Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lebih 40 Menu Berpantang Yang Sedap & Menyelerakan Untuk Mommy Cuba

Tempoh berpantang 44 hari merupakan tempoh berpantang yang normal dan sangat digalakkan buat ibu-ibu yang baru bersalin.

Ada juga yang menyarankan untuk berpantang selama 100 hari untuk kesan yang optimum.

Tapi, tak ramai ibu-ibu milenial sekarang ni nak berpantang sampai berhari-hari.

Bosan dengan menu berpantang katanya. Di sini saya senaraikan 44 menu berpantang yang dikongsikan ibu-ibu di sebuah grup masakan terkenal. Setiap hari ada menu baru untuk Mommy!

Menu Berpantang Yang Menyelerakan

1) Siakap Stim

Highlighted


Bahan-bahan

  • Ikan
  • Bawang putih yang dihiris.
  • Bawang merah yang dihiris.
  • Halia yang dihiris.
  • Serai yang dihiris.
  • Lada Hitam
  • Air limau nipis atau air asam jawa.
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Gula

Cara Memasak:

  1. Letakkan semua bahan ke atas ikan.
  2. Kukuskan ikan sehingga masak.

2) Ikan Bakar Berempah

Bahan-bahan

  • Ikan
  • bwg putih -tumbuk
  • Bwg merah – tumbuk
  • halia – tumbuk
  • kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • garam
  • lada hitam

Cara Memasak:

  1. Lumurkan kesemua bahan di atas pada ikan.
  2. Bakar ikan sehingga masak.

3) Sup Ikan

Bahan-bahan

  • Ikan (Ikan merah/jenahak/tenggiri/siakap)
  • Lumurkan ikan dengan garam, goreng dan ketepikan sebentar.
  • Bawang putih yang dikisar.
  • Bawang merah yang dikisar.
  • Sup bunjut ikan.
  • Air
  • Sayur lobak & bunga kobis.
  • Lada hitam.
  • Daun sup.

Cara Memasak: 

  1. Masukkan bahan kisar, air, dan sup bunjut ikan ke dalam periuk.
  2. Masukkan sayur lobak dan bunga kobis.
  3. Apabila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan.
  4. Perasakan dengan garam dan sedikit lada hitam.
  5. Bila kuah dah mendidih, tutup api, taburkan daun sup dan sedia untuk dihidang.

4) Ikan Bilis Berkunyit

Bahan-bahan

  • Ikan bilis.
  • Bawang putih.
  • Bawang merah.
  • Halia
  • Kunyit
  • Lada hitam
  • Air asam jawa

Cara Memasak:

  1. Tumbuk ke semua bahan kecuali air asam jawa.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk, masukkan air asam dan masak sehinggah mendidih.

5) Kari Ikan (tanpa santan)

Bahan-bahan

  • Ikan
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Halba campur
  • Daun kari
  • Air asam jawa
  • Kari ikan
  • Tomato
  • Air

Cara Memasak:

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, dan halba campur dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan tomato dan daun kari. Masak sehingga layu.
  3. Masukkan kari ikan, & masak sehingga layu.
  4. Masukkan perencah kari ikan dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air, ikan dan air asam jawa.
  6. Apabila ikan dah masak, masukkan garam, tunggu sehingga mendidih dan makanan anda sedia untuk dihidang!

6) Serunding Halia

Bahan-bahan

  • Halia
  • Lada hitam
  • Garam
  • Ikan bilis yang telah digoreng
  • Bawang putih yang telah digoreng

Cara Memasak:

  1. Sagat halia dan perah untuk dapatkan airnya.
  2. Goreng halia yang disagat dengan api sederhana sehingga garing & kemudian toskan minyaknya.
  3. Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam, dan lada hitam.
  4. Gaul hingga sebati dan simpan dalam bekas.

7) Ayam Bakar Berempah

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang putih yang ditumbuk
  • Bawang merah yang ditumbuk
  • Halia yang ditumbuk
  • Kunyit yang ditumbuk
  • Serai yang ditumbuk
  • Lengkuas yang ditumbuk
  • Serbuk kari
  • Lada hitam
  • Garam 
  • Gula/madu

Cara Memasak:

  1. Gaulkan kesemua bahan-bahan bersama ayam. Perap sekejap dalam 20-30minit. 
  2. Bakar sehingga ayam masak.

8) Ikan Singgang

Bahan-bahan

  • Ikan
  • Bawang putih yang dikisar
  • Bawang merah yang dikisar
  • Halia yang dikisar
  • Kunyit yang dikisar
  • Serai (dititik)
  • Air
  • Sedikit air asam jawa
  • Lada hitam
  • Garam

Cara Memasak:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. 
  2. Masak sehingga ikan masak, kemudian boleh dihidangkan.

9) Air Asam Lada Hitam

Siapa cakap ibu berpantang tak boleh makan air asam? Mommy boleh cuba air asam lada hitam ni sebagai menu berpantang makan tengah hari!

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lada hitam
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Air suam

Cara Memasak:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan lada hitam. 
  2. Campurkan bahan yang ditumbuk tadi dengan asam jawa dan sedikit air suam. 
  3. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul hingga sebati dan boleh dihidangkan!

10) Daging Goreng Kunyit

Bahan-bahan

  • Daging
  • Kunyit
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Garam
  • Lada hitam
  • Air

Cara Memasak:

  1. Perap daging dengan garam, kunyit, dan lada hitam lebih kurang 10 minit. 
  2. Masukkan daging tadi ke dalam kuali, masukkan sedikit air dan masak sehingga air daging kering &  daging empuk. 
  3. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah, gaul sehingga sebati & siap!

11) Ayam Ungkep Lada Hitam

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang putih yang dikisar
  • Bawang merah yang dikisar
  • Halia yang dikisar
  • Kunyit yang dikisar
  • Ketumbar yang dikisar
  • Jintan yang dikisar
  • Serai yang diketuk
  • Lada hitam
  • Air asam jawa

Cara Memasak:

  1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.
  2. Masukkan serai yang diketuk, dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan ayam dan air.
  4. Tutup kuali dan biarkan ayam masak.
  5. Perasakan dengan garam, sedikir asam jawa dan lada hitam.
  6. Gaul sebati dan siap!

12) Ikan Masak Asam

Bahan-bahan

  • Ikan yang telah digoreng
  • Bawang putih yang dihiris
  • Bawang merah yang dihiris
  • Halia yang dihirs
  • Air asam jawa
  • Lada hitam

Cara Memasak:

  1. Tumis bahan-bahan yang dihiris dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa dan lada hitam.
  3. Masukkan garam dan sedikit gula.
  4. Masukkan ikan goreng dan masak sehingga mendidih. Siap!

13) Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan

  • Ikan masin
  • Kailan
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Garam
  • Sedikit gula
  • Air

Cara Memasak:

  1. Goreng ikan masin dan hancurkan.
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan tumis hingga layu.
  3. Masukkan sedikit air dan kailan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Siap untuk dihidang!

14) Sup Ayam

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Rempah sup
  • Lobak
  • Bunga kobis
  • Air
  • Daun sup

Cara Memasak:

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, dan rempah sup dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan air dan ayam.
  3. Masukkan lobak dan bunga kobis apabila ayam hampir masak.
  4. Masukkan garam dan biarkan sup mendidih seketika.
  5. Sedih untuk dihidang.

Kalau Mommy tak gemar untuk menumis bahan-bahan tersebut (1), Mommy boleh masukkan kesemua bahan sekaligus, kecuali daun sup. Biarkan masakkan mendidih hingga ayam masak, kemudian taburkan daun sup sebelum dihidangkan.

15) Ayam Masak Lada Hitam

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang putih dihiris
  • Bawang merah dihiris
  • Halia dihiris
  • Sos lada hitam
  • Sos tiram (ikut citarasa)
  • Lada hitam
  • Air

Cara Memasak:

  1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia dengan sedikit minyak. 
  2. Masukkan sos lada hitam. sos tiram dan air mengikut sukatan kuah yang dinginkan. 
  3. Masukkan ayam dan gaul hingga ayam masak. 
  4. Masukkan garam, gula dan sedikit lada hitam secukup rasa.

16) Ayam Masak Halia

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Halia yang dihirs
  • Bawang putih yang dihirs
  • Bawang merah yang dihirs
  • Sos tiram (mengikut citarasa)
  • Air
  • Tepung jagung (untuk pekatkan kuah. Taknak pun boleh.)
  • Lada hitam
  • Garam
  • Lobak Merah
  • Daun Bawang

Cara Memasak: 

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia dengan sedikit minyak.
  2. Apabila dah naik bau, masukkan ayam.
  3. Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan lada hitam, lobak, dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
  5. Apabila kuah dah menjadi pekat, tutup api dan masukkan daun bawang. Siap!

Untuk yang tak gemar menumis;

  1. Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung.
  2. Renehkan ayam hingga masak.
  3. Masukkan tepung jagung yang dah dibancuh, dan gaul sehingga kuah sedikit pekat & siap!

17) Sup Sawi + Tauhu

Bahan-bahan

  • Sawi
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Ikan bilis tumbuk
  • Air
  • Garam
  • Tauhu

Cara Memasak:

  1. Masukkan kesemua  bahan dalam periuk kecuali sawi. 
  2. Biarkan air mendidih dan kemudian masukkan sawi. 
  3. Gaul sebentar, kemudian tutup api.

18) Singgang Ayam ala Kelantan

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang putih yang ditumbuk
  • Bawang merah yang ditumbuk
  • Halia yang ditumbuk
  • Lengkuas yang ditumbuk
  • Ketumbar yang ditumbuk
  • Serai (dititik)
  • Lada hitam
  • Asam jawa atau asam keping
  • Air
  • Daun kunyit (optional)

Cara Memasak:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan garam dan daun kunyit.
  3. Tutup api.

19)

Singgang Ayam ala Kelantan

Bahan-bahan

  • Brokoli
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Ikan bilis tumbuk
  • Air
  • Garam
  • Tauhu

Cara Memasak:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali brokoli.
  2. Apabila air dah mendidih, masukkan brokoli dan tutup api.
  3. Siap!

20) Daging Masak Lada Hitam

Bahan-bahan

  • Daging yang telah direbus.
  • Bawang putih yang telah dihiris.
  • Bawang merah yang dihiris.
  • Halia yang dihiris.
  • Sos lada hitam.
  • Sos tiram (ikut citarasa).
  • Lada hitam
  • Air

Cara Memasak:

  1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan air (ikut kuantiti kuah yang diinginkan).
  3. Masukkan daging.
  4. Perasakan dengan garam, gula, dan lada hitam. Siap untuk dihidang!

21) Sup Sawi

Bahan-bahan

  • Sawi
  • Lobak
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Serbuk ikan bilis (ikan bilis sangai dikisar)
  • Air
  • Garam

Cara Memasak:

  1. Masukkan air, bawang putih, bawang merah, serbuk ikan bilis dan lobak merah.
  2. Masak sehingga lobak merah agak lembut, dan masukkan sawi serta garam.
  3. Gaulkan sebentar sehingga sawi layu, kemudian tutup api.
  4. Dah siap!

22) Ikan Bakar Kosong + Sup Sayur

23) Sup Ikan + Sawi Goreng

Menu-menu berpantang di bawah pula telah dikongsikan oleh Puan Amanda Ibrahim. Sangat mudah dan juga menyelerakan!

24) Lempeng Oat Tanpa Gula

Sumber: Puan Amanda Ibrahim (daridapur)

Bahan-bahan

  • Oat yang dikisar halus seperti tepung.
  • Tepung gandum (sekiranya diperlukan)
  • Air
  • Madu asli

Cara Memasak:

  1. Sebatikan adunan oat yang telah dikisar atau boleh juga campurkan oat dengan tepung gandum bersama air, dan bakar. Lebih baik untuk gunakan non-stick pan untuk elakkan daripada melekat.
  2. Bakar hingga kekuningan atau masak & kemudian hidangkan dengan madu asli.

25) Salmon Grill

Sumber: Puan Amanda Ibrahim (daridapur)

Bahan-bahan

  • 1 keping isi ikan salmon
  • Lada hitam
  • Garam

Cara Memasak:

  1. Tumbuk lada hitam dan garam sehingga hampir halus & lumurkan pada ikan salmon.
  2. Perap selama lebih kurang 15-20 minit.
  3. Grill isi ikan yang diperap sehingga masak.

ps: Boleh dimakan bersama serunding halia untuk membantu Mommy memanaskan badan semasa tempoh berpantang.

26) Ayam Masak Steam

Sumber: Puan Amanda Ibrahim (daridapur)

Ketika berpantang, ibu hanya digalakkan untuk menggunakan ayam kampung sahaja sebagai salah satu menu berpantang. Jangan gunakan ayam yang dijual dipasar kerana ayam-ayam tersebut telah disuntik dengan pelbagai jenis hormon dan vitamin.

Bahan-bahan

  • 1/4 ayam kampung
  • Hirisan lobak merah
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • 1 sudu minyak bijan
  • Lada hitam
  • Garam

Cara Memasak:

  1. Steamkan ayam dengan lada hitam yang telah ditumbuk, sedikit garam dan lobak merah.
  2. Apabila ayam sudah masak, tambah minyak bijan, daun bawang, dan daun sup.

Air rebusan tadi jangan dibuang ya. Air rebusan tersebut boleh dijadikan sup panas ketika menjamu selera nanti.

27) Ikan Bilis Masak Asam

Sumber: Puan Amanda Ibrahim (daridapur)

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1/2 mangkuk hirisan kentang
  • Bawang putih yang dihiris
  • Bawang merah yang dihiris
  • Bawang besar yang dihiris
  • Air asam jawa

Cara Memasak:

  1. Goreng ikan bilis dan kentang, kemudian ketepikan.
  2. Tumis hirisan bawang putih, bawang merah dan bawang besar dalam minyak yang sedikit.
  3. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang digoreng.
  4. Apabila semua dah sebati, masukkan air asam jawa dan tumis hingga sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

28) Bubur Nasi Ikan Merah

Sumber: Puan Amanda Ibrahim (daridapur)

Bahan-bahan 

  • Bubur nasi
  • Hirisan halia
  • Lobak merah dipotong dadu
  • Isi ikan merah yang dihiris
  • Garam

Cara Memasak:

  1. Masak bubur nasi seperti biasa, dan masukkan hirisan halia.
  2. Apabila bubur dah separuh masak, masukkan lobak yang telah dipotong dadu bersama isi ikan merah.
  3. Perasakan dengan garam.

Untuk lebih menarik dan berselera, hidangkan dengan serunding halia, daun bawang, bawang putih yang digoreng dan juga ikan bilis masak asam!

29) Sup Lobak Putih

Kredit: Citarasawan.blogspot.com

Bahan-bahan 

  • 1/2 ekor rangka ayam
  • 1 batang lobak putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Perencah sup sayur Adabi

Cara Memasak:

  1. Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia
  2. Masukkan tiga cawan air, rangka ayam dan perencam sup sayur adabi.
  3. Didihkan selama 15 minit dan masukkan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa
  4. Kemudian, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
  5. Masak sehingga mendidih dan siap untuk dihidangkan.
  6. Boleh juga taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.

30) Tenggiri Masak Sos

Kredit: Teratak Mutiara Kasih

Bahan-bahan

  • 2 keping ikan tenggiri
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk )
  • 1 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1 cm halia ( ditumbuk )
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 labu bawang besar ( potong bulat )
  • 1 biji cili merah ( potong serong )
  • Garam & perasa/gula
  • Minyak
  • Air

Cara Memasak:

  1. Perasakan ikan dengan garam kunyit.
  2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato.
  5. Kacau sebentar, masukkan air dan kacau lagi.
  6. Masukkan ikan, bawang besar & cili merah.
  7. Kacau hingga sebati.
  8. Perasakan secukupnya dan siap untuk dihidang.

31) Ikan Haruan Bakar Bersama Air Asam

Kredit: Nurniezza.blogspot.com

Bahan-bahan Ikan Bakar

  • 1 ekor ikan haruan
  • 1 cm kunyit hidup – dikisar
  • 1 batang serai – dikisar
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Sedikit helaian daun pisang – balut pada ikan

Bahan-bahan Air Asam

  • 1 genggam asam jawa – diperah
  • 1 cawan air
  • 5 tangkai cili padi – dihiris
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • belacan
  • 1 biji tomato
  • 1s/k kerisek
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Perapkan ikan dengan bahan yang dikisar, lada hitam dan garam.
  2. Tunggu sehingga 30minit. Selepas itu bolehlah dibakar ikan sehingga ikan masak.
  3. Sementara itu ambil perahan air asam dan masukkan bawang, cili padi dan garam secukup rasa.
  4. Setelah itu bolehlah ikan dihidangkan panas bersama sambal air asam.

 

32) Meehoon Sup Ala Chinese

Kredit: Azie Kitchen

Bahan-bahan Kuah Sup

  • 1 ekor ikan tenggiri papan – tulang dan kulit digoreng
  • 200 gram ikan bilis – goreng
  • Sotong kering – goreng
  • 4 ulas bawang putih – ketuk
  • 1-2 inci halia – ketuk
  • Black pepper
  • Garam

Bahan-bahan Bebola Ikan

  • Isi ikan tenggiri
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Garam
  • Black pepper
  • Bawang merah – hiris
  • Daun bawang – hiris

Bahan-bahan lain untuk hiasan:

  • Udang – dibuang kulit dan digoreng
  • Daging cincang – digoreng
  • Daun sawi bunga dan taugeh – dicelur
  • Daun bawang – hiris
  • Cili padi hiris + kicap cair (popo)
  • Mee hoon – dicelur

Cara Memasak:

  1. Mulakan dengan menyediakan sup ikan tenggiri terlebih dahulu
  2. Masak air secukupnya dan masukkan bawang putih dan halia sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan bilis, tulang, kulit ikan dan sotong kering yang telah digoreng ke dalam periuk.
  4. Renihkan lama lama di atas dapur sebelum dimasukkan garam dan black pepper.
  5.  Sementara menunggu sup siap, anda boleh menyediakan bebola ikan.
  6. Campurkan semua bahan bebola ikan ke dalam pengisar kering dan kisarkan sehingga hancur.
  7. Kepalkan adunan secara membulat dan siap untuk digoreng.
  8. Di dalam mangkuk berasingan, campurkan udang dan daging yang digoreng bersama pepper dan kicap popo.

Cara Menghidang:

  1. Masukkan mee hoon ke dalam mangkuk dan sendukkan kuah ke dalamnya.
  2. Letakkan fish ball, udang dan daging goreng.
  3. Akhir sekali, masukkan daun sawi dan daun bawang.
  4. Masukkan cili padi di atasnya.
  5. Sedia untuk dihidangkan semasa panas panas.

33) Nasi Goreng Pegaga

Kredit: Namakucella

Bahan-bahan Utama

  • 4 cawan nasi
  • 1 cekak pegaga
  • 1 tin kecil sardin
  • 1 biji telur
  • 3  sudu minyak

Bahan-bahan Tumbuk

  • 5 cili padi merah Bangladesh
  • 2 bawang merah
  • 2 bawang putih
  • 1 sudu teh garam

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
  2. Masukkan sardin dan lenyekkan.
  3. Masukkan nasi dan gaul rata.
  4. Buat lubang ditengah-tengah nasi dan pecahkan telur.
  5. Gaul rata nasi hingga berasap.
  6. Basuh pegaga dan hiris kasar.
  7. Masukkan dalam nasi dan gaul sekejap sahaja supaya rata dan matikan api.
  8. Boleh juga untuk masukkan ikan bilis goreng sekiranya anda kurang gemarkan sardin.

34) Kerabu Pegaga

Kredit: Azie Kitchen

Bahan-bahan 

  • 1 ikat pegaga – dihiris
  • 1-2 biji limau nipis
  • 2 batang serai – hiris

Bahan-Bahan Tumbuk

  • 1 inci halia – hiris
  • 4 ulas bawang putih – hiris
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Segenggam ikan bilis

Cara Memasak:

  1. Goreng semua bahan tumbuk tanpa minyak sehingga garing.
  2. Setelah hampir garing, baru dimasukkan serai yang dihiris.
  3. Goreng lagi sehingga bahan lain garing agak agak boleh ditumbuk.
  4. Tumbuk kasar atau kisar menggunakan blender kering sehingga hancur tapi jangan terlalu hancur.
  5. Hiris pegaga dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuang bahan kisar kasar tadi ke atasnya.
  6. Perahkan air limau nipis secukupnya.
  7. Gaul rata rata dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Menu-menu berpantang di bawah pula telah dikongsikan oleh Chef Faezah Ismail. Selamat mencuba!

35) Sup Kurma Merah

Kredit gambar: Goop

Bahan-bahan 

  • 500 ml air
  • 100 g dada ayam dipotong kiub
  • 50 g ikan bilis
  • 20 g kacang penyu hitam
  • 20 g kurma merah
  • Garam mengikut citarasa
  • 10 g halia dihiris
  • 10 g bawang putih dihiris

Cara Memasak:

  1. Didihkan air dan masukkan semua bahan.
  2. Masak sehingga mendidih.
  3. Tunggu sehingga ayam empuk barulah dihidangkan.
  4. Hidangkan bersama semangkuk nasi panas.

36) Daging Singgang Masak Ala Kelantan

Kredit gambar: Keluarga

Bahan-bahan A

  • 1 liter air
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1/2 ketumbar ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 2 biji cili kering dipotong 3 bahagian
  • 1 keping asam jawa
  • Gula mengikut citarasa
  • Garam mengikut citarasa

Bahan-bahan B(Dipotong)

  • 200 g daging lembu
  • 20 g halia
  • 20 g lengkuas

Cara Memasak:

  1. Rebus daging lembu bersama halia, lengkuas, bawang putih, ketumbar, cili kering dan hirisan asam jawa sehingga empuk.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, gula dan garam ke dalam periuk.
  3. Rebus seketika sebelum dihidangkan.

37) Daging Bakar

Kredit gambar: Cookpad

Bahan-bahan 

  • Minyak zaitun
  • Daging lembu Australia dibersihkan dan dipotong
  • Bawang putih dihiris
  • Serbuk lada hitam mengikut citarasa
  • Serbuk lada putih mengikut kesukaan
  • Halia dihiris
  • Oregano
  • Rosemary
  • Garam mengikut citarasa

Cara Memasak:

  1. Perap daging lembu bersama bawang putih, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, halia, oregano, rosemary dan garam.
  2. Biarkan daging lembu perap di dalam peti sejuk semalaman.
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun dan panggang daging lembu sehingga masak.
  4. Tumis bawang putih dan halia hingga garing. Taburkan di atas daging lembu.
  5. Hidangkan bersama semangkuk nasi.

38) Daging Halia Goreng dengan Sayur Sawi

Kredit gambar: moms chiara best resepi

Bahan-bahan 

  • 1 mangkuk daging lembu tenderloin
  • Sayur sawi
  • Lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • Sedikit minyak bijan
  • Sedikit minyak masak
  • Lada hitam mengikut citarasa
  • Garam mengikut citarasa

Cara Memasak:

  1. Perap daging lembu dengan sedikit minyak bijan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia dengan sedikit minyak masak hingga naik bau.
  3. Masukkan daging lembu dan biarkan masak seketika.
  4. Masukkan sedikit air supaya ada sedikit kuah.
  5. Kemudian, masukkan sayur sawi dan lobak merah. Biarkan ia masak seketika.
  6. Perasakan dengan sedikit lada hitam dan garam.

39) Ikan Tenggiri Kukus dengan Lada Hitam

Kredit gambar: Facebook

Bahan-bahan 

  • 3-4 ketul ikan tenggiri (daging) dibersihkan
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 3 cm halia
  • Sedikit lada hitam
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit kulit limau
  • Garam mengikut citarasa

Cara Memasak:

  1. Susun ikan dengan betul dan toskan bawang merah, bawang putih dan halia ke atas ikan.
  2. Perap ikan dengan sedikit sos tiram, garam dan lada hitam.
  3. Kukus ikan lebih kurang 10-15 minit atau sehingga masak sepenuhnya. (Anda tidak perlu menambah sebarang air kerana ikan akan menghasilkan sedikit jus.)

40) Ikan Tenggiri Masak Asam

Kredit gambar: Rasa

Bahan-bahan 

  • 500 ml air
  • 3 ketul ikan tenggiri
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • Garam mengikut citarasa
  • 30 g halia dihiris
  • 3 biji bawang merah dihiris

Cara Memasak:

  1. Rebus semua bahan dalam periuk dengan api yang kecil.
  2. Masak hingga kuah agak pekat dan ikan masak.
  3. Campurkan semua bahan dengan sebati sebelum dihidangkan.

41) Ikan Bawal Asam Jawa

Kredit gambar: Foodie Baker

Bahan-bahan 

  • 1 ekor ikan bawal dibersihkan dan dipotong
  • 2 halia dihiris
  • 1 biji kunyit segar dihiris
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Lada hitam mengikut citarasa
  • Garam mengikut citarasa

Cara Memasak:

  1. Salutkan ikan dengan semua bahan.
  2. Kukus ikan sehingga masak.
  3. Hidangkan bersama semangkuk nasi.

42) Pais Ikan Tenggiri

Kredit gambar: Harian Metro

Bahan-bahan 

  • 1 ketul ikan tenggiri bersihkan dan potong tengah
  • 5-6 helai daun limau purut dihiris
  • 2 cawan kelapa kering
  • 2 biji bawang bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili mata burung
  • 2 sudu besar pes cili
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci akar kunyit dihiris nipis
  • 3 batang serai dihiris nipis
  • 1-2 biji telur
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Gula mengikut citarasa
  • Garam mengikut citarasa
  • 3 sudu besar santan pilihan
  • Beberapa helai daun pisang dibakar supaya daun pisang tidak koyak apabila dibalut
  • Sedikit minyak

Cara Memasak:

  1. Kisar kelapa kering, bawang besar, cili api, bawang besar, pes cili, bawang putih, akar kunyit, serai, telur, air asam jawa dan santan sehingga terbentuk pes yang halus.
  2. Tuangkan pes yang telah dikisar ke dalam mangkuk kecil. Dengan menggunakan sudu, sumbat ikan dengan pes rempah. Jika lebihan, ratakan di sekeliling ikan. Ini akan memberikan lebih rasa kepada ikan dan meningkatkan rasa berasap daging.
  3. Dengan menggunakan berus, salutkan daun pisang dengan sedikit minyak dan letakkan isi ikan di tengah. Taburkan daun limau purut.
  4. Balut ikan, seperti burrito.
  5. Bakar ikan di atas kuali lebar dan api sederhana tinggi selama 10-15 minit, atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
  6. Hidangkan hidangan ini dengan semangkuk nasi dan sambal.

43) Salmon Aglio Olio Pasta

Kredit gambar: Foodciously

Bahan-bahan 

  • 400 g ikan salmon
  • 200 g spageti
  • Capsicum (warna hijau, kuning dan merah) dipotong dadu
  • Bawang putih
  • Lobak merah
  • 1 sudu besar cili kering
  • 1 sudu besar mentega
  • Lada hitam mengikut citarasa
  • Serbuk cili mengikut citarasa
  • Garam mengikut citarasa

Cara Memasak:

  1. Masak spageti dalam periuk yang mendidih selama 2 minit.
  2. Perap hirisan salmon dengan garam, lada hitam dan serbuk cili. Masak salmon sehingga masak. Kemudian, potong salmon menjadi kiub.
  3. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan lobak merah, capsicum dan cili kering ke dalam kuali. Gaul rata dan tumiskan bahan-bahan tadi sehingga separa masak.
  5. Masukkan spageti ke dalam periuk dan gaul semua bahan. Perasakan dengan garam, lada hitam.
  6. Gaul rata dan masukkan kiub salmon.

44) Ikan Masin dengan Lada Hitam

Kredit gambar: Asian Inspirations

Bahan-bahan 

  • Ikan masin dibersihkan dan dipotong
  • Serbuk lada hitam
  • Kulit limau mengikut citarasa

Cara Memasak:

  1. Goreng ikan masin tanpa minyak.
  2. Tumiskan sedikit bawang merah bersama ikan. Tambah sedikit lada hitam di atasnya.
  3. Perahkan sedikit kulit limau.
  4. Campurkan bahan-bahan dengan sebati.
  5. Hidangkan bersama semangkuk nasi yang panas.

Selamat mencuba menu berpantang di atas ya Mommy! Teruskan berpantang agar badan kita lebih cepat pulih dan untuk kesihatan diri sendiri juga 😉

Untuk menjaga pemakanan semasa berpantang, Mommy juga boleh lihat makanan yang elok semasa tempoh berpantang di sini.