Ibu, Bayi & Kanak Kanak

MENGHASILKAN DAN MENGURANGKAN SUSU BADAN SECARA NATURAL

Baby being breastfed

By Ms Teh Siew Hoon

Kepentingan Susu Badan

Susu badan adalah anugerah yang sangat berharga yang hanya ibu boleh berikan kepada bayi mereka. Menurut laporan WHO (World Health Organisation), jika bayi diberi susu ibu selama sekurang-kurangnya 6 bulan selepas lahir, banyak kebaikannya untuk bayi dan juga ibu. Kebanyakan ibu boleh memberi susu badan kepada bayi mereka dengan baik, tetapi ada juga yang menghadapi masalah berkaitan dengan kekurangan susu.

Banyak faktor yang menyebabkan kekurangan susu. Anda mungkin mahu mendapatkan pendapat Perunding Penyusuan Ibu anda untuk memastikan anda memberi susu badan kepada bayi anda, dengan cara yang betul. Atau anda boleh juga mendapatkan pendapat doktor anda untuk memastikan kekurangan susu itu bukan disebabkan penyakit seperti mastitis, atau masalah pada puting payudara anda, yang boleh menyebabkan kecederaan pada kelenjar susu; ini boleh memberi kesukaran kepada pengaliran susu badan.

Selain daripada itu, gangguan aliran hormon juga memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu, contohnya, adakah si ibu menghadapi masalah thyroid? Si ibu mungkin menghadapi pengeluaran susu yang kurang disebabkan tahap Prolactin yang rendah di dalam darah. Namun, jika semua kemungkinan ini tidak relevan untuk anda, anda boleh cuba ubat-ubatan cina.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Pandangan Perubatan Cina

Menurut pandangan ubat-ubatan cina, pengeluaran susu badan yang tidak mencukupi selalunya disebabkan oleh

  1. Kekurangan Qi-Darah dan
  2. Qi-Hati yang tidak aktif

Kekurangan Qi-Darah

Dalam Perubatan Cina, Qi dan darah adalah dua perkara penting yang membentuk badan manusia dan mengekalkan aktiviti hidup. Darah diperbuat daripada qi dan cecair badan yang berkhasiat; ia adalah bahan cecair yang banyak khasiat. Qi adalah bahan penting yang membentuk badan manusia dan mengekalkan aktiviti hidup; qi juga merujuk kepada fungsi psychology organ. Daripada pandangan Perubatan Cina, darah adalah bahan asas untuk menghasilkan susu badan dan penghasilan susu badan bergantung kepada transformasi dan fungsi fungsi productif qi organ, terutamanya perut dan qi limpa.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Sebab-Sebab Kekurangan Qi dan Gejalanya

Banyak faktor yang menyebabkan kekurangan qi. Sebagai contoh, wanita mengandung yang kurang berat atau yang berusia, selalu menghadapi masalah ini kerana badan mereka lemah. Selain daripada itu, ibu yang masih menyusui bayi mereka yang pernah kehilangan darah yang banyak semasa atau selepas melahirkan, mungkin menghadapi kemerosotan fungsi perut dan limpa, yang menyebabkan qi dan darah berkurang. Ini juga memberi kesan kepada pengeluaran susu badan.

Selalunya, ibu yang masih menyusui bayi mereka juga akan menghadapi gejala atau tanda-tanda jumlah yang kurang, dan susu yang berair, payudara lembut yang mengelembung, muka pucat, gelisah, kurang selera makan, jantung berdebar, dan nadi lemah.

Qi Hati Tidak Aktif

Qi hati yang tidak aktif juga adalah salah satu penyebab kekurangan susu badan. Dalam Perubatan Cina, fungsi hati adalah sebagai conductor dan fasilitator. Qi seluruh badan adalah di bawah penyelarasan qi hati supaya qi organ-organ bekerja dalam harmoni. Jika qi hati tidak aktif, dan hilang fungsi untuk menyelaras dan membantu, qi seluruh badan akan terganggu, dan secara tak langsung memberi kesan kepada transformasi dan pengeluaran susu badan.

Sebab-Sebab dan Gejala Qi Hati Tidak Aktif

Qi hati yang tidak aktif selalunya disebabkan oleh kemurungan. Ibu menyusu yang risau, tertekan atau murung selepas melahirkan adalah terdedah kepada qi hati yang tidak aktif. Sesetengah ibu bekerjaya masih boleh menyusui bayi mereka semasa berpantang, tetapi menghadapi pengurangan susu badan kerana tekanan selepas mereka balik daripada kerja.

Selalunya, ibu menyusu akan mengalami pengeluaran susu badan yang pekat dan sikit, dengan gejala dan tanda-tanda payudara kembung atau sakit, kadangkala demam, kurang selera makan, lidah berwarna merah gelap, atau nadi laju.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Pendekatan Perubatan Cina – Herba

Terdapat pelbagai jenis ubat herba yang boleh membantu pengeluaran susu badan seperti fenugreek (葫芦芭), cow herb seed (王不留行), herba uniflower Swiss-century (漏芦),  dan lain-lain. Penting untuk anda tahu sama ada ibu menyusu menghadapi masalah qi dan kekurangan darah atau qi hati tidak aktif, supaya pakar Perubatan Cina itu boleh mencadangkan herba yang sesuai.

Jika ibu menyusu menghadapi masalah qi dan kekurangan darah, pakar Perubatan Cina akan mencadangkan rawatan yang menyihatkan qi dan darah supaya susu badan boleh ditambah, dan juga fungsi qi boleh diperkuat. Herba cina yang boleh menyihatkan qi dan darah disyorkan untuk diguna bersama dengan herba untuk membantu pengeluaran susu badan, sebagai contoh akar astragalus (黄芪), angelica cina (当归), keladi cina (山药), wolfberry (枸杞子), buah longan (桂圆肉) atau kurma merah (红枣). Herba ini selalunya sedap dan berfungsi sebagai ubat diet bila dimasak dengan daging. Nasihat diet ini sesuai untuk ibu menyusu untuk nutrisi tambahan.

Untuk ibu menyusu yang menghadapi masalah yang berkaitan dengan qi hati tidak aktif, herba untuk menenangkan hati, mengurangkan kemurungan patut digunakan bersama, contohnya akar bupleurum (柴胡), tangerine hijau (青皮), akar white poney (白芍) or buah sweetgum (路路通). Herba ini boleh mengawal aliran qi di dalam badan, membantu pengeluaran, dan memastikan pengaliran susu yang lancar.

Kebaikan Lain Perubatan Cina

Pakar Perubatan Cina akan mengesyorkan herba untuk membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh payudara bengkak, contohnya luffa vegetable sponge (丝瓜络) atau selfheal fruit-spike biasa (夏枯草). Ada juga herba cina yang membantu mengawal keradangan dan melegakan demam yang disebabkan oleh mastitis ringan, puting payudara pecah-pecah, contohnya akar baical skullcap (黄芩), dandelion (蒲公英) atau forsythia (连翘). Namun, jika keradangan itu terlalu serius, dapatkan bantuan doktor.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Pendekatan Perubatan Cina – Akupunktur dan MoxibustionHighlighted

Selain daripada herba cina, pakar Perubatan Cina juga mengesyorkan akupunktur dan moxibustion. Dua point yang selalu disyorkan adalah “Shaoze” (少泽) (S1) dan “Ru Gen” (乳根) (ST18). Akupunktur dan Moxibustion boleh dilakukan pada “Shaoze”(少泽) (SI 1) yang terletak di hujung jari kelingking atau moxibustion pada point “Ru Gen”(乳根) ( ST18) yang berdekatan dengan hujung bawah dada. Pakar Perubatan Cina juga akan pilih beberapa point untuk akupunktur dan moxibustion bergantung kepada kondisi ibu menyusu itu.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Rawatan Bercerai Susu

Sesetengah bayi bercerai susu pada usia 12 bulan. Jumlah susu badan bergantung kepada permintaan bayi. Selalunya, jika bayi itu berhenti menghisap susu badan, pengeluaran susu oleh ibu akan berkurang secara berperingkat. Namun, ada juga ibu menyusu yang menghadapi masalah pengeluaran susu badan yang banyak yang membawa kepada payudara bengkak. Dalam kes ini, pakar Perubatan Cina akan mengesyorkan malta herba cina (麦芽). Herba ini boleh menghalang pengaliran prolactin dan membantu menghentikan pengeluaran susu badan secara efektif.

Penyusuan adalah natural, tapi bukanlah kerja yang mudah dan ibu menyusu memerlukan sokongan daripada pelbagai aspek. Perubahan kecil boleh memberi kelainan yang besar. Jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan, hubungi pakar Perubatan Cina dan bincangkan penggunaan ubat-ubatan cina.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!