri kami untuk memberitahu kami bahawa jika kami tidak boleh mengawasi dan mengawal anak-anak kami maka jangan bawa mereka kemana-mana. Kami pun tiba-tiba terfikir ada ke ibu bapa yang dapat mengawal anak-anak mereka yang sedang membesar dalam lingkungan umur 2 tahun?. Sudah pasti tidak, melainkan ada satu kuasa sakti yang dapat mengawal mereka.
“”klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!””
Saya menghelakan nafas dan berkata, “Saya fikir mereka mungkin mempunyai hak di restoran ini sebagaimana orang lain mempunyai hak. Saya terfikir bahawa orang tersebut berkemungkinan sedang marah terhadap orang lain akan tetapi dia melepaskan kemarahannya kepada kami dan anak-anak kami dengan memberi alasan bahawa kami tidak memberikan perhatian kepada anak-anak kami yang membuat masalah. Akan tetapi dia memberitahu kami bahawa anaknya seorang pelajar di Harvard. Adakah dia sedang menunjuk-nunjuk kehebatan anaknya? Secara peribadi, saya fikir: anak-anak perempuan kami cukup pandai sekali, akan tetapi sekarang mereka cuma mengenal Mickey Mouse itu sebagai kartun bukan sebagai tetikus komputer. Kemudian dia beransur pulang dengan menunjukkan isyarat lucah kepada kami dan saya telah membalasnya yang sama.
“”klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!””
Kawan saya dan saya memandang satu sama lain, ketegasan dalam keengganan kami untuk menerima hakikat bahawa ini sebahagian daripada kehidupan pada masa kini dan ianya pasti akan berlaku lagi di masa hadapan. Saya berasa menjengkelkan akan tuduhan yang dilemparkan kepada kami dan untuk para ibu atas apa yang kami lakukan. Saya pasti bahawa apabila suami kami mengambil tugas untuk menjaga anak kami, perkara ini pasti tidak akan berlaku kepada mereka. Saya tertanya-tanya juga, apa yang berbeza jika kami mempunyai dua anak lelaki kuat dan comel duduk di antara kami? Apa yang saya tidak boleh terima dan tidak akan duduk sahaja adalah apabila mesej yang sampai ke anak perempuan saya. Setiap kali beberapa lelaki tua marah-marah (atau orang lain) yang cuba untuk memberitahu anak saya supaya mengetahui batasan mereka atau dia tidak mempunyai hak pemilikan pada sesuatu tempat. Sekurang-kurangnya tunggu sehingga anak saya cukup besar untuk mendengar nasihat daripada mereka. Saya tidak boleh terima kenyataan bahawa mereka menyatakan kanak-kanak bising dan mereka mengambil terlalu banyak ruang untuk mereka pada umur mereka yang muda. Jika tidak mahu suasana yang bising lebih baik orang tersebut duduk di perpustakaan, tempat pengebumian, atau tempat tarian perseorangan.
“klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!”
Saya tidak boleh terima kenyataan bahawa mereka menyatakan kanak-kanak bising dan mereka mengambil terlalu banyak ruang untuk mereka.
Saya tidak akan mengajar anak perempuan saya untuk menyembunyikan diri, menjadi pengecut, atau untuk menyembunyikan dirinya daripada persekitarannya. Saya juga akan melakukan semua yang saya boleh dalam memastikan tidak ada orang lain mengajar beliau melakukan pembohongan. Mereka mempunyai hak kebebasan dan hak bersuara, haknya itu hanya hadir (dan dalam masa itu, mempunyai perasaan, pendapat, dan membuat bunyi); perkara-perkara ini adalah hak mereka. Mereka semua hanyalah anak-anak kecil.
“”klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!””
Apabila dua orang anak kecil memegang tangan mereka sambil menyanyi membuatkan anda marah, andalah yang bermasalah. Saya sebagai ibu yang akan mengajar anak saya di mana batasan mereka.
Artikel ini dipetik daripada popsugar.com