Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Stop Menjerit Pada Anak! Ini Kesan-kesan Buruk Yang Boleh Ubah Hidup Mereka

mak menjerit ke anak yang sedang menangis

Mommy menjerit kepada anak-anak kerana stress dengan karenah mereka? Pasti ramai ibu bapa di luar sana pernah menjerit kepada anak-anak terutamanya anak-anak yang sedang dalam fasa meneroka perkara di sekeliling mereka bukan?

Ianya adalah perkara yang biasa dihadapi dan dilakukan oleh Mommy dan Daddy. Namun, adakah menjerit kepada anak-anak menyelesaikan masalah? Tahukah Mommy dan Daddy kesan jangka panjang menjerit kepada anak-anak?

Mengapa Mommy dan Daddy perlu berhenti menjerit kepada anak-anak? Dan apa pula tips untuk mengelakkan Mommy Daddy menjerit kepada anak-anak?

Perkongsian kali ini ada jawapannya. Jom kita baca!

Sebab Mengapa Perlu Berhenti Menjerit Kepada Anak-Anak

Highlighted


Sebetulnya, perbuatan menjerit kepada anak-anak bukanlah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi Mommy dan Daddy.

Ianyanya boleh menyebabkan banyak masalah lain. Antara sebab mengapa Mommy perlu berhenti menjerit kepada anak-anak adalah seperti berikut:

#1. Anak-anak Tidak Boleh Belajar Melalui Jeritan

Apabila Mommy menjerit kepada anak-anak, tindak balas biasa bagi mereka ialah melawan atau lari. Ini ialah tindak balas fisiologi apabila mereka merasa terancam.

Dalam keadaan ini mereka tidak dapat belajar dan akan menjadi lebih tidak terkawal.

#2. Anak-anak akan Rasa Tidak Dihargai

Menjerit kepada anak-anak akan membuatkan anak-anak Mommy merasa tidak dihargai. Mereka akan rasa demotivated kerana mereka rasa Mommy tidak menghargai mereka sebagai anak yang sepatutnya disayangi.

#3. Menyebabkan Anxiety, Tekanan dan Merendahkan Keyakinan dalam Diri Anak-anak

Berdasarkan satu kajian, anak-anak yang sering mendapat jeritan ini boleh menyebabkan mereka anxiety dan mendapat tekanan.

Ianya juga akan menyebabkan anak-anak Mommy hilang keyakinan diri kerana mereka rasakan mereka telah melakukan sesuatu yang tidak betul.

#4. Menjerit Boleh Jejaskan Hubungan

Selain itu, kenapa Mommy patut berhenti menjerit kepada anak-anak adalah kerana ianya akan menjejaskan hubungan Mommy anak beranak.

Anak-anak akan menjauhkan diri kerasa risau Mommy akan menjerit kepada sekiranya melakukan sebarang kesalahan. Mereka akan menjadi lebih berahsia dengan Mommy dan banyak lagi.

#5. Menjerit Mampu Memberi Kesan Negatif kepada Anak-anak

Beberapa kajian yang dilakukan memberi gambaran bahawa anak yang sering mendapat jeritan di rumah lebih cenderung menjadi anak yang bermasalah, tidak berdisiplin dan mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Oleh itu, Mommy perlu berhenti menjerit kepada anak-anak Mommy.

#6. Menjerit Bukan Satu Komunikasi yang Berkesan

Sebab yang terakhir adalah menjerit bukan kaedah komunikasi yang berkesan. Ini kerana, jeritan ini hanya akan menyebabkan anak-anak juga akan overreact terhadap sebarang situasi yang tidak mereka sukai.

Dalam kata lain, mereka juga akan menjerit seperti mana Mommy menjerit kepada mereka.

Kesan Jangka Panjang Menjerit Kepada Anak-Anak

Antara kesan jangka panjang apabila Mommy dan Daddy menjerit kepada anak-anak ialah:

#1. Tidak Dengar Kata

Salah satu kesan jangka panjang adalah anak menjadi anak yang bermasalah. Semakin dijerit semakin tidak mendengar kata.

#2. Bersikap Acuh Tak Acuh

Kanak-kanak akan menjadi tidak sensitif dengan volume suara yang kuat. Jika Mommy sentiasa melakukan sikap kasar ini, mereka akan menjadi lali dengan suara kuat.

Mereka akan tidak mengendahkan jeritan tersebut. Mereka tidak akan menganggap jeritan itu sebagai teguran lagi kerana sudah terbiasa.

#3. Menjerit Buat Emosi Anak Terganggu

Selain itu, emosi Mommy dan Daddy yang akan terganggu. Apa tidaknya, apabila sudah terbiasa dengan jeritan mereka tidak akan sensitif dengan jeritan tersebut dan tidak akan berubah.

Secara tidak langsung akan memberi kesan kepada emosi Mommy kerana perangai anak masih tetap sama.

#4. Lakukan Tindakan Sama

Di samping itu, jangan terkejut sekiranya satu hari nanti anak-anak Mommy akan melakukan perbuatan yang sama kepada Mommy.

#5. Menjerit Boleh Pupuk Anak Bersikap Agresif

Kesan jangka panjang lain ialah anak-anak akan menjadi agresif dari segi verbal dan fizikal.

Tips Untuk Elakkan Dari Menjerit Terhadap Anak-Anak

Pasti penatkan asyik menjerit kepada anak-anak. Mommy boleh cuba tips dibawah untuk elakkan dari bersikap begini kepada anak-anak.

#1. Ambil Masa Bertenang

Satu cara untuk elakkan dari bersikap begini terhadap anak-anak adalah dengan mengambil masa bertenang.

Maksudnya, Mommy cuba tenangkan diri terlebih dahulu sekiranya anak Mommy melakukan sesuatu yang Mommy tidak sukai.

Tinggalkan sekejap anak Mommy, tarik nafas sedalamnya dan barulah berhadapan dengan anak Mommy. Ini akan membuatkan Mommy lebih tenang untuk mengawal diri dan keadaan.

#2. Beri Amaran kepada Anak

Mommy juga berikan mereka amaran awal supaya tidak berkelakuan buruk. Contohnya, “Jangan bergaduh. Kalau tidak nanti Mommy marah”. Katakan dengan tegas tetapi dengan nada yang rendah seolah sedang memujuk.

#3. Tegur dengan Tenang tetapi Tegas

Selain itu, Mommy hanya perlu menegur dengan nada yang tenang tapi terdapat ketegasan dalam teguran tersebut.

Bercakaplah dan tegurlah mereka dengan merendahkan mata Mommy sama tinggi dengan mata anak berbanding bercakap dengan kedudukan mata Mommy lebih tinggi dari mata mereka.

Sebaiknya pegang bahu atau tangan mereka berbanding dengan bercakap dari jauh. Ini akan membuatkan anak Mommy dihargai dan dihormati.

#4. Kenalpasti Tanda-tanda Kemarahan

Di samping itu, Mommy perlu tahu tanda-tanda kemarahan Mommy. Apabila Mommy mengetahui tanda-tanda kemarahan Mommy, ia akan lebih mudah untuk mengawal diri Mommy dari menjerit.

Contohnya, apabila Mommy mula menggengam tangan dan mengetap gigi cepat-cepat ingatkan diri untuk bertenang. Ini boleh mengelakkan Mommy menjerit kepada anak Mommy.

#5. Belajar untuk Terima dengan Hati Terbuka

Tips seterusnya adalah Mommy perlu belajar terima dengan hati terbuka atau berlapang dada. Ini akan membantu Mommy dari mudah marah.

Terima dengan hati yang terbuka tidak bermaksud hanya perlu lihat tanpa melakukan apa-apa, tetapi Mommy belajar mengawal rasa marah terlebih dahulu kemudian disusuli dengan nasihat serta teguran.

#6. Peluk dan Tatap Mata Anak

Tips lain yang boleh dilakukan oleh Mommy untuk mengelakkan dari bersikap keras seperti ini kepada anak ialah dengan memeluk dan menatap ke dalam mata anak.

Ini akan membuatkan anak Mommy lebih mudah untuk menurut kata Mommy.

#7. Kenali dan Fahami Anak-anak

Mommy perlu benar-benar mengenali dan faham anak-anak Mommy. Setiap anak adalah berbeza. Jadi, kenalpasti karakter dan kesukaan setiap anak Mommy.

Ini akan memudahkan Mommy untuk menasihat dan menegur mereka apabila mereka melakukan kesalahan. Oleh itu, Mommy tidak akan mudah untuk menjerit kepada mereka.

Kesimpulannya, sikap ini bukanlah satu cara menegur tetapi lebih kepada cara melepaskan kemarahan. Ianya tidak mengajar malah lebih membuat mereka tidak selamat.

Oleh itu, Mommy Daddy boleh mencuba salah satu tips seperti di atas untuk memastikan diri tidak lagi meninggikan suara kepada anak-anak.

Mommy juga boleh daftarkan anak Mommy ke program “Super Kids” oleh Motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti menarik. Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan Super Kids Activity Box PERCUMA, akses tanpa had ke pelbagai bengkel dan juga antara yang pertama mendapatkan diskaun serta tawaran terkini daripada Motherhood.com.my. Sertai Super Kids bersama Motherhood.com.my sekarang!


Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai lagi tips dan panduan tentang perkembangan anak menarik yang lain di SINI!